Takdir, ada caranya yang tersendiri untuk buat lawak dengan kita. lawak macam Raja Lawak tu, cuma mungkin style "baru-perasan-hek eleh" punya kelakar la.
Dua tahun yang lalu, saya rasa, tak ada sesiapa dalam barisan AMT sekarang yang sangka kami akan akhirnya disatukan- oleh tangan-tangan manusia lain- untuk membentuk sebuah team yang macam ni.
Dua semester lepas, mana ada terfikir langsung, bahawa, kami akan berjumpa, berkenal...dan membentuk satu matlamat yang sama.
Dua bulan yang lalu, honestly, saya tak pernah terfikir pun untuk menjadi admin kepada blog Triple One Two...bersama orang-orang yang sehebat begini.
Tetapi Allhamdulillah, bila terkenang kembali, no regrets. And so many smiles. Kalau dulu saya tengok saudari Fatimah...malu-malu kucing gak la nak buat lawak dengan dia. Ala biasalah, kita asyik pergi rumah dia untuk belajar bahsa arab ammi je. Cubalah take time untuk bawak kita jalan-jalan ke kan? (cadangan ye KH)
(panas-panas ni memang teringin nak pergi sungai)
Bila terdengar nama-nama yang memang famous dalam kalangan ahli Permai seperti Sahel, Naim dan Hatta...siapa tak rasa kekok nak berkerja dengan mereka kan? Sahel dengan PINTARnya. Naim dan Hatta dengan persatuan univeristinya.
Rasa macam baru semalam, saya dengar ucapan dari pengarah ladang pada sesi 10/11, Helmy.
Bila teringat semua mesyuarat AMM saya dulu, betapa nervous-nya saya tengok Hidayat Hasni senyap berfikir sorang-sorang, sambil dengar saya cakap macam adik-adik dalam persatuan. Yelah saya baru nak belajar masa tu. Ntah apalah idea-idea saya ye.
Kalau dulu, saya dengan Raihana adalah entertainer for each other kalau kami dah 'penat' dengan meeting yang panjang berjela-jela sangat. Kami akan cucuk-cucuk pen dekat tangan masing-masing. Motif utama supaya kami 'berjaya' mengharungi meeting sahaja.
Najib memang selalu bersemangatlah dalam meeting, kalau tengok senarai program yang dia selalu list-kan.. rasa macam nak buat plan negara pun ada. Biasalah pemimpin berwawasan gitu.
(hanya ilusi semata-mata, tiada kaitan dengan yang hidup)
Fadhilah dan Afifah dahlah satu jamiah, kadang-kadang sekelas, selalu balik jalan yang sama. memang tengok muka yang sama jelah! Yang akan cuba ingatkan saya tentang study adalah mereka. Dan yang kongsi resepi (ok, tolong masak sebenarnya), merekalah.
Lepas solat berjemaah tadi, tiba-tiba terfikir,
"Kenapa Allah nak kita berkenalan dengan lebih mendalam ye?" -sajalah saya tanya Timbalan Pengerusi MMJ itu, Kauthar. Testing kepandaian Doctor. Cewah.
Yelah, saya dengan Kauthar memang berkawan. Tetapi kami dulu takdelah sampai hari- hari meeting berjumpa macam sekarang. Sampai boleh bergelak tawa, berbincang masalah bersama personnel, masalah permai bersama.
"Adalah tu Allah nak susun sesuatu." Dia jawab ringkas.
Saya setuju, "Memang cantikkan susunan Allah?"
Ada banyak sangat benda dalam dunia ni, yang saya tak faham. Yang saya mungkin akan rasa susah untuk capai. Tetapi Allah itu Maha Adil. Kalau dalam doa-doa saya, selalulah saya selitkan permintaan kecil.
'If You want to teach me, teach me with the presence of inspirational people.' And I got my wish.
So many inspirational people in my life, and I've had the chance to meet some more. It's so funny how they just come and place themselves in the mold of life. Macam seni, cantiknya.
Kan kalau kita tengok lukisan abstract, pernah tak kita terfikir, macam mana pelukis tu menyusun bentuk-bentuk dan warna-warna yang pelik dalam satu canvas? Macam mana...mungkin dengan experiment, beberapa cubaan, akhirnya...ia jadi cantik. A masterpiece.
And Allah is the Greatest Artist
Ada benda yang mereka akan ajar saya. Dan selepas esok (ke hari ni?). Saya memang berharap untuk belajar sepenuhnya dari mereka.
Dan memanglah saya tahu, takdir untuk sepanjang sesi ini, dimata saya, dimata masyarakat Permai, merekalah pemimpin yang bakal membawa harapan semua...harapan saya untuk mencapai matlamat sebenar hidup. Bekerja bersama mereka atas dasar mencapainya. Nothing but His Grace.
Tetapi buat beberapa saat, izinkan saya menghargai mereka sebagai insan-insan biasa. Yang hadir dalam hidup saya sebagai hadiah dari-Nya. Izinkan saya tersenyum dan gelak sorang-sorang mengenangkan pengalaman-pengalaman yang lalu, sebelum saya 'berubah' menjadi lebih serius dan berobjective dengan mereka. Sebelum blog ini penuh dengan fikrah dan idea pemimpin-pemimpin ini. Izinkan saya menghargai takdir.
Susunan yang sangat-sangat berseni ini.
Hati rasa tersentuh.
ReplyDeleteDapat rasakan post ini luahan ikhlas dan telus yang lahir dari hati.
Moga Allah permudahkan perjalanan kita dalam dunia pimpinan PERMAI.
TMP : Triple 1-2
Wah.segan ana dengan enta (sahel)
ReplyDeleteSeriously I'll definitely miss this team! ;(
ReplyDeleteSungguh banyak kenangan kisah silam. Hheheh