July 23, 2011

komunikasi dan media

"marisia?"(malaysia?)

aku hanya mampu mengangguk, mengiyakan soalannya. tidak menyangka hari terakhir di Sepanyol dapat tinggal sebilik dengan seorang pemuda Jepun.

"so, you can speak english?"
"no, english sho, muchos japan y pukito spanish"(inggeris gua tak tahu beb! lidah jepun, kalau spanish boleh la 2 3 patah nak cakap)

ingin bersembang namun aku dan dia buntu. senyap sunyi bilik menunggu reaksi kedua belah pihak. masing-masing berfikir cara yang lebih mudah untuk difahami dan memahami.satu situasi dimana dua orang pemuda ingin bercakap dan berkenalan tapi tidak mengetahui apa yang ingin diucapkan.

aku memulakan bicara. cuba-cuba.

"Naruto?"

dia balas

"haik!"

aku, dia ketawa tak ingat dunia (bila difikirkan balik "lawak ke?"). positive!. bangga dapat memecah kebuntuan. ingin naik ke level lebih tinggi dalam komunikasi, kali ini dengan menggunakan isyarat dua jari iaitu jari telunjuk dan jari hantu dengan gaya menyilang-nyilang di atas meja, aku memulakan bicara.

"Football, Nagatomo Inter Milan" menyebut pemain jepun terkenal di peringkat antarabangsa.

matanya memandang ke syling, fikir sebentar.

"haik!"

positive!. sekali lagi aku dan dia ketawa berdekah-dekah.

ketika itu terasa nikmat bahasa dan nikmat memahami apa yang disampaikan.

apa yang ingin disampaikan dari kisah ini ialah komunikasi dan media merupakan satu benda penting pada masa sekarang. sesiapa yang menguasai media dia menguasai dunia. apa yang ingin diborakkan jika maklumat atau berita masih lagi bersifat setempat?.betapa tertekannya seorang untuk berkomunikasi dan betapa lembabnya sebarang bentuk makluman atau hal-hal semasa berjalan disekitar kita jika peranan media tidak dimainkan.

bentuk pemikiran yang terbentuk pada hari ini adalah "didikan" oleh mereka yang menguasai media. oleh itu kita sebagai mahasiswa perlu bertindak bijak memberi justifikasi kepada segala bentuk maklumat yang sampai. semua boleh terjadi pada zaman sekarang, yang hitam dikatakan putih, yang aman diuarkan porak-peranda. namun sejauh mana kita menilai terpulang kepada diri kita sendiri. bak kata pepatah tepuk dada tanya selera.

sedikit info pemuda jepun itu
1.penuntut di sebuah universiti di Salamanca.
2.berasal dari Fukushima kawasan yang teruk dilanda radiasi.
3.semasa gempa bumi dia bersama keluarga di rumahnya.
4.gigih ingin bertutur dalam bahasa inggeris walaupun lancar.
5.tidak mengenali negara Jordan.

No comments:

Post a Comment

Apa Pendapat anda?