Kenangan.
ingat lagi masa datang mula-mula dulu. Lebih kurang 2 tahun yang lepas ( lagi 2 bulan genap 3 tahun insyaAllah), saya pernah ditawarkan satu jawatan untuk bekerja di bawah PMK untuk unit Isu semasa.
ketika itu, Pengerusi PMK ialah Saudara Sahel sendiri.
Saya terus menolak dengan baik. Alasan saya, mak saya tak bagi terlibat dengan persatuan.
"Mama and Babah tak nak you aktif berpersatuan dekat Jordan nanti. Datang Jordan, mama nak you fokus study. Okay?"
itu pesan mama saya, sebelum saya terbang ke Jordan. Seronok betul dengan privilege yang mak saya bagi tu. Bukan apa, sekurang-kurangnya saya ada alasan untuk tolak kalau orang nak ajak berpersatuan ke apa. Selalunya bila guna nama parents, orang dah tak berani cakap apa. :D
Saudara Sahel menghormati keputusan saya. Akhirnya beliau memilih Saudara Azlan Shah untuk memikul jawatan tersebut.
Bukan nak kata saya ni berkepimpinan sampai perasan untuk orang lain akan tawarkan saya jawatan. Cuma, cukup lah dengan apa yang saya alami dekat sekolah.
sekarang giliran saya pula jadi orang biasa. Tekad saya sewaktu itu.
.............
Itu tiga tahun yang lepas. Sekarang saya ditakdirkan untuk berkerja dengan Saudara Sahel sendiri dalam satu organisasi, iaitu barisan AMT PERMAI 11/12
macam terasa ada 'jodoh' pulak. haha.
Siapa sangka? cubaan saya untuk 'mengelak' dari mula-mula dahulu. Akhirnya, tertumpas juga.
apa jadi dengan pesanan mama?
habis saya pujuk parents saya untuk terlibat dengan persatuan. Bukan lah pujuk sangat pun. Minta kebenaran sahaja. Parents saya benarkan. Cuma apa yang diharapkan, saya dapat manage masa saya untuk pelajaran. Itu paling penting.
"insyaAllah ma."
Alhamdulillah.
Memang betul pesan kawan saya,
"Sekali kau dah terlibat dalam persatuan, kau dah tak boleh lari mana dah"
sampai sekarang saya masih tersenyum dengar kata-kata kawan saya tu. Mula-mula dulu bukan main berapi lagi cakap tak nak terlibat dengan persatuan.
tapi akhirnya? terlibat juga saya.
Itulah, kita manusia hanya tahu untuk cuba merancang. tapi perancangan Allah jugalah yang terbaik.
terpaksa?
taklah. enjoy ja. :)
Irbid Special.
Ketika mula sampai dekat Jordan dahulu, saya tak seberapa nak tahu dan faham. Apa yang special sangat Irbid ni?
Senior asyik cakap,
"kau patut bersyukur datang Jordan ni sebab Jordan ni special"
ya. Memang saya akui. Jordan agak special berbanding negara-negara lain di mata first year saya dahulu daripada beberapa aspek.
Antara aspek-aspek yang dimaksudkan ialah Jordan ada salji, Jordan ada bundle yang boleh beli kasut adidas original 2nd hand dengan harga RM 20, Jordan tak ramai orang ( tapi sekarang dah ramai), dan macam macam lagi.
Saya terus mengangguk tanda menyetujui aspek-aspek yang saya nampak sewaktu itu.
Hari demi hari. Masa pun berlalu. Umur pun meningkat. Pengalaman pun mula bertambah. Saya baru sedar yang sebenarnya Irbid ini sebenarnya lagi special daripada aspek-aspek yang saya nampak dulu.
Nak tahu apa yang special pasal Irbid?
Irbid ada PERMAI.
( okay saya faham. semua orang akan geleng kepala sambil cakap.
"amboi, ayat cliche sangat. mentang mentang dah jadi orang kuat PERMAI")
bukan.
Serius bukan sebab bila saya jadi AMT PERMAI baru saya sedar. Tapi kelebihan ini saya mula sedar semasa semester kedua tahun ini.
"Irbid special sebab ada PERMAI? kenapa pulak?"
tak cukup ayat tu.
Irbid special sebab ada PERMAI ...
..yakni tempat di mana semua orang yang berbeza latar belakang, tak kisah lah datang dari sekolah mana, negeri mana, jemaah mana, mahupun aliran politik yang bagaimana, boleh berkerja di satu bumbung yang satu, iaitu PERMAI tanpa masalah apa pun.
Alhamdulillah!
serius cakap saya. Percayalah. Cuba cari tempat-tempat oversea yang lain (luar Jordan) ada tak persatuan yang macam PERMAI. kalau ada pun, memang rare lah saya rasa.
Pernah tak dengar orang PAS Irbid bergaduh dengan orang UMNO Irbid ? *Contoh sahaja.
alhamdulillah setakat ni memang tak pernah.
walaupun sya yakin kelompok-kelompok seperti itu wujud.
............
Saya nyatakan begini bukan sebab nak rendah-rendahkan negara-negara lain. Cuma, saya nak sahabat-sahabat semua fikirkan balik. Renungkan balik. Dan muhasabahkan diri balik. betapa untungnya kita dihantar oleh Allah ke Jordan ni.
cuba tanya diri masing-masing balik,
kenapa kita semua ditakdirkan untuk datang ke Jordan? kenapa tak UK? kenapa tak German? kenapa tak India?
selain daripada untuk mengutip mutiara-mutiara ilmu yang ada dekat Jordan ni, saya rasa, Allah juga sebenarnya memberi peluang kepada kita untuk merasa, berada di bawah satu persatuan yang membolehkan anda berkawan, berkerja, berpersatuan mahupun bermain bola sama-sama dengan mengenepikan perbezaan latar belakang masing-masing yang kadangkala jelas menjadi 'tembok besar' bagi sesetengah orang di sesetengah tempat untuk bersosial (baca: syabab dengan syabab. Akhawat dengan akhawat) dengan lebih rancak.
Kalau dekat Malaysia sendiri, saya rasa, agak mustahil untuk kita mendapat peluang bersosial bebas (baca: yang berdasarkan syara') seperti di Jordan ini.
kan?
Kawan biasa.
Ahli PERMAI semakin ramai. ragam juga semakin bertambah. Banyak jenis hati yang perlu dijaga. Tidak tertumpu sahaja pada mereka yang sering berkopiah dikepala.
Sebagai pemimpin, tugasnya ialah untuk menjadi adil. Adil kepada rakyatnya. Tak kisahlah bagaimana pun orangnya.
Saya cukup segan kalau orang anggap saya ni sebagai seorang pemimpin. Cukup sajalah anda menganggap saya sebagai seorag kawan biasa yang sentiasa bersedia untuk membantu dalam apa perkara jua pun.
Bukan apa, saya rasa tak layak untuk digelar sebagai pemimpin, sedangkan saya belum tentu berlaku adil terhadap diri saya sendiri. apatah lagi orang lain?
tapi tak mengapa. Saya tetap percaya dan yakin bahawa setiap perkara yang tertulis ini, pasti ada hikmahnya.Oleh itu, Saya akan cuba sedaya upaya dengan kudrat yang Allah bagi untuk melaksanakan tugas saya sebaik mungkin.
Saya sangat mengharapkan bimbingan dan teguran daripada sahabat-sahabat semua, sekiranya saya berlaku zalim ke atas diri sendiri mahupun diri kalian sepanjang sesi ini.
Pendek kata, Saya pun manusia biasa, banyak kurang dan cacat celanya. Kalau nak tegur ke apa. Boleh terus inbox dekat facebook. takpun guna no telefon orange saya yang ada tertera di Yahoo group PERMAI.
:)
Harap tulisan saya kali ini bermanfaat untuk kalian.
Wallahu3lam.
2009, Hotel Joude
Ulya, Furqon, Saya, Haniff, Anuar.
Masa zaman muda-muda dulu.
sekian.
wasalam.
haritu beritahu mak saya tentang taklifat sekarang,mak saya hantar mesej : Tak payah la masuk persatuan,nanti banyak kena bayar..kah3..
ReplyDeletesaya jawab : persatuan ini wajib.orang yang tidak masuk persatuan umpama mak masak nasik tapi xde lauk.hambar je kan makan nasik tu. ;)
hatta, enta pandai betul bermadah kata dengan mak enta.
ReplyDeleteorang lughah la katakan. :P
segan ana pd smngt nta...hehe
ReplyDeletemoga bhgia 'brprsatuan' najib n smua.. =)
mesti mak anta ada pesan p Jordan nanti jgn nak gedik2 nak nikah.. betoi dak?? hahaha... saja nak sembunyi letteuwww...
ReplyDeleteamboi kun zalameyh yg manis ini~ hehe
ReplyDeleteterima kasih saefullah!
ReplyDelete:)
amboi kun zalameyh, tau tau je. memang betul pun. mak ana ada sebut. tapi tak mo la sebut. kang kata apa pulak. haha.
Memang semua orang tak mampu untuk adil, tp tak salah untuk belajar menjadi adil...
ReplyDelete