July 19, 2011

~Jangan takut untuk melangkah

Bismillah..Dengan nama Allah saya mulakan.

Perasaan saya sekarang…NERVOUS!! Segan pon ada juga. Serius, ini kali pertama saya menulis dalam blog. Pertama kali dalam hidup saya. Tak pernah bermimpi pon untuk ada blog sendiri (walaupun ini adalah blog AMT tapi still ade share saya dlm ni..huhu)

Masa mula-mula dengar cadangan AMT nak buat blog, saya dah tak senang duduk.

Macam-macam yang saya fikir. Nak tulis apa nanti? Nak buat ayat-ayat berjela ke? Nak tulis isu apa nanti? Macam-macamlah yang penting.

Memang perasaan ragu-ragu macam ini lah yang selalu ada kalau kita nak mulakan sesuatu yang tak pernah kita buat. Takut-takut untuk mencuba.

Tetapi, satu hakikat yang perlu saya dan semua sedar. Dalam hidup ini, semakin kita membesar, semakin banyaklah yang perlu kita belajar^_^ Anjakan paradigma orang kata.

Sampai bila harus berada di takuk yang lama kan?

.....

Muslim itu sifatnya perlu istiqamah dan terus MENINGKAT. Dan semua ini bukanlah semudah ABC ~air batu campur! Kena ada sikap sanggup berkorban (mujahadatun nafs bak kata orang arab) Allah nak anugerahkan kemanisan hidup pada kita, takkan lah 'free' macam tu je kan...

Macam dalam study kita, nak dapat mumtaz dan cemerlang, takkan lah dengan goyang kaki sahaja. Tup-tup keputusan yang keluar meletup. Mustahil. Kena study, fokus dalam kelas, datang kelas setiap hari, stay-up lagi.

Kalau kita perhatikan sirah para sahabat dahulu, Saidina Bilal r.a contohnya. Bagaimana dia kena seksa dengan tuannya, kene jemur tengah panas, kena hempap batu yang sangat berat atas dada dan sebagainya.

Saidina Abu Bakar r.a yang sanggup serahkan semua hartanya ke jalan Allah. Sanggup gadai nyawa teman Rasulullah s.a.w berhijrah ke Madinah. Kena menyorok dalam gua. Lepas itu, sanggup pula biar diri sendiri kena gigit dengan lipan demi nak menjaga Rasulullah s.a.w.

Betapa besarnya pengorbanan mereka. Kita bagaimana?

Kita juga mampu insyaallah jika kita INGIN dan MAHU. Itu kunci paling penting nak berjaya.

Yakin boleh...tapi jangan dengan hanya angan-angan kosong, mesti bersamanya usaha dan doa :D

Dan juga yakinlah bahawa segala usaha kita ini tidaklah sia-sia. Kerana ada Allah Yang Maha Melihat dan Maha Menilai segala usaha kita itu.

Harapan saya

Harapan saya agar saya dan anda semua sama-sama berubah. Berubah ke arah yang lebih baik. Lebih positif dan cemerlang. Untuk diri, keluarga, PERMAI, dan Islam khususnya.

Teringat kata-kata mantan presiden kita, saudara Zaid, dia kata ahli MESTI(WAJIB) tegur pemimpin kalau mereka buat salah—so, jangan segan-segan tegur kami ye kalau kami buat salah.

Jom kita sama-sama saling melengkapi. Salam mahabbah untuk semua warga PERMAI^_^
(setakat ini sahaja. Minta maaf segala kekurangan, sbb..ini pertama kali saya menulis.) Harap bermanfaat.

…..

p/s: Ramadhan semakin hampir. Usaha kita sekarang bagaimana? Sudah bersedia menerima tetamu mulia ini?

Wallahua'alam.

2 comments:

  1. hidup YB pipah..^^.

    iAllah permulaan aka tapak pertama yg baik utk prjalanan yg jauh..

    smga kalian terus kuat, istiqamah dn ikhlas dlm beramal..kerana hanya itu kekuatan kita iAllah..

    *sayang MT PERMAI (akhawat)*

    ReplyDelete
  2. cik hasna ^^
    teruskan berdoa n berdoa yg terbaik utk semua..
    *syg kamu juga:)good luck exam!

    ReplyDelete

Apa Pendapat anda?