May 25, 2012

Hari terakhir Admin

Assalamualaikum wbt,

Hari ini merupakan hari terakhir saya sebagai admin open talk Facebook group PERMAI.

Jadual harian saya dah terlalu sinonim dengan group open talk Facebook. Ditubuhkan pada 24 July 2011, atas dasar ingin menjadi medium untuk ahli mengekspresikan pendapat dan juga berkongsi isu, ilmu dan persoalan-persoalan penting, serta mengajak ahli untuk bersikap lebih terbuka dengan perbezaan. Hampir setiap malam, saya akan buka dan check juga group tersebut- kalau rumah tak ada internet, saya pergi rumah kawan. Kalau saya di luar, saya akan cari rumah kawan yang terdekat untuk online. Rasa seronok membuka semua link, melihat semua video, dan membaca komen-komen ahli.

Seperti orang yang tiada kerja, sayalah pembaca setia komen-komen anda, dan sayalah juga yang akan perasan bila anda 'like', atau bila anda remove (mungkin sebab saya ehemm). An interesting experience.

Berkenalan dengan ahli


Tugas saya mudah-memastikan perbincangan yang dibawa ahli positive dan juga tidak menyalah-gunakan group tersebut. Pada awalnya, saya rasa ramai yang agak terasa dengan sikap tegas saya berkaitan pengiklanan dalam group, dan juga teguran terhadap post-post yang mungkin tidak sesuai dengan group. Saya berbuat demikian hanyalah kerana saya tahu, group ini tidak dapat capai objektifnya, kalau perbincangannya tidak bermanfaat. Hak exclusive group tersebut, juga telah memaksa saya untuk bersikap lebih berhati-hati sebelum menerima request. Saya perlu kenal setiap pengguna FB...jadi saya perlu tanya.

Ada segelintir yang mempertikaikan kenapa saya perlu dokumentasi dan kenal dengan pengguna FB tersebut (pada awalnya saya siap suruh tukar nama facebook), tujuannya adalah saya ingin tekankan.. kebebasan bersuara perlu disertai tanggungjawab. Mahasiswa/wi yang professional, adalah yang memahami, hak bersuara adalah amanahnya.

Antara perkara lain yang saya cuba kawal-adalah suasana perbincangan dan komen ahli terhadap post dan isu yang dibawa dalam Open Talk. Dalam Syarat dan Objektif group tersebut, mungkin syarat yang ketiga menjadi syarat yang paling mencabar untuk saya kekalkan setakat ini:

3) Bahasa yang digunakan mestilah bersesuaian dengan keadaan dan etika seorang pelajar Islam, tidak menggunakan bahasa yang kesat, kurang sopan, tidak menyentuh sensitiviti mana-mana pihak dan tidak menimbulkan perpecahan.

Pada sesi saya, banyak penumpuan pada Facebook. Technology mungkin membuat kita lupa, sesiapa yang kita bercakap dengan, walaupun melalui Facebook, adalah manusia biasa dengan hati dan perasaan.

Kadang-kadang gaya bahasa, lawak kasar, dan sindiran secara terbuka dalam group, membuat saya buntu, sebagai manusia biasa- apa cara terbaik untuk saya menasihati dan mengawal keadaan sebegini? Adakah Internet dan technology satu 'kelebihan' untuk kita bersuara sambil menyakiti hati kawan kita?

Kali pertama saya tidak online, adalah pada 19 February 2012...dan kalau semua perasan, itulah malam post 'hangat' isu muroqib yang diperdebatkan secara dahsyat oleh ahli. Selepas tu, memang rasa bersalah sebab tak dapat nak bantu mengawal keadaan. Memang lepas tu, saya serik untuk melepas satu malam tanpa melihat group tersebut. Satu malam pun takleh ditinggalkan! :D

Secara positivenya, mungkin post itu telah membantu menyedarkan kita semua---muamalah dengan manusia, tidak kiralah medium apa, perlu disertakan adab dan cara yang berhikmah dan sesuai. Allhamdulillah..ada peningkatan. Kalau dulu saya asyik kena 'delete komen' dan terpaksa penuhkan inbox untuk mengawal keadaan. Sekarang, ahli sendiri memberi komen 'bincanglah secara professional, mahasiswa la der".. Dan saya rasa, komen positive dari ahli lebih berkesan berbanding post dan komen 'amaran admin' dan inbox skema saya ;)

Perkembangan perbincangan ahli dalam group

Antara objektif terbesar penubuhan group ini, adalah supaya dasar 'keterbukaan' dapat dilaksanakan. Keterbukaan dari segi melontarkan pendapat- dan juga berkongsi idea dan juga pemahaman, dan mewujudkan dialog antara ahli dan persatuan, ahli sesama ahli.

Mungkin pada awalnya, ramai yang agak kekok dan tidak tahu isu apa yang perlu dibincangkan. Pernah ada satu tempoh, open talk dijadikan tempat persoalan-persoalan fiqh dan medic dibincangkan (apa nak buat kalau batuk berdarah? apa hukum orang asthma mengguna inhaler ketika puasa?)- kemudian berkembang kepada perkara-perkara isu semasa (isu murtad, isu LGBT, isu pendidikan, isu syria, isu perkembangan di malaysia). Ada juga yang mula menyuarakan masalah masyarakat dan mohon perbincangan secara terbuka (isu ikhtilat, isu muroqib, isu kebajikan, dan isu program).

Makin lama, makin serious, ada juga yang mengambil peluang untuk berbincang politik dalam group- saya raikan, dengan syarat- bukan perbincangan politik yang taksub kepartian, tetapi memang perbicnangan untuk mengetahui hal semasa Malaysia.

Atas dasar meraikan pendapat ahli, ada beberapa perbincangan atau persoalan yang mungkin pada pandangan saya- terlalu simplistic, atau tidak sesuai ditanya secara terang-terangan, tetapi saya biarkan. Kerana inginkan penglibatan yang lebih ramai dari semua. Setelah memegang post admin, saya sedar, tiada isu atau masalah yang terlampau kecil, yang tidak boleh dibincangkan bersama.

Banyak perbincangan yang saya perhati, gelagat dan respon ahli memang tidak boleh dijangka.

Kita ada mereka yang berbincang secara serious- persoalan demi persoalan dilontarkan, komen yang panjang-panjang (ada yang tak larat membaca?).

Kita ada golongan provoke, yang tak henti-henti nak 'memanaskan' isu.

Kita ada golongan 'ingin tahu'- dapat isu baru, menarik, rasa macam nak kongis dalam group, rasa macam nak tanya pada yang tahu.

Kita lihat ada yang emosi- ada yang cepat terasa. Ada yang agak kelakar, dan suka mengusik. Ada juga yang agak garang, selalu memberi 'amaran. Ada yang memberi nasihat. Ada yang menjadi 'peng-like' tegar. Dan ada sahaja yang tidak pernah memberi respon apa-apa.

Aneh sungguh masyarakat kita, pelbagai gelagat dan ragam manusia.

Puarat dalam sebulan, hampir 25-40 tajuk/persoalan/luahan berbeza akan di-post-kan dalam group Open Talk. 'Like' yang paling banyak tidak lebih dari 150 orang (isu pelajar melayu ponteng kelas).  Komen yang terbanyak adalah sebanyak 177 (isu Tuan Guru Nik Aziz alu-alukan kemunculan IKRAM), kedua adalah sebanyak 114 komen (isu syabab menghisap rokok), dan ketiga isu muroqib akhawat di ajloun (sebanyak 95 komen).

Apakah maksud semua nombor dan statistik ini? Saya melihat dari segi teknikalnya, penglibatan ahli permai untuk mengaktifkan diri dalam group (sama ada untuk menjadi peng'like' atau post dan berdiskusi)- adalah dalam 150-200 orang setiap bulan. 1 per 6 dari bilangan keseluruhan ahli permai. Mungkin satu permulaan yang baik. Kerana mungkin orang yang berbeza yang aktif pada masa yang berbeza.

Harapan saya, agar kesemua 1000++ ahli dapat memanfaatkan group ini. kalau tidak respon mungkin ada yang menjadi silent reader.


Mula memberi kebebasan

Makin lama- kawalan admin itu makin boleh dikurangkan. Even ada iklan dalam group- atau soalan yang tidak sepatutnya, ahli group sendiri yang cakna dan nasihatkan...dan memastikan bahasa yang diguna adalah bahasa yang terbaik. Siap smiley dan tanda peace...explanation yang penuh matang dan berdiplomasi. Saya dah mula lihat- ahli faham hujah fakta vs hujah emosi... perbincangan terbuka vs menyakitkan hati.

Ahli yang faham penggunaan group ini, bersedia untuk dikritik, untuk disoal atas pendapat. Bukan group untuk 'menarik sesiapa untuk bersetuju dengan sesuatu perkara', kerana pada akhir perbincnagan setiap isu- masing-masing bebas untuk bersetuju atau tidak bersetuju.Yang penting, mahasiswa mempunyai prinsip, mengiyakan sesuatu atas dasar ilmu dan hujah serta pemahaman. Berbincang sesuatu atas dasar inginkan kebaikkan.

Kebebasan memilih tajuk perbincangan dan kebebasan untuk bertanya, saya cuba untuk berikan. Tetapi  kebebasan itu perlu dipandu supaya dapat digunakan dengan baik oleh semua pihak. Idealistically, saya inginkan suasana yang positive bagi semua golongan dan semua pemikiran masyarakat kita dalam group ini. Tidak kiralah senior ke junior, tidak kiralah kepimpinan atau ahli biasa, atau dari latar belakang dan fikrah berbeza.

Group, Facebook, hanya medium

Akhir kata, group, facebok, internet, hanyalah sebuah medium. Yang mencorakkan dan menggunakannya adalah kita bersama, seperti yang saya kata dalam AGM, "Open Talk adalah satu proses." Proses untuk belajar, untuk trnasformasi dan reformasi pemikiran dengan berlandaskan Islam sebagai prinsip utama.

Is it saddening to leave my admin post? Hmm... I don't think so. Group ini bukan milik AMT sahaja (walaupun mereka berhak men'delete'kannya), group ini milik masyarakat PERMAI bersama. Walaupun  tidak lagi menjadi admin open talk, saya masih mengharap saya dapat menyertai dalam perbincangan isu semasa yang memberi manfaat pada semua.

Minta maaf kalau ada ayat terlampau 'skema', kalau ada inbox atau deletes post. Kalau ada yang rasa macam saya terkasar bahasa, atau kalau ada yang tidak berpuas hati dengan cara saya.

This has been an interesting experience. And experience has been, a great teacher.

Nisa Saad,
a.k.a Nafeesa Ayesha Binti Ahmad Fauzi,
Admin group open talk PERMAI sesi 11/12

"PERMAI paksi komuniti"


May 9, 2012

Kuda berlari

Sebelum final exam, molek sangatlah kalau semua bersiap sedia betul-betul. Final exam ni hanya sekali (untuk setiap subjek^^), setiap semester. Tiada rugi kalau pulun sungguh-sungguh. Jadi baca banyak-banyak, tanya banyak-banyak, ini last chance to do the very best.

Saya rasa saya terlambat sebenarnya, sebab semua dah mood final exam, tapi better late than never. 

Lukisan dedikasi saya untuk pasukan AMM 11/12. 


the picture is not the best part- is best is that my teammates signed the sides and the back of the canvas- making it priceless!





The Eight Running Horses is a very auspicious symbol of power and perseverance and represents a distinguished success and prosperity. 

InsyaAllah this is what I pray for every team member! 

Selamat exam semua!

May 4, 2012

Semoga bertemu di syurga nanti.


Saya berasal dari Ipoh, Perak dan tak ramai sebenarnya yang sama sekolah dengan saya yang menyambung pengajian di Irbid ini. Ok. Ini bukan biodata pengenalan diri. Cuma apa yang saya nak beritahu ialah saat ini, sudah ramai kenalan, kawan dan juga sahabat saya di Irbid ini. Sama ada yang Malaysia atau bukan Malaysia.

Siapa sangka seorang budak biasa dari Taman Meru, Ipoh ini boleh menjadi sahabat dengan Sahel Nordin, dari hujung semenanjung dan boleh berkawan rapat berkongsi masalah tentang masyarakat dan dapat kerja sepasukan sebagai ketua dan timbalan.

Sahabat-sahabat,

Itulah hebatnya ketentuan Allah. Kita tidak tahu apa yang akan terjadi, kita tidak tahu dengan siapa kita akan berjumpa, dengan siapa pula kita akan dijodohkan melainkan segala-galanya adalah dalam pengetahuan Allah. Ajaib ketentuannya.

                        AMM ber'shopping'. Tiada dalam gambar : Saya dan Luqman Ashaari


Sebab itu kita kena selalu memohon doa kepada Allah moga-moga manusia yang kita jumpa dalam hidup kita akan dapat membawa kita lebih dekat dengan Tuhan, dan alhamdulillah, saya bertemu manusia-manusia itu di sini, di Jordan.

Bila kita duduk dan bergaul dengan masyarakat, kita akan mengenali manusia dengan lebih rapat, kita kenal bagaimana mendekati manusia, kita belajar memahami manusia dan kita lebih memberi peluang kepada manusia. Ini, anda tidak boleh dapat dalam buku, atau ketika teori dalam bilik kuliah, tapi ini anda akan hanya dapat di jalanan.

Sepanjang duduk atas kerusi Presiden ini, banyak ranjau duri, cabaran, ujian dan jalan berliku yang dihadapi. Allah telah menguji saya dengan pelbagai cabaran, pemergian dan kehilangan, kesusahan demi kesusahan, kerenah pengurusan, isu keselamatan dan pelbagai ragam lagi kisah suka dan duka. Namun segala luka dan sedih itu terubat, cukup hanya dengan melihat raut wajah manis ahli-ahli yang mengukir senyuman.

Apa pun, saya kira pengalaman saya yang paling sedih sepanjang memegang tampuk kepimpinan ialah pemergian Allahyarham Ilham Ellani, yang saya kira pemergiannya sangat tak terkejar dek masa. Cepat sungguh Allah tarik nyawa beliau. Sama-sama kita doakan agar beliau ditempatkan di kalangan hamba-hamba Allah yang soleh dan diterima ke syurga, dan kita doakan juga agar kita dapat bertemu dengan beliau sekali lagi di sana.

Pada kesempatan ini, saya ingin menyatakan seribu satu penghargaan kepada semua pihak yang terlibat memberi sokongan dan dorongan secara langsung atau tidak langsung dalam menggerakkan PERMAI selama ini. Terima kasih kepada pihak kedutaan, pihak Education Malaysia Jordan, Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan 2011/2012, Badan-badan Kebajikan Anak Negeri, Ahli Majlis Mesyuarat saya yang setia menemani, Ahli Jawatankuasa Program dan juga entiti, Majlis Penasihat Rasmi, penasihat-penasihat yang ramai yang tak rasmi, pengkritik depan mahupun belakang, ahli-ahli yang memberi sokongan dan dorongan, yang memberi komitmen untuk membuat sumbangan, siswa, siswi, tua, muda, bujang, berkahwin, senior mahupun junior yang banyak meberi tunjuk ajar kepada komuniti ini secara umum dan saya secara khususnya.

Saya memohon maaf sekali lagi kepada semua yang mengenali mahupun tak mengenali diri ini. Ampunkan segala kesalahan dan kesilapan saya dan pimpinan. Doakan supaya Allah menjaga kita semua dunia dan akhirat dan kita dapat bertemu kembali di syurga yang abadi.

May 2, 2012

Kebiasaan yang perlu ditinggalkan


Meeting Muhasabah PERMAI 11/12 yang mengambil masa lebih 15jam.
Kenangan yang tak mampuku lupa. Letih tapi puas dan best !!!


Bukan senang untuk menanggalkan sesuatu yang telah menjadi kebiasaan dalam hidup.


Kalau sebelum ini, berjalan pulang ke rumah dari masjid atau jamiah, seringkali berfikir dan cuba mendapatkan idea baru untuk penambahbaikan gerakan PERMAI .


Kalau sebelum ini, diri ini eager nak sembang dengan rakan-rakan bertanyakan respon mereka terhadap program PERMAI, PINTAR atau permasalahan peribadi mereka kerana rasa diri ini punya tanggungjawab terhadap mereka.


Kalau sebelum ini, kalau diri ini rasa mula tak faham dalam kelas, fikiranku mulalah melilau dan tangan bergerak mencari pen untuk menyusun strategi atau idea-idea untuk kelancaran program PERMAI atau meeting kita.


Kalau sebelum ini, HP banyak dimasuki sms dan call berkaitan pelbagai urusan sama ada ahli atau updated gerak kerja PERMAI ....


Kalau sebelum ini , masa berada di hadapan laptop agak lama kerana melihat dan meneliti telatah dan respon ahli satu persatu dalam wall, open talk, irbedians, ruang iklan Irbid, panel kajian pilihan raya, perlembagaan , majlis penasihat, naqib PINTAR, AJK PINTAR , leaders dan yang paling lama TEAM 11/12 ....


Kalau sebelum ini, wajah2 AMM kekadang terjah dimindaku , "masalah hari tu, selesai tak lagi", "studi dia macam mana ya", "kerja dia tak siap lagi tu" , "dia exam esok, tapi busy lagi banyak benda", "hari tu dia merajuk, mcm mana nak selesai", "dengar kata result dia jatuh, mcm mana dia skrg" dan mcm2 lagi.


Namun kini ....


Ia sudah berakhir. Kucuba hirup nafas baru, mula gaya hidup baru. Kucuba paksa diri ini untuk berfikir atau fokus kepada akademik dan ilmu untuk menghabis masa berbaki ku di bumi Jordan ini .

Namun ia bukan senang.

Kekadang ia acap kali datang ke mari dan kucuba menolak dan peringat diri ini,

" Sahel, sudah2 tu, fokus study, dah nak balik tu. Come on, come on, u have to all outon ur study , banyak nak kena prepare. Chaiyok , FOKUUUSSS !!!" haha

Ya, begitu sukar untuk menanggalkan sesuatu yang menjadi kebiasaan hidup.

Bagaimana ku perlu lalui hidup ini tanpa semua ini. Pasti ia sungguh perit.

Namun pastiku yakin, masa akan menjadi ubat dan rawatan.


Buat Najib,  Raihana,  Hatta , Ulya , Muhammad Naim , Atiqah (PERMAI ) ,
Luqman  & Haziman  (MPMMJ) ...

Maaf tak dapat bersama kalian dalam perjuangan kali ini .

Saya benar-benar kagum dengan anda semua. Teruskan-teruskan lah. Berikanlah yang terbaik , pasti anda akan menghargainya kelak dan pasti ia satu fasa kehidupan yang penuh dengan makna hidup erti memberi.
 
All the best !!! ^^

Sob3x ....

Sayang mereka kerana Allah swt


" BerAMM PERMAI hingga ke Syurga ^^ ..... "




Daripada :

Sahel Nordin

Pengerusi JKK PMK PERMAI 09/10
Pengerusi PINTAR 10/11
Timbalan Presiden PERMAI 11/12