July 30, 2011

Ha,lari ke mana tu?

Murakib On Call
"assalamualaikum,sharina,tlg mintakkan murakib boleh?"
"waalaikummussalam, dari mana ke mana?nak pukul berapa?"
Dialog biasa antara akhawat dan timbalan ketua polis irbid masa kini,sharina sahak.

Kemudian,
"assalamualaikum,ulya,sori kacau malam2. ada akhawat nak mintak murakib."
"waalaikummussalam,sharina,takpe je,dah tugas ulya.akhawat tu nak berapa org murakib?dari mana ke mana?pukul berapa?"
Dialog biasa antara ulya dan sharina,ketua polis irbid masa kini.

*Dialog rekaan semata-mata*

Pa dia murakib??
Dahulu,sebelum datang ke jordan,saya tak pernah terfikir,bahawa saya akan memerlukan beberapa orang lelaki melayu,untuk mengawasi saya dan rakan-rakan untuk bergerak ke mana-mana pada waktu malam.

Sebab dahulu,saya juga tidak pernah terfikir,bahawa akan ada orang2 yang berniat jahat ke atas orang lain terutamanya perempuan!

Cetusan dalam hati
Satu malam,saya berjalan menuruti langkah seorang murakib di hadapan saya.
Sambil tunduk dan melihat ke arah langkah kaki sendiri,dalam hati saya sungguh-sungguh,terbit satu rasa.

Kagum,dan bersyukur.
Adanya syabab-syabab yang sanggup meluangkan masa,dan tenaga untuk menjadi murakib,walaupun sudah lewat malam.

Dalam hati,
Senyap-senyap saya berdoa,untuk murakib kami pada malam itu, semoga Allah menjaga dan mengawasi ibu,kakak atau adik perempuannya,lebih dari usaha dia untuk menjaga keselamatan kami.
Dalam hati,
Senyap-senyap saya berdoa,untuk murakib kami pada malam itu,semoga Allah kurniakan dia keberkatan masa,lebih dari masa yang telah dia luangkan dalam usahanya memurakibkan kami.
Dalam hati,
Senyap-senyap saya berdoa,untuk murakib kami pada malam itu,semoga Allah memasukkan dia ke dalam syurga kelak,dengan sedikit keihklasan nya dalam niatnya mengawasi perjalanan kami.

Dan pelbagai lagi doa-doa lain yang tidak perlu diceritakan,dalam hati saya.
Ameen,untuk doa saya pada malam itu.
Dan ameen,untuk doa-doa akhawat lain yang saya yakin,juga banyak telah mendoakan kebaikan untuk para murakib sekalian.Ameen.

Realiti tidak seindah fantasi
"Sesi ini,Allah uji kita dengan pelbagai masalah yang tiada pada sesi-sesi sebelumnya. Kita diuji dengan masalah keselamatan.Allah bagi kita pelbagai masalah yang kita tak pernah sangka!"
Petikan dari ucapan pembubaran oleh Mantan presiden PERMAI 2010/2011.

Keadaan kita tidak setenang dan seaman dahulu. Baru beberapa minggu kami bergelar pimpinan PERMAI,sudah banyak kes-kes yang dilaporkan,apatah lagi yang tidak dilaporkan oleh ahli PERMAI.

Ramadhan berkunjung!
Ramadhan,sinonim bagi pelajar irbid dengan murakib.Mengapa?kerana setiap kali lepas solat terawih,kami akan menunggu di perkarangan masjid,untuk menunggu pembahagian murakib mengikut kawasan.

Oleh itu,saya dengan tulus ikhlas nya menyeru kepada semua akhawat untuk mematuhi sistem murakib yang akan dijalankan pada bulan Ramadhan nnt.Kalian adalah adik beradik saya,dan oleh kerana itu,pastilah seorang kakak,inginkan adiknya selamat.Pastilah seorang adik,inginkan kakaknya selamat! =)

Dan saya juga dengan rasa rendah diri, meminta jasa baik syabab2 sekalian untuk meluangkan sedikit masa dan tenaga untuk memurakibkan kami. Moga nama kalian tercatat sebagai penghuni syurga Allah dengan keihklasan kalian.insyaALLAH =)

Akhawat sekalian,
Jangan ada yang melarikan diri ye!

Wassalam.

July 26, 2011

Manusia PERMAI yang hebat

Saya mulakan tulisan ini pada lewat 2.47 pagi. Pagi-pagi yang sayu begini, mengingatkan saya kepada banyak kenangan.

Sejak beberapa minggu yang lalu, sejujurnya saya berasa sayu. Senior-senior Irbid yang hebat-hebat pergi seorang demi seorang. Sayu kerana terpaksa berpisah dengan mereka. Sayu lagi hati ini bila mengenangkan amanah yang mereka tinggalkan untuk kita yang masih di sini. Bila renung balik diri, rasa nak menitis air mata, mampukah aku jadi sehebat mereka? Layakkah nak menggantikan dan meneruskan legasi dan menyuburkan lagi benih-benih harmoni yang mereka sudah tanam dahulu?

Saya sungguh terkesan sebenarnya dengan pemergian mereka. Mungkinlah, riak muka tak sangat nampak. Tak macholah lelaki muka sedih-sedih kan?

Abang Aizat pernah bagitahu, "Korang ni akan jadi lagi hebat. Sebab cabaran korang lagi besar." Bila dengar tu, hanya Allah je yang tahu betapalah rasa hinanya diri ni.

Abang Imran pula pernah bagitahu, "Kita ni, sebenarnya, di mana kita letak akhirat kat mata kita?"

Entahlah, terdiam saya. Tapi dua-dua ni saya tak sempat nak jumpa buat kali terakhir sebelum mereka berangkat ke lapangan terbang. Mungkin Allah nak susun, supaya jumpa lagi lepas ni.

Itu mereka yang dah pergi. Tapi yang masih di sini, masih ramai lagi yang sudi memberi, sanggup berbakti.

Saya cukup rasa kagum dengan ahli-ahli PERMAI yang sanggup terima kerja untuk Program Sambutan Pelajar Baru. Ada yang dari kalangan senior tahun akhir, ada yang dah banyak kali kerja, ada yang pertama kali, tapi tetap sudi jadi skuad tabah.

Saya cuba bayangkan diri saya menjadi ahli biasa. Entah-entah, belum tentu lagi saya sanggup terima jadi AJK, sanggup sambut adik-adik, sanggup korbankan cuti dan duit. Entah-entah, saya yang mula-mula cabut dulu balik Malaysia.

Jauh di sudut hati saya, tidak ada perkataan yang mampu saya ungkapkan untuk menggambarkan betapa saya bersyukur ada manusia-manusia hebat sebegini.

Malu, kadang-kadang saya berasa malu, kerana orang yang tiada jawatan atau pangkat tinggi, tapi boleh menyumbang dan memberi lebih banyak kepada masyarakat, boleh berbakti dan telah terbukti, lebih hebat daripada saya yang ada jawatan ini.

Sebab apa saya kata begitu?

Kerana, mereka menyumbang kerana mereka memilih untuk menyumbang, sedangkan saya menyumbang, kerana saya telah terpilih untuk menyumbang. Ini kewajipan saya, sedangkan itu pilihan mereka.

Hanya Allah sahaja yang dapat membalas segala jasa bakti dan mencurahkan rahmat kepada semua manusia hebat yang pernah memberi, dari dahulu sehingga sekarang, demi untuk menjadikan masyarakat PERMAI ini lebih baik.

July 23, 2011

Puas dengan apa?

Nak markah tinggi sokmo!

Minggu lalu,saya pergi memperdengarkan hafazan quran kepada sheikhah saya, sheikhah umaimah. Tidak jauh rumahnya,berdekatan dengan zam-zam. Tetapi,minggu itu kelas tasmi3 kami dibuat di rumah jirannya,kerana di rumah sheikhah ada kerja-kerja membaikpulih sedang dilakukan.

Sudah berbulan-bulan saya bertangguh dengan sheikhah untuk bertemu dan mengambil ujian hafazan dengan sheikhah kabirah (sheikhah besar,iaitu sheikhah kepada sheikhah umaimah) kerana setiap kali kami habis beberapa juzu', hafazan kami sepatutnya diuji.
Saya bukan tidak mahu,tapi......

Hari itu,
Setelah berbincang santai dan gelak ketawa dengan sheikhah,beliau menawarkan agar saya mengambil ujian hafazan dengannya. Kerana melihat betapa 'liatnya' saya untuk pergi mengambil ujian dengan sheikhah kabirah.

"Nak tak ambil ujian dengan saya?Saya lagi syadid!" Kata sheikhah.

Saya sambut dengan gelak ketawa dan senyum berfikir-fikir.Mata saya melirik kepada sehelai kertas di atas meja,tertulis di atasnya catatan markah ujian hafazan seorang adik tahun 1 yarmouk, yang cukup saya kagumi. Dia seorang hafizah, lama dahulu di sekolah Maahad Tahfiz Sains.

"Markah ni lulus ke tak?"Saya bertanya pada sheikhah dengan tersengih, merujuk kepada markah adik itu.

"Lulus,lebih dari separuh dikira lulus.Tapi,Allah tak tengok semua tu. Lulus ke tak ke,yang penting ganjaran yang awak dapat di akhirat. Yang penting awak dah usahakan yang TERBAIK, tak payah tengok berapa markah,tapi ganjaran Allah yang lebih besar. Kan seronok kalau bila awak bergelar hafizah nanti,dengan ingatan pada hafazan quran yang mantap?Tak payah tengok markah.soh?(betul?)"Sheikhah menembak berdas-das nasihat.

Saya hanya mampu tersenyum dan menjawab "soh!..(betul!...)"

Natijah tidak selalunya menjadi terjemahan yang tepat!

Kadang kala,tidak dinafikan kerana adanya Sunnatullah iaitu ketetapan Allah di muka bumi dan dengan sifat Allah yang maha adil,maka sifir usaha kuat=berjaya.
Namun,menyorot kembali kepada pengalaman yang kita semua lalui,tidak semua perkara menurut apa yang dikehendaki,tidak semua perkara yang telah kita usahakan,kita tersenyum dengan kejayaan di akhirnya.

"Abis tu kenapa?"

Sebenarnya,ada pelbagai lagi gabungan sifir-sifir dalam kehidupan manusia yang disusun Maha Pencipta.

1.Hikmah
Betapa banyaknya kisah-kisah yang kita lalui satu masa dahulu,menjadikan kita adalah "kita" pada hari ini?Pernahkah kita berfikir,bagaimanakah agaknya kita sekarang,jika tidak melalui kisah hidup kita yang dahulu?
Manusia memang tergopoh-gapah,inginkan natijah yang indah-indah.Bagus. Tetapi,ada banyak perkara lain dan ruang-ruang nikmat selain dari natijah,di mana Allah mampu membuka seluas-luasnya untuk kita,jika kita telah berusaha.

2.Doa
Sudah puas berusaha?Doa bagaimana?Perkara-perkara beginilah yang kita sering terlepas pandang.'Doa itu senjata mukmin'!

3.Tawakkal
"Apabila kamu telah berusaha,maka bertawakkallah pada Allah.." Ali-Imran:159

4.Pertolongan Allah
"Jika Allah menolong kamu,maka tidak ada yang dapat mengalahkanmu, tetapi jika Allah membiarkanmu,maka siapa yang dapat menolongmu setelah itu?Kerana itu,hendaklah kepada Allah sahaja orang-orang mukmin bertawakkal" Ali-Imran :160

Bestkan ayat ni?
Pernah tak kita,masuk dalam dewan peperiksaan,dengan persediaan yang cincai atau hampeh?

Tiba-tiba keputusan peperiksaan kita,tidaklah seteruk mana yang disangka,dan malahan,lebih baik dari kawan sebelah yang study siang malam?
Haa..ini kes apa? Rujuk balik ayat quran di atas!

5. Sifir-sifir lain.
Terlalu banyak untuk dilistkan perkara-perkara lain yang patut di tanamkan dalam pemikiran kita,selain dari sibuk mengejar natijah yang hebat-hebat.
Antaranya?

Keberkatan yang lebih penting dari segalanya, sifat redha dan sabar yang amat perlu di saat kita diuji, dan ganjaran Allah yang tidak ternilai,lebih besar dari natijah dunia yang tidak seberapa.
Semua sifir-sifir ini penting untuk mukmin!.

Rasulullah saw bersabda, “Aku sangat kagum dengan urusan orang mukmin. Sesungguhnya semua urusannya baik, dan tidak ada kondisi seperti itu kecuali pada seorang mukmin. Apabila ia diuji dengan kesenangan, ia bersyukur. Dan apabila ia diuji dengan kesempitan, ia bersabar.” (HR Muslim)

Ayooo!Abis tu lepas ni takyah lah penat-penat usaha?

Siapa kata begitu?Bukan begitu.
Usaha masih perlu,tetapi dalam proses usaha itu sendiri,kita perlu sering bertanya sejauh mana kita berdoa,bertawakkal,sejauh mana keberkatan dalam usaha kita?

Dan kelak,
Apabila mendapat natijah,jika kita berjaya,kita bersyukur!
Tetapi jika kita gagal,kita bersabar dan redha!Pasti terselit sejuta hikmah di sebalik kegagalan itu.Satu masa nanti,pasti kita akan mengenang kembali kegagalan ini dengan satu senyuman,insyaALLAH.

Jadi,teruskan berusaha!

Selamat Menempuh Fasa Peperiksaan yang tidak ada fullstop untuk semua ahli keluarga PERMAI!

Ketepatan Masa: Masalah besar PERMAI?

Semalam ada seorang kawan minta saya menulis. Katanya masalah utama bebudak PERMAI. Katanya, dulu dia tak hadapi masalah ni. Sampai kat Irbid terus 'terjangkit'. Haih. Parah! Dan saya, personally, sangaaaaat bersetuju. Ini memang kena diubati, kalau tak boleh melarat, terbawak-bawak sampai ke tua. Tapi saya pasti, tiba masa mati, masalah ni akan hilang. Sebab Malaikat Maut tak pernah, tidak MENEPATI MASA.

Kalau ikutkan dalam dasar PERMAI sesi ini ada aspek Mentaliti > Pengurusan Masa yang Betul. Yang mana secara khususnya, menekankan kepentingan masa, pengurusan masa dan ketepatan masa. Sebab apa kami letakkan ini sebagai dasar ahli, dasar yang perlu dijadikan target setiap individu dalam PERMAI? Mesti bukan saja-saja. Kami sedar ini isu besar, masalah besar.
Risau lagi merisaukan.
Bukan ahli PERMAI je bermasalah sebenarnya. Saya lagi lah! Kalau kata jumpa pukul 11 pagi, pukul 10.45 baru nak bersiap-siap. Mana tak lambat! Memang loser lah bab ni. 

Yang buat saya lagi rasa loser, kita orang Islam bersuara tentang perjuangan sana sini, pom pang itu ini, tapi sekecil-kecil perkara seperti ketepatan masa masih di tahap memalukan. Langsung tak mencerminkan Islam yang sentiasa menekankan kepentingan masa. 

Kita selalu rasa orang Barat pandang rendah pada kita, orang Islam. Tapi hakikatnya, kita yang telah meletakkan diri kita di tempat yang rendah dengan moraliti dan etika yang kita tonjolkan hari ini. Teringat saya semasa kunjungan saya dan keluarga ke kota London pada November lalu. Bila ditulis pada tiket bas akan bertolak jam 7 pagi, maka pada jam 6.50 pagi lagi driver bus dah berada di tempat duduk pemandu.


Apa perlu saya buat untuk memperbaik diri?

Saya cuba (dah berapa lama daaaa) buat jadual harian, susun aktiviti setiap hari. Walaupun tak bertulis (sebab malas), tapi cuba set dalam fikiran. Dan cuba bertegas dengan diri sendiri, even kadang-kadang tak berjaya.. (Err, tapi saya usaha gigih jugaklah untuk berdisiplin.) Justeru, saya akui, anda lebih tahu bagaimana hendak mengurus masa berbanding saya. Anda lebih berdisiplin!

Selain tu, kami AMT dah tekankan seawal mesyuarat kedua- Mesyuarat AMT tak boleh lambat dah lepas ni!! Jadi, kami pimpinan akan mulakan. Dan kita tengok, berjaya tak kami istiqamah =)


Kita dah datang awal, orang lain pulak lambat?


Penat tau tunggu!

Pertama, bawak bersabar. Kalau perlu telefon dan bertanya, terus lakukan. Jangan biarkan kita terus dengan andaian dan prasangka bukan-bukan. Sambil-sambil tu, urge la orang tu. Soalan seperti "Lambat lagi ke nak sampai?", "Kata pukul 11.." dan sebagainya bolehlah dijadikan modal mendesak.

Kedua, jika orang tu sengaja nak 'uji kesabaran' kita, nyatakan pada dia (kalau malu atau takut nak cakap berdepan, SMS ada, FB pun ada), bahawa kita lebih suka kalau dia datang awal berserta alasan-alasan kita. Juga fahamkan dia, bahawa dengan kelambatan dia, dia telah menyusahkan kita.

Ketiga, kita perlu terus datang awal dan tepati masa. Bila orang dah biasa tengok atau tahu yang kita ni jenis on-time, sah-sah lah lepas tu dia akan cuba ikut flow kita. 

Selamat mencuba!

Program mula lambat..

Program PERMAI lagi-lagi?

"Alamak! Penat datang awal, tak start pon lagi.." Biasa dengar kan? Bukan keluar daripada mulut kawan, tapi mulut kita. 

Awalnya, tahniahhhh! Anda berjaya datang awal =)

Kedua, cuba tengok sekeliling, kalau-kalau ada AJK program. Nampak je orang yang bernametag tu, terus amalkan 2T-Tegur dan Tanya. Tegur sopan-sopan dan tanya elok-elok, kenapa masih belum mula dan sebagainya. Lebih bagus, anda pula yang tawarkan khidmat untuk membantu. Pasti segan hummu dengan enta! 

Kita faham kan keadaan dan pengurusan masyarakat Arab di Jordan? Mungkin lepas ni ada yang boleh terjemahkan ini dan beri kepada mereka? =)

Dan kalau AJK yang lambat, silalah komen dan nyatakan dalam borang muhasabah program. Atau nyatakan secara lisan kepada individu yang anda rasakan perlu ditegur. Bukan nak jatuhkan air muka atau apa, kita sama-sama nak maju kan? Jom mulakan sesama mahasiswa Irbid, yosh! Kalau masa tu AMT yang silap, tegur tegur tegurlah kami dengan cara yang sopan dan berhikmah.

Marilah kita sama-sama membaiki diri dari aspek ini. Malah, ketepatan masa ini juga sangat penting untuk kita selaku pelajar. Kelak juga, selaku doktor-doktor dan agamawan-agamawan yang disegani masyarakat.

p/s: Thanks kepada yang bagi cadangan tulis ini. Ana bangga dengan enti, sebab enti CAKNA akan masyarakat. Enti dah buktikan, bahawa enti adalah mahasiswi cakna. Bukan mahasiswi pasif yang hanya berorientasikan buku dan dewan kuliah. Pembaca lain, anda bagaimana?

komunikasi dan media

"marisia?"(malaysia?)

aku hanya mampu mengangguk, mengiyakan soalannya. tidak menyangka hari terakhir di Sepanyol dapat tinggal sebilik dengan seorang pemuda Jepun.

"so, you can speak english?"
"no, english sho, muchos japan y pukito spanish"(inggeris gua tak tahu beb! lidah jepun, kalau spanish boleh la 2 3 patah nak cakap)

ingin bersembang namun aku dan dia buntu. senyap sunyi bilik menunggu reaksi kedua belah pihak. masing-masing berfikir cara yang lebih mudah untuk difahami dan memahami.satu situasi dimana dua orang pemuda ingin bercakap dan berkenalan tapi tidak mengetahui apa yang ingin diucapkan.

aku memulakan bicara. cuba-cuba.

"Naruto?"

dia balas

"haik!"

aku, dia ketawa tak ingat dunia (bila difikirkan balik "lawak ke?"). positive!. bangga dapat memecah kebuntuan. ingin naik ke level lebih tinggi dalam komunikasi, kali ini dengan menggunakan isyarat dua jari iaitu jari telunjuk dan jari hantu dengan gaya menyilang-nyilang di atas meja, aku memulakan bicara.

"Football, Nagatomo Inter Milan" menyebut pemain jepun terkenal di peringkat antarabangsa.

matanya memandang ke syling, fikir sebentar.

"haik!"

positive!. sekali lagi aku dan dia ketawa berdekah-dekah.

ketika itu terasa nikmat bahasa dan nikmat memahami apa yang disampaikan.

apa yang ingin disampaikan dari kisah ini ialah komunikasi dan media merupakan satu benda penting pada masa sekarang. sesiapa yang menguasai media dia menguasai dunia. apa yang ingin diborakkan jika maklumat atau berita masih lagi bersifat setempat?.betapa tertekannya seorang untuk berkomunikasi dan betapa lembabnya sebarang bentuk makluman atau hal-hal semasa berjalan disekitar kita jika peranan media tidak dimainkan.

bentuk pemikiran yang terbentuk pada hari ini adalah "didikan" oleh mereka yang menguasai media. oleh itu kita sebagai mahasiswa perlu bertindak bijak memberi justifikasi kepada segala bentuk maklumat yang sampai. semua boleh terjadi pada zaman sekarang, yang hitam dikatakan putih, yang aman diuarkan porak-peranda. namun sejauh mana kita menilai terpulang kepada diri kita sendiri. bak kata pepatah tepuk dada tanya selera.

sedikit info pemuda jepun itu
1.penuntut di sebuah universiti di Salamanca.
2.berasal dari Fukushima kawasan yang teruk dilanda radiasi.
3.semasa gempa bumi dia bersama keluarga di rumahnya.
4.gigih ingin bertutur dalam bahasa inggeris walaupun lancar.
5.tidak mengenali negara Jordan.

July 22, 2011

Sekalung takziah


Assalamualaikum wa rahmatullah.

Untuk pengetahuan semua ahli PERMAI, ayah kepada salah seorang sahabat kita iaitu, Haziqah binti Yahya, pelajar tahun 1 Universiti Yarmouk telah kembali ke rahmatullah disebabkan pancreas cancer pada jam 10.30 pagi semalam.

Saya mewakili pimpinan dan seluruh warga PERMAI mengucapkan takziah kepada Haziqah dan keluarga atas ujian yang menimpa.

Kami dari pihak pimpinan PERMAI bersedia membantu jika ada sebarang bantuan yang diperlukan,insyaALLAH.

Buat ahli keluarga PERMAI sekalian,marilah kita bersama-sama menghadiahkan bacaan al-fatihah kepada ayah Haziqah, diiringi dengan doa agar mudah-mudahan ayahnya ditempatkan dalam golongan orang-orang yang soleh di syurga.

Juga mudah-mudahan ujian yang menimpa dapat dilalui dengan tabah dan sabar,inshaALLAH.

Tabung derma kilat akan dilancarkan,dipohon kesudian untuk warga PERMAI sudi menghulurkan sedikit sumbangan,dengan harapan meringankan beban sahabat kita.

Buat ahli PERMAI sekalian,marilah kita bersama-sama mengambil peluang dan kesempatan yang ada untuk berbakti kepada kedua ibu-bapa kita,dan mendoakan kesejahteraan mereka di dunia dan di akhirat.

Wassalam.



Yang benar,
Siti Fatimah binti Ismail,
Ketua HELWI,
Persatuan Mahasiswa Malaysia Irbid (PERMAI),
Sesi 2011/2012


Masa: Mutlak atau Relatif?

Sumber

"Susah lah nak cari AJK. Semua orang bagi alasan nak fokus study." Adu seorang teman. Aduan yang saya kira hampir semua orang pernah mendengarnya.

Tapi sejauh manakah benarnya persepsi bahawa bila kita bekerja (untuk Persatuan/Badan Kebajikan/lain-lain), masa kita terhad, berkurang? Saya jadi terfikir soal ini sehingga dalam solat. Dan kemudian, saya menemukan satu analogi mudah. Mari kita lihat dalam bentuk persamaan (equation).

Solat ialah Ibadah.
Bekerja untuk maslahah(kebaikan) umum ialah Ibadah.

Maka, kita menemukan titik persamaan dalam kedua-dua perbuatan ini : Ibadah. Tapi yang jelas, pernahkah kita merasa rugi jika masa kita 'terpaksa' dihabiskan dengan solat lima waktu sehari? Jika ya, perlu ditepuk dada, tanya kembali diri, siapa yang menghidupkan kita. 

Justeru, bagaimana pula bila ada yang mengatakan, tak pernah rugi solat dan bangun malam, tapi rasa rugi bila bekerja untuk kebaikan orang ramai? Sekali lagi, mari sama-sama tanya diri sendiri.

Saya bukanlah orang yang paling arif mahupun sesuai nak bercakap soal ini, sebab kadang-kadang saya pun ada rasa jemu dan malas nak menyusahkan diri buat itu dan ini. Kadang terbit rasa, 'Kalaulah time ni dapat study..', 'Ish, macam menyusahkan diri pulak..' dan macam-macam lagi. (Ehem, ini normal kot(?), untuk 'orang', sebab kita bukan malaikat, patuh saja tiap saat). Ada masa jeles jugak bila kawan-kawan bersuka-ria sana sini, kita kena meeting itu ini.

Pengalaman sendiri

Bukan nak berbangga ke apa, cuma mungkin ada sesetengah perkara yang bukan dalam kawalan kita. Misalnya, saya sendiri, lebih score bila saya sibuk. Bila takde kerja nak dibuat, markah saya biasa-biasa je. Aneh, kan? Tapi bila saya lihat kawan-kawan yang sibuk juga bekerja, ada masa gap sikit je, hatta 5 minit, mesti amek nota, baca sungguh-sungguh. Time meeting bawak buku Immunology, misalnya. Berbeza pulak kawan-kawan yang free.. (Berkualiti dan berkat barangkali, walau hanya beberapa minit.)

Tapi saya tak nafikan, ada yang memilih untuk bekerja secara senyap (belakang tabir), buatkan nota untuk kami satu batch. Bekerja bukan hanya dengan jawatan- saya setuju. Bekerja bagi saya ialah berbakti, hatta sekecil-kecil menjadi penyampai informasi mahupun kawan yang bertanya khabar. Namun, takkan tak mahu sekali-sekala cuba lakukan perkara besar? Saya juga langsung tak pernah terfikir akan sampai jadi AMT. Rasa macam baru semalam habis SPM. Masih mentah, masih banyak nak kena belajar. Tapi, mungkin inilah peluang saya nak mematangkan diri.

Masa depan

Kenapa sebenarnya saya nak sibuk-sibuk masa belajar ni? Chill, belajar sekali je seumur hidup. Masa belajar nilah masa nak enjoy

Yes!! Ini jugaklah sebab saya sibuk-sibuk. Masa nilah yang saya ada nak belajar, nak enjoy dalam bekerja. Sebab memikirkan lepas grad yang pasti lebih padat, dengan housemanship, kebajikan ibu ayah dan adik-beradik yang perlu dijaga, menguruskan diri sendiri serta urusan-urusan hidup kelak apatah lagi bila berkeluarga. Bila masa nak belajar selok-belok pengurusan, soft skills dsb? 

Jom sama-sama fikir..

Maka, apa sebenarnya pengukur masa ini? Apakah masa itu mutlak- termaktub hanya 24 jam sehari? Atau relatif - bergantung pada pengurusan, keberkatan dan sebagainya? 

Sungguh, jawapan ada di tangan kita sebenarnya. Pilihlah sebaiknya..


p/s: Esok kami pelajar tahun dua JUST nak exam Immunology. Doakan kami berjaya ye :)

July 21, 2011

Kisah U-Turn

[ Barisan AMT PERMAI 2011/12 ]
~ Peluang belajar dan beramal ~
Mengenang kembali peristiwa beberapa bulan yang lalu , membuatku ketawa kecil. Kekadang rasa tidak matang dalam bertindak walaupun usia semakin meningkat. Kusering senyum bersendirian tanda malu atas kesilapan yang dilakukan. Namun ia memberi erti besar dalam hidupku . Peristiwa tersebut adalah PR PERMAI  ( Pilihanraya ).

Tidakku sangka , aku terpilih menjadi calon Majlis Tertinggi PERMAI. Kami yang dicalonkan diberi masa untuk menghantar surat penarikan diri jika ingin berundur daripada pilihan raya ini. Aku dengan penuh yakin diri berasa selesa dan tenang kerana yakin dengan hujah-hujahku dan sebab-sebabku menarik diri akan diterima. Walaupun diusik oleh rakan-rakan, namun semua itu tidak diendahkan kerana aku yakin aku pasti diterima untuk  dibenar mengundur diri dalam pilihan raya ini.

Namun semua sangkaan itu meleset. Aku terkejut tika membaca pengumuman yang dibuat oleh Pengerusi JPR. Ketika itu, bersamaku , sahabat baik Tuan Dzulkarnain bersama-sama makan tengah hari di rumahku sambil menonton IP Man 2. Aku terus menelefon pengarah dan mendesak beliau untuk menerima permintaanku. Tika itu, aku seolah-olah hilang punca diri. Aku terus menghantar surat penarikan diri dalam FB Group JPR PERMAI. Lantas mendapat komen-komen yang positif mahupun negatif. Aku tahu tindakan itu tidak professional sebagai etika seorang calon pilihan raya. Namun, disebabkan emosi, aku bertindak sedemikian. Dalam keadaan yang tidak stabil ini, aku terus merancang bersama sahabat-sahabat AJK PINTAR 2010/11 seperti Tuan, Dzulkhairi, Azmin dan lain-lain merangka gerak kerja mempromosi agar diriku tidak dipilih. Sebab itu wujudnya JUS ( Jangan Undi Sahel ) dan beberapa tindakan lain demi mencapai matlamat ini .

Sebabnya boleh lihat lanjut dalam link ini.

Mereka yang setia menyokong dan memberi semangat kepadaku

Dalam fatrah memperhebat JUS, bebarapa senior yang amatku hormati dan segani yang kini pulang ke Malaysia datang menziarahiku dan berjumpa denganku . Beberapa nasihat dan perkongsian diberi kepadaku.  Membuatkan kuberfikir banyak kali. Bersama-samaku disaat tertekan adalah sahabat baikku, Ikhwan Suberi. Kami banyak berbincang dan meneliti persoalan dan hujah untukku terus bertanding secara rela dalam PR PERMAI . Dan akhirnya keputusan dibuat. Boleh lihat sebabnya dalam link ini.

Banyak pengajaran yang kuperoleh daripada peristiwa ini.

1) Benar, apabila emosi menguasai diri, tangan kita lebih cepat untuk merespon dan bertindak daripada berfikir. Apabila melalui keadaan begini, ambillah wuduk dan dirikanlah solat hajat serta berdoalah moga Allah berikan yang terbaik. Banyakkan berbincang dan mendengar pandangan dan pendapat yang lain. Kemudian, buatlah pertimbangan berdasarkan pro dan kontra setelah mengkaji isu yang tersebut. Akhirnya , hasil keputusannya disalurkan melalui jalan yang sepatutnya. Elakkan marah dan sentiasalah tenang menghadapi apa-apa situasi. Ambillah masa untuk berbual dengan ibu bapa dan adik-beradik yang lain kerana mereka amat mengenali kita. Setelah pelbagai usaha dilakukan , tawakkallah kepada Allah.

2) Antara pesanan sahabat-sahabat di Jordan dan Mesir yang ku hargai iaitu:
- kalau kita susahkan ,penatkan diri untuk kesenangan orang lain,Allah akan bantu kita disaat tiada tangan yg mampu menghulurkan pertolongan – Ustaz Syukri Ali
- Fokus sepenuhnya kepada ilmu satu perkara dan menyampaikan ilmu dalam bentuk realiti yang ada itu satu ilmu yang lain yang tidak dapat kita peroleh di kuliah. Pemilihan satu-satu jawatan ini bukan pilihan manusia tetapi ia adalah pemilihan Allah. – Abang Imran

 -Kita hanya merancang dan Allah jua merancang. Dan Allah adalah sebaik-baik perancang. Bersangka baik dengan Allah sentiasa. Apa yang telah ditetapkan untuk kita oleh Allah itulah yang terbaik. Kalau ia nikmat, bersyukur dan kalau ia ujian, juga bersyukur kerana ia satu tarbiyah. – Amirul Afiq
-"Barangsiapa yang mana orang ramai berhajat kepada dia untuk menjaga maslahat ummah lalu dia melarikan diri(dri mengambil amanah itu),maka,aku tidak akan mahu berjumpa dengannya di padang mahsyar" Al-Hadith(dngar kuliah Dato' Tuan Ibrahim) -Hafiz Wan No`man 
3) Kekadang dalam hidup ini, kita berasa lemah, lemah sangat. Lalu kita kita banyak mengeluh sedangkan itulah MAKNA KEHIDUPAN. Ibarat Putaran Roda , kekadang di atas, kekadang dibawah. Yang PENTING, banyak berserah kepada Allah, mohon KEKUATAN daripadaNya. Jangan mudah PUTUS ASA walau dugaan datang melanda.

Satu nasyid yang sentiasa menemaniku disaat itu ialah Make me Strong ; Sami Yusuf

4) Satu ayat yang menyentuh hatiku tika membaca dalam liqa Al-Quran bersama Syeikh Uqbah dan kuberbincang bersama beliau berkaitan ayat ini , membuatku berfikir lama iaitu
“ Tidaklah sama antara orang beriman yang duduk ( Tidak turut berperang ) tanpa mempunyai uzur ( halangan ) dengan orang yang berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwanya. Allah melebihkan derajat orang-orang yang berjihad dengan harta dan jiwanya atas orang-orang yang duduk . Kepada masing-masing , Allah menjanjikan ( pahala ) yang baik ( Syurga ) dan Allah melebihkan orang-orang yang berjihad atas orang yang duduk dengan pahala besar.”
( Surah An-Nisa` : 95 )

Satu tamparan buat diriku disaat mood aku begini. Sesuatu yang mahu Allah tarbiyah diriku.

AGM PERMAI sudah berakhir, tugas kami bermula


Barisan AMM PERMAI 2011/12
Terima kasih kepada semua ahli PERMAI kerana memberi kepercayaan dan memilih kami sebagai pemimpin kalian.Berada di kepimpinan tinggi dalam kalangan masyarakat PERMAI bukanlah satu perkara yang dilihat hebat dan gah tetapi suatu masuliyyah yang harus dipikul dengan sungguh-sungguh. Rasailah ia satu peluang membina saham besar di akhirat, bukannya bebanan yang menyusahkan diri.

Kami hanyalah insan seperti kalian. Punya kelemahan dan kekuatan masing-masing. Insyallah , kami akan cuba buat sehabis baik dalam merancang dan melaksanakan perancangan demi kemashalatan kalian . Dengan penuh rendah hati ,kami AMT PERMAI sesi 2011/12 mohon sokongan , teguran dan cadangan dalam memimpin kalian menuju Allah swt.

Teruskanlah dan teruslah menyokong kami dan doakanlah agar kami istiqamah dan teguh dalam melaksanakan tanggungjawab ini.

Teringat kata-kata senior kepadaku,

" Semoga masyarakat PERMAI semakin takut kepada ALLAH dan jauh daripada maksiat dengan bimbingan antum "

" Niat yang ikhlas + Kepimpinan yang syar`i pasti dibantu Allah"
 
Wallahu`alam.