July 22, 2011

Masa: Mutlak atau Relatif?

Sumber

"Susah lah nak cari AJK. Semua orang bagi alasan nak fokus study." Adu seorang teman. Aduan yang saya kira hampir semua orang pernah mendengarnya.

Tapi sejauh manakah benarnya persepsi bahawa bila kita bekerja (untuk Persatuan/Badan Kebajikan/lain-lain), masa kita terhad, berkurang? Saya jadi terfikir soal ini sehingga dalam solat. Dan kemudian, saya menemukan satu analogi mudah. Mari kita lihat dalam bentuk persamaan (equation).

Solat ialah Ibadah.
Bekerja untuk maslahah(kebaikan) umum ialah Ibadah.

Maka, kita menemukan titik persamaan dalam kedua-dua perbuatan ini : Ibadah. Tapi yang jelas, pernahkah kita merasa rugi jika masa kita 'terpaksa' dihabiskan dengan solat lima waktu sehari? Jika ya, perlu ditepuk dada, tanya kembali diri, siapa yang menghidupkan kita. 

Justeru, bagaimana pula bila ada yang mengatakan, tak pernah rugi solat dan bangun malam, tapi rasa rugi bila bekerja untuk kebaikan orang ramai? Sekali lagi, mari sama-sama tanya diri sendiri.

Saya bukanlah orang yang paling arif mahupun sesuai nak bercakap soal ini, sebab kadang-kadang saya pun ada rasa jemu dan malas nak menyusahkan diri buat itu dan ini. Kadang terbit rasa, 'Kalaulah time ni dapat study..', 'Ish, macam menyusahkan diri pulak..' dan macam-macam lagi. (Ehem, ini normal kot(?), untuk 'orang', sebab kita bukan malaikat, patuh saja tiap saat). Ada masa jeles jugak bila kawan-kawan bersuka-ria sana sini, kita kena meeting itu ini.

Pengalaman sendiri

Bukan nak berbangga ke apa, cuma mungkin ada sesetengah perkara yang bukan dalam kawalan kita. Misalnya, saya sendiri, lebih score bila saya sibuk. Bila takde kerja nak dibuat, markah saya biasa-biasa je. Aneh, kan? Tapi bila saya lihat kawan-kawan yang sibuk juga bekerja, ada masa gap sikit je, hatta 5 minit, mesti amek nota, baca sungguh-sungguh. Time meeting bawak buku Immunology, misalnya. Berbeza pulak kawan-kawan yang free.. (Berkualiti dan berkat barangkali, walau hanya beberapa minit.)

Tapi saya tak nafikan, ada yang memilih untuk bekerja secara senyap (belakang tabir), buatkan nota untuk kami satu batch. Bekerja bukan hanya dengan jawatan- saya setuju. Bekerja bagi saya ialah berbakti, hatta sekecil-kecil menjadi penyampai informasi mahupun kawan yang bertanya khabar. Namun, takkan tak mahu sekali-sekala cuba lakukan perkara besar? Saya juga langsung tak pernah terfikir akan sampai jadi AMT. Rasa macam baru semalam habis SPM. Masih mentah, masih banyak nak kena belajar. Tapi, mungkin inilah peluang saya nak mematangkan diri.

Masa depan

Kenapa sebenarnya saya nak sibuk-sibuk masa belajar ni? Chill, belajar sekali je seumur hidup. Masa belajar nilah masa nak enjoy

Yes!! Ini jugaklah sebab saya sibuk-sibuk. Masa nilah yang saya ada nak belajar, nak enjoy dalam bekerja. Sebab memikirkan lepas grad yang pasti lebih padat, dengan housemanship, kebajikan ibu ayah dan adik-beradik yang perlu dijaga, menguruskan diri sendiri serta urusan-urusan hidup kelak apatah lagi bila berkeluarga. Bila masa nak belajar selok-belok pengurusan, soft skills dsb? 

Jom sama-sama fikir..

Maka, apa sebenarnya pengukur masa ini? Apakah masa itu mutlak- termaktub hanya 24 jam sehari? Atau relatif - bergantung pada pengurusan, keberkatan dan sebagainya? 

Sungguh, jawapan ada di tangan kita sebenarnya. Pilihlah sebaiknya..


p/s: Esok kami pelajar tahun dua JUST nak exam Immunology. Doakan kami berjaya ye :)

No comments:

Post a Comment

Apa Pendapat anda?