Semalam ada seorang kawan minta saya menulis. Katanya masalah utama bebudak PERMAI. Katanya, dulu dia tak hadapi masalah ni. Sampai kat Irbid terus 'terjangkit'. Haih. Parah! Dan saya, personally, sangaaaaat bersetuju. Ini memang kena diubati, kalau tak boleh melarat, terbawak-bawak sampai ke tua. Tapi saya pasti, tiba masa mati, masalah ni akan hilang. Sebab Malaikat Maut tak pernah, tidak MENEPATI MASA.
Kalau ikutkan dalam dasar PERMAI sesi ini ada aspek Mentaliti > Pengurusan Masa yang Betul. Yang mana secara khususnya, menekankan kepentingan masa, pengurusan masa dan ketepatan masa. Sebab apa kami letakkan ini sebagai dasar ahli, dasar yang perlu dijadikan target setiap individu dalam PERMAI? Mesti bukan saja-saja. Kami sedar ini isu besar, masalah besar.
Risau lagi merisaukan. |
Bukan ahli PERMAI je bermasalah sebenarnya. Saya lagi lah! Kalau kata jumpa pukul 11 pagi, pukul 10.45 baru nak bersiap-siap. Mana tak lambat! Memang loser lah bab ni.
Yang buat saya lagi rasa loser, kita orang Islam bersuara tentang perjuangan sana sini, pom pang itu ini, tapi sekecil-kecil perkara seperti ketepatan masa masih di tahap memalukan. Langsung tak mencerminkan Islam yang sentiasa menekankan kepentingan masa.
Kita selalu rasa orang Barat pandang rendah pada kita, orang Islam. Tapi hakikatnya, kita yang telah meletakkan diri kita di tempat yang rendah dengan moraliti dan etika yang kita tonjolkan hari ini. Teringat saya semasa kunjungan saya dan keluarga ke kota London pada November lalu. Bila ditulis pada tiket bas akan bertolak jam 7 pagi, maka pada jam 6.50 pagi lagi driver bus dah berada di tempat duduk pemandu.
Apa perlu saya buat untuk memperbaik diri?
Saya cuba (dah berapa lama daaaa) buat jadual harian, susun aktiviti setiap hari. Walaupun tak bertulis (sebab malas), tapi cuba set dalam fikiran. Dan cuba bertegas dengan diri sendiri, even kadang-kadang tak berjaya.. (Err, tapi saya usaha gigih jugaklah untuk berdisiplin.) Justeru, saya akui, anda lebih tahu bagaimana hendak mengurus masa berbanding saya. Anda lebih berdisiplin!
Selain tu, kami AMT dah tekankan seawal mesyuarat kedua- Mesyuarat AMT tak boleh lambat dah lepas ni!! Jadi, kami pimpinan akan mulakan. Dan kita tengok, berjaya tak kami istiqamah =)
Kita dah datang awal, orang lain pulak lambat?
Penat tau tunggu! |
Pertama, bawak bersabar. Kalau perlu telefon dan bertanya, terus lakukan. Jangan biarkan kita terus dengan andaian dan prasangka bukan-bukan. Sambil-sambil tu, urge la orang tu. Soalan seperti "Lambat lagi ke nak sampai?", "Kata pukul 11.." dan sebagainya bolehlah dijadikan modal mendesak.
Kedua, jika orang tu sengaja nak 'uji kesabaran' kita, nyatakan pada dia (kalau malu atau takut nak cakap berdepan, SMS ada, FB pun ada), bahawa kita lebih suka kalau dia datang awal berserta alasan-alasan kita. Juga fahamkan dia, bahawa dengan kelambatan dia, dia telah menyusahkan kita.
Ketiga, kita perlu terus datang awal dan tepati masa. Bila orang dah biasa tengok atau tahu yang kita ni jenis on-time, sah-sah lah lepas tu dia akan cuba ikut flow kita.
Selamat mencuba!
Program mula lambat..
Program PERMAI lagi-lagi? |
"Alamak! Penat datang awal, tak start pon lagi.." Biasa dengar kan? Bukan keluar daripada mulut kawan, tapi mulut kita.
Awalnya, tahniahhhh! Anda berjaya datang awal =)
Kedua, cuba tengok sekeliling, kalau-kalau ada AJK program. Nampak je orang yang bernametag tu, terus amalkan 2T-Tegur dan Tanya. Tegur sopan-sopan dan tanya elok-elok, kenapa masih belum mula dan sebagainya. Lebih bagus, anda pula yang tawarkan khidmat untuk membantu. Pasti segan hummu dengan enta!
Kita faham kan keadaan dan pengurusan masyarakat Arab di Jordan? Mungkin lepas ni ada yang boleh terjemahkan ini dan beri kepada mereka? =)
Dan kalau AJK yang lambat, silalah komen dan nyatakan dalam borang muhasabah program. Atau nyatakan secara lisan kepada individu yang anda rasakan perlu ditegur. Bukan nak jatuhkan air muka atau apa, kita sama-sama nak maju kan? Jom mulakan sesama mahasiswa Irbid, yosh! Kalau masa tu AMT yang silap, tegur tegur tegurlah kami dengan cara yang sopan dan berhikmah.
Marilah kita sama-sama membaiki diri dari aspek ini. Malah, ketepatan masa ini juga sangat penting untuk kita selaku pelajar. Kelak juga, selaku doktor-doktor dan agamawan-agamawan yang disegani masyarakat.
p/s: Thanks kepada yang bagi cadangan tulis ini. Ana bangga dengan enti, sebab enti CAKNA akan masyarakat. Enti dah buktikan, bahawa enti adalah mahasiswi cakna. Bukan mahasiswi pasif yang hanya berorientasikan buku dan dewan kuliah. Pembaca lain, anda bagaimana?
topik yang hebat.
ReplyDeletekelewatan kita sebenarnya sudah cukup untuk menzalimi orang lain.
*muhasabah diri*
thnx 4 the reminder rai!