July 26, 2011

Manusia PERMAI yang hebat

Saya mulakan tulisan ini pada lewat 2.47 pagi. Pagi-pagi yang sayu begini, mengingatkan saya kepada banyak kenangan.

Sejak beberapa minggu yang lalu, sejujurnya saya berasa sayu. Senior-senior Irbid yang hebat-hebat pergi seorang demi seorang. Sayu kerana terpaksa berpisah dengan mereka. Sayu lagi hati ini bila mengenangkan amanah yang mereka tinggalkan untuk kita yang masih di sini. Bila renung balik diri, rasa nak menitis air mata, mampukah aku jadi sehebat mereka? Layakkah nak menggantikan dan meneruskan legasi dan menyuburkan lagi benih-benih harmoni yang mereka sudah tanam dahulu?

Saya sungguh terkesan sebenarnya dengan pemergian mereka. Mungkinlah, riak muka tak sangat nampak. Tak macholah lelaki muka sedih-sedih kan?

Abang Aizat pernah bagitahu, "Korang ni akan jadi lagi hebat. Sebab cabaran korang lagi besar." Bila dengar tu, hanya Allah je yang tahu betapalah rasa hinanya diri ni.

Abang Imran pula pernah bagitahu, "Kita ni, sebenarnya, di mana kita letak akhirat kat mata kita?"

Entahlah, terdiam saya. Tapi dua-dua ni saya tak sempat nak jumpa buat kali terakhir sebelum mereka berangkat ke lapangan terbang. Mungkin Allah nak susun, supaya jumpa lagi lepas ni.

Itu mereka yang dah pergi. Tapi yang masih di sini, masih ramai lagi yang sudi memberi, sanggup berbakti.

Saya cukup rasa kagum dengan ahli-ahli PERMAI yang sanggup terima kerja untuk Program Sambutan Pelajar Baru. Ada yang dari kalangan senior tahun akhir, ada yang dah banyak kali kerja, ada yang pertama kali, tapi tetap sudi jadi skuad tabah.

Saya cuba bayangkan diri saya menjadi ahli biasa. Entah-entah, belum tentu lagi saya sanggup terima jadi AJK, sanggup sambut adik-adik, sanggup korbankan cuti dan duit. Entah-entah, saya yang mula-mula cabut dulu balik Malaysia.

Jauh di sudut hati saya, tidak ada perkataan yang mampu saya ungkapkan untuk menggambarkan betapa saya bersyukur ada manusia-manusia hebat sebegini.

Malu, kadang-kadang saya berasa malu, kerana orang yang tiada jawatan atau pangkat tinggi, tapi boleh menyumbang dan memberi lebih banyak kepada masyarakat, boleh berbakti dan telah terbukti, lebih hebat daripada saya yang ada jawatan ini.

Sebab apa saya kata begitu?

Kerana, mereka menyumbang kerana mereka memilih untuk menyumbang, sedangkan saya menyumbang, kerana saya telah terpilih untuk menyumbang. Ini kewajipan saya, sedangkan itu pilihan mereka.

Hanya Allah sahaja yang dapat membalas segala jasa bakti dan mencurahkan rahmat kepada semua manusia hebat yang pernah memberi, dari dahulu sehingga sekarang, demi untuk menjadikan masyarakat PERMAI ini lebih baik.

3 comments:

  1. "Malu, kadang-kadang saya berasa malu, kerana orang yang tiada jawatan atau pangkat tinggi, tapi boleh menyumbang dan memberi lebih banyak kepada masyarakat, boleh berbakti dan telah terbukti, lebih hebat daripada saya yang ada jawatan ini.

    Sebab apa saya kata begitu?

    Kerana, mereka menyumbang kerana mereka memilih untuk menyumbang, sedangkan saya menyumbang, kerana saya telah terpilih untuk menyumbang. Ini kewajipan saya, sedangkan itu pilihan mereka."

    Like.Perkara yang sering berlegar-legar di fikiran saya juga.

    Dan kerana itulah Allah memilih kita untuk diberi kewajipan, mungkin saja jika kita adalah bukan kita yang sekarang,kita tidak akan memilih untuk menyumbang.

    Apapun,alhamdulillah!Aturan dan seni Allah memang terhebat :)

    ReplyDelete
  2. warkah skrin sape?

    saye cadangkan, setiap tulisan, akhir dia tulis siapa yg tulis, jawatan sekali. Kalau bleh letak gambo, gambo sekali.

    baru orang permai kenai. sape yg tak kenai la

    ReplyDelete
  3. kak shie.

    ok.dah tukar dah nama.dah reveal dah sape warkahskrin

    ReplyDelete

Apa Pendapat anda?