Assalamualaikum wa rahmatullah.  Untuk  pengetahuan semua ahli PERMAI, ayah kepada salah seorang sahabat kita  iaitu, Haziqah binti Yahya, pelajar tahun 1 Universiti Yarmouk telah  kembali ke  rahmatullah disebabkan pancreas cancer pada jam 10.30 pagi semalam.  Saya mewakili pimpinan dan seluruh warga PERMAI mengucapkan takziah kepada Haziqah dan keluarga atas ujian yang menimpa. Kami dari pihak pimpinan PERMAI bersedia membantu jika ada sebarang bantuan yang diperlukan,insyaALLAH. Buat  ahli keluarga PERMAI  sekalian,marilah kita bersama-sama menghadiahkan bacaan al-fatihah  kepada ayah Haziqah, diiringi dengan doa agar mudah-mudahan ayahnya  ditempatkan dalam golongan orang-orang yang soleh di syurga. Juga mudah-mudahan ujian yang menimpa dapat dilalui dengan tabah dan sabar,inshaALLAH. Tabung  derma kilat akan dilancarkan,dipohon kesudian untuk warga PERMAI sudi  menghulurkan sedikit sumbangan,dengan harapan meringankan beban sahabat  kita. Buat ahli PERMAI sekalian,marilah kita bersama-sama mengambil peluang  dan kesempatan yang ada untuk berbakti kepada kedua ibu-bapa kita,dan mendoakan kesejahteraan mereka di dunia dan di akhirat. Wassalam. Yang benar, Siti Fatimah binti Ismail, Ketua HELWI, Persatuan Mahasiswa Malaysia Irbid (PERMAI), Sesi 2011/2012  | 
July 22, 2011
Sekalung takziah
Posted by
hidayathasni
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Moga Allah kurniakan ketabahan~
ReplyDelete