Nak markah tinggi sokmo!
Sudah berbulan-bulan saya bertangguh dengan sheikhah untuk bertemu dan mengambil ujian hafazan dengan sheikhah kabirah (sheikhah besar,iaitu sheikhah kepada sheikhah umaimah) kerana setiap kali kami habis beberapa juzu', hafazan kami sepatutnya diuji.
Saya bukan tidak mahu,tapi......
Hari itu,
Setelah berbincang santai dan gelak ketawa dengan sheikhah,beliau menawarkan agar saya mengambil ujian hafazan dengannya. Kerana melihat betapa 'liatnya' saya untuk pergi mengambil ujian dengan sheikhah kabirah.
"Nak tak ambil ujian dengan saya?Saya lagi syadid!" Kata sheikhah.
Saya sambut dengan gelak ketawa dan senyum berfikir-fikir.Mata saya melirik kepada sehelai kertas di atas meja,tertulis di atasnya catatan markah ujian hafazan seorang adik tahun 1 yarmouk, yang cukup saya kagumi. Dia seorang hafizah, lama dahulu di sekolah Maahad Tahfiz Sains.
"Markah ni lulus ke tak?"Saya bertanya pada sheikhah dengan tersengih, merujuk kepada markah adik itu.
"Lulus,lebih dari separuh dikira lulus.Tapi,Allah tak tengok semua tu. Lulus ke tak ke,yang penting ganjaran yang awak dapat di akhirat. Yang penting awak dah usahakan yang TERBAIK, tak payah tengok berapa markah,tapi ganjaran Allah yang lebih besar. Kan seronok kalau bila awak bergelar hafizah nanti,dengan ingatan pada hafazan quran yang mantap?Tak payah tengok markah.soh?(betul?)"Sheikhah menembak berdas-das nasihat.
Saya hanya mampu tersenyum dan menjawab "soh!..(betul!...)"
Natijah tidak selalunya menjadi terjemahan yang tepat!
Kadang kala,tidak dinafikan kerana adanya Sunnatullah iaitu ketetapan Allah di muka bumi dan dengan sifat Allah yang maha adil,maka sifir usaha kuat=berjaya.
Namun,menyorot kembali kepada pengalaman yang kita semua lalui,tidak semua perkara menurut apa yang dikehendaki,tidak semua perkara yang telah kita usahakan,kita tersenyum dengan kejayaan di akhirnya.
"Abis tu kenapa?"
Sebenarnya,ada pelbagai lagi gabungan sifir-sifir dalam kehidupan manusia yang disusun Maha Pencipta.
1.Hikmah
Betapa banyaknya kisah-kisah yang kita lalui satu masa dahulu,menjadikan kita adalah "kita" pada hari ini?Pernahkah kita berfikir,bagaimanakah agaknya kita sekarang,jika tidak melalui kisah hidup kita yang dahulu?
Manusia memang tergopoh-gapah,inginkan natijah yang indah-indah.Bagus. Tetapi,ada banyak perkara lain dan ruang-ruang nikmat selain dari natijah,di mana Allah mampu membuka seluas-luasnya untuk kita,jika kita telah berusaha.
2.Doa
Sudah puas berusaha?Doa bagaimana?Perkara-perkara beginilah yang kita sering terlepas pandang.'Doa itu senjata mukmin'!
3.Tawakkal
"Apabila kamu telah berusaha,maka bertawakkallah pada Allah.." Ali-Imran:159
4.Pertolongan Allah
"Jika Allah menolong kamu,maka tidak ada yang dapat mengalahkanmu, tetapi jika Allah membiarkanmu,maka siapa yang dapat menolongmu setelah itu?Kerana itu,hendaklah kepada Allah sahaja orang-orang mukmin bertawakkal" Ali-Imran :160
Bestkan ayat ni?
Pernah tak kita,masuk dalam dewan peperiksaan,dengan persediaan yang cincai atau hampeh?
Tiba-tiba keputusan peperiksaan kita,tidaklah seteruk mana yang disangka,dan malahan,lebih baik dari kawan sebelah yang study siang malam?
Haa..ini kes apa? Rujuk balik ayat quran di atas!
5. Sifir-sifir lain.
Terlalu banyak untuk dilistkan perkara-perkara lain yang patut di tanamkan dalam pemikiran kita,selain dari sibuk mengejar natijah yang hebat-hebat.
Antaranya?
Keberkatan yang lebih penting dari segalanya, sifat redha dan sabar yang amat perlu di saat kita diuji, dan ganjaran Allah yang tidak ternilai,lebih besar dari natijah dunia yang tidak seberapa.
Semua sifir-sifir ini penting untuk mukmin!.
Rasulullah saw bersabda, “Aku sangat kagum dengan urusan orang mukmin. Sesungguhnya semua urusannya baik, dan tidak ada kondisi seperti itu kecuali pada seorang mukmin. Apabila ia diuji dengan kesenangan, ia bersyukur. Dan apabila ia diuji dengan kesempitan, ia bersabar.” (HR Muslim)
Ayooo!Abis tu lepas ni takyah lah penat-penat usaha?
Siapa kata begitu?Bukan begitu.
Usaha masih perlu,tetapi dalam proses usaha itu sendiri,kita perlu sering bertanya sejauh mana kita berdoa,bertawakkal,sejauh mana keberkatan dalam usaha kita?
Dan kelak,
Apabila mendapat natijah,jika kita berjaya,kita bersyukur!
Tetapi jika kita gagal,kita bersabar dan redha!Pasti terselit sejuta hikmah di sebalik kegagalan itu.Satu masa nanti,pasti kita akan mengenang kembali kegagalan ini dengan satu senyuman,insyaALLAH.
Jadi,teruskan berusaha!
Selamat Menempuh Fasa Peperiksaan yang tidak ada fullstop untuk semua ahli keluarga PERMAI!
Allah.Entri saudari fatimah menembak jiwa saya.bOom..BooM..
ReplyDeletetu lah tim. dulu mula-mula nak g tasmi' kat sheikhah kabirah, sume takut-takut.
ReplyDeletesheikhah kate ape?
"kamu patut lebih takut kalau bacaan kamu salah di hadapan Allah."
=.='
emm susah mmg susah. aku pun rase tanak naik juzu', kot kene tebuk berlubang-lubang nanti. err
btw, thnx tim.
Oke piqah. Terime kasih kerana membaling tong gas ke aku. Tim baling dah, ko baling lagi. Baling sekali lagi aku sah hilang ingatan. hukkk
ReplyDelete