![]() |
[ Barisan AMT PERMAI 2011/12 ] ~ Peluang belajar dan beramal ~ |
Tidakku sangka , aku terpilih menjadi calon Majlis Tertinggi PERMAI. Kami yang dicalonkan diberi masa untuk menghantar surat penarikan diri jika ingin berundur daripada pilihan raya ini. Aku dengan penuh yakin diri berasa selesa dan tenang kerana yakin dengan hujah-hujahku dan sebab-sebabku menarik diri akan diterima. Walaupun diusik oleh rakan-rakan, namun semua itu tidak diendahkan kerana aku yakin aku pasti diterima untuk dibenar mengundur diri dalam pilihan raya ini.
Namun semua sangkaan itu meleset. Aku terkejut tika membaca pengumuman yang dibuat oleh Pengerusi JPR. Ketika itu, bersamaku , sahabat baik Tuan Dzulkarnain bersama-sama makan tengah hari di rumahku sambil menonton IP Man 2. Aku terus menelefon pengarah dan mendesak beliau untuk menerima permintaanku. Tika itu, aku seolah-olah hilang punca diri. Aku terus menghantar surat penarikan diri dalam FB Group JPR PERMAI. Lantas mendapat komen-komen yang positif mahupun negatif. Aku tahu tindakan itu tidak professional sebagai etika seorang calon pilihan raya. Namun, disebabkan emosi, aku bertindak sedemikian. Dalam keadaan yang tidak stabil ini, aku terus merancang bersama sahabat-sahabat AJK PINTAR 2010/11 seperti Tuan, Dzulkhairi, Azmin dan lain-lain merangka gerak kerja mempromosi agar diriku tidak dipilih. Sebab itu wujudnya JUS ( Jangan Undi Sahel ) dan beberapa tindakan lain demi mencapai matlamat ini .
Sebabnya boleh lihat lanjut dalam link ini.
![]() |
Mereka yang setia menyokong dan memberi semangat kepadaku |
Dalam fatrah memperhebat JUS, bebarapa senior yang amatku hormati dan segani yang kini pulang ke Malaysia datang menziarahiku dan berjumpa denganku . Beberapa nasihat dan perkongsian diberi kepadaku. Membuatkan kuberfikir banyak kali. Bersama-samaku disaat tertekan adalah sahabat baikku, Ikhwan Suberi. Kami banyak berbincang dan meneliti persoalan dan hujah untukku terus bertanding secara rela dalam PR PERMAI . Dan akhirnya keputusan dibuat. Boleh lihat sebabnya dalam link ini.
Banyak pengajaran yang kuperoleh daripada peristiwa ini.
1) Benar, apabila emosi menguasai diri, tangan kita lebih cepat untuk merespon dan bertindak daripada berfikir. Apabila melalui keadaan begini, ambillah wuduk dan dirikanlah solat hajat serta berdoalah moga Allah berikan yang terbaik. Banyakkan berbincang dan mendengar pandangan dan pendapat yang lain. Kemudian, buatlah pertimbangan berdasarkan pro dan kontra setelah mengkaji isu yang tersebut. Akhirnya , hasil keputusannya disalurkan melalui jalan yang sepatutnya. Elakkan marah dan sentiasalah tenang menghadapi apa-apa situasi. Ambillah masa untuk berbual dengan ibu bapa dan adik-beradik yang lain kerana mereka amat mengenali kita. Setelah pelbagai usaha dilakukan , tawakkallah kepada Allah.
2) Antara pesanan sahabat-sahabat di Jordan dan Mesir yang ku hargai iaitu:

- – Ustaz Syukri Ali
-Kita hanya merancang dan Allah jua merancang. Dan Allah adalah sebaik-baik perancang. Bersangka baik dengan Allah sentiasa. Apa yang telah ditetapkan untuk kita oleh Allah itulah yang terbaik. Kalau ia nikmat, bersyukur dan kalau ia ujian, juga bersyukur kerana ia satu tarbiyah. – Amirul Afiq
3)
4) Satu ayat yang menyentuh hatiku tika membaca dalam liqa Al-Quran bersama Syeikh Uqbah dan kuberbincang bersama beliau berkaitan ayat ini , membuatku berfikir lama iaitu
“ Tidaklah sama antara orang beriman yang duduk ( Tidak turut berperang ) tanpa mempunyai uzur ( halangan ) dengan orang yang berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwanya. Allah melebihkan derajat orang-orang yang berjihad dengan harta dan jiwanya atas orang-orang yang duduk . Kepada masing-masing , Allah menjanjikan ( pahala ) yang baik ( Syurga ) dan Allah melebihkan orang-orang yang berjihad atas orang yang duduk dengan pahala besar.”
( Surah An-Nisa` : 95 )
Satu tamparan buat diriku disaat mood aku begini. Sesuatu yang mahu Allah tarbiyah diriku.( Surah An-Nisa` : 95 )
AGM PERMAI sudah berakhir, tugas kami bermula
![]() |
Barisan AMM PERMAI 2011/12 |
Pengalaman: Pelajaran yang tiada dalam mana-mana modul mahupun buku.
ReplyDeleteAllah ysahhilna.