July 14, 2011

Dari Bayt Permai ke Sini

Assalamualaikum wbt. and  Greetings everyone!

Sajalah saya sebagai admin ingin memulakan post pertama- merasmikan blog Triple One Two- dengan harapan menjadi wadah berkumpul idea, dan menjalinkan ukhuwah diantara kami dan semua ahli.

Macam yang dah saya nyatakan dalam 'Tentang Blog', nama Triple One Two diilhamkan saudara Naim yang genius. Merujuk kepada sesi pentadbiran kumpulan AMT pada sesi ni 11/12. Memang sengaja kami ingin mewujudkan suasana santai dan post yang relax-relax sahaja. Kalau Portal Permai itu post perkara-perkara rasmi yang penting, blog AMT ni, kami kira untuk kami post perkara-perkara yang least formal.

As a student, nak document-kan perjalanan kami ni, InsyaAllah apa-apa yang kami belajar sepanjang menjadi AMT Permai pada sesi ini, akan kami cuba kongsi dengan kamu semua. Dan janganlah segan-segan nak follow atau comment ye :)

InsyaAllah dimasa akan datang, kami akan cuba selitkan kerja-kerja persatuan yang dah tersedia ada ni, dengan tangunggjawab mengupdate blog ni. Rancangannya, mungkin setiap bulan kami akan Tema Pilihan untuk berbincang dan menulis isu-isu tertentu, dari perspective masing-masing.

Kami juga akan cuba untuk adakan segmen 'MT Pilihan Bulan ini', dimana saya akan cuba list outkan apa-apa detail atau info yang mungkin kamu atau saya tak tahu sebelum ni. Jeng jeng jeng....

Disamping tu, kami akan cuba selitkan mengenai apa-apa sahaja yang kami rasa ingin kongsi, so that you know us as a team, and as individuals. Bersatu tetapi berbeza. Macam Permai lah, macam-macam manusia, satu masyarakat. Kami pun dari pelbagai latar belakang dan bermacam-macam pendapat, tetapi dengan satu matlamat.

Kalau ada soalan-soalan yang anda ingin tanya, just comment and kami akan kumpulkan soalan-soalan ini kepada mereka dan beri pada sesiapa tujukan. Kami akan cuba menjawapnya secepat dan sebaik mungkin.

Of course, mungkin kami memerlukan bantuan, especially kalau dalam sesuatu isu, jadi kami mewujudkan segmen "Anda dan MT".  Anda rasa seperti ingin mengulas atau memberi konklusi mengenai isu tersebut, feel free to do so, dan menghantarkan article/ post anda/ link post anda ke e-mail permai.

permai2004@yahoo.com, dan tulis Subject: Blog Triple One Two, supaya kami tahu anda berminat untuk melihat article anda di-postkan.

Feel free to open other pages on our blog, Syabab and Akhawat Members, serta page khas mengenai Dasar PERMAI 11/12. 

Satu soalan menarik, blog ini dalam bahasa apa? Mainly akan dalam Malay, tetapi mungkin juga akan rotate dengan bahasa inggeris, yang penting...kami tulis untuk sama-sama kongsi dan belajar dengan anda :)

Akhir Kalam, saya berharap blog ini, disamping menjalinkan ukhuwah, membincangkan isu-isu semasa, dan sebagai hobi sampingan...sentiasa dibawah keredhaanNYA. InsyaAllah.

Wslm.


p/s Kami memang selalu bertapa dekat bayt Permai, kami tahu rumah-rumah anda semua comel-comel belaka. Jemputlah kami datang tukar mood mesyuarat sekali sekala. :)

2 comments:

Apa Pendapat anda?