December 29, 2011

Cerpen : Rompak dan Rawat



Ikram sedang bersiap untuk ke hospital. Malam ini, gilirannya pula yang akan menjaga bilik kecemasan.

Baru sahaja ingin memasuki keretanya, tiba-tiba dia didatangi oleh dua orang lelaki berpakaian gelap, menutup muka, menghulurkan pisau. Memaksanya untuk menyerahkan telefon bimbitnya.

Risau nyawa melayang, dia pun terus menuruti kehendak perompak itu. Bila saja Ikram menyerahkan telefon bimbitnya, kdua-dua perompak itu pun terus bergegas pergi.

Dalam kekalutan itu, Ikram terpana. Ikram cuba mengingati sebanyak mungkin cirri-ciri yang ada pada perompak itu untuk proses pengecaman nanti.

Namun, apa yang Ikram ingat hanyalah tatu pada sebelah tangan kanan dan parut pada tepi mata kiri salah sorang lelaki itu. Seorang lagi lelaki, tidak ada satu pun ciri-ciri yang sempat terlintas di ingatan Ikram.

Namun, kerana mengenangkan dia bertugas pada malam itu, dan dia tidak mahu kelewatan kerana risau tidak cukup kaki tangan kecemasan di hospital, apatah lagi pada malam minggu yang selalunya memang banyak kemalangan, Ikram terus gagah juga ke hospital tanpa pergi melaporkan kejadian ke pihak polis.

Sesampainya Ikram di hospital, dia agak lewat beberapa minit. Sewaktu itu sudah banyak kes kecemasan yang perlu diambil perhatian dan diuruskan.

“Kau ke mana? Lambat dah ni! Tidur ke? Kenapa aku call tak angkat-angkat? ” satu pertanyaan tegas oleh ketua jabatan yang turut ada bersamanya pada malam itu di bilik kecemasan tersebut.

“Maaflah tuan, saya tadi ada hal kecemasan. Telefon saya dicuri tadi,” jawab Ikram tanpa ragu-ragu.

“Dah, dah, cepat. Siap-siap, lepas tu terus masuk,” ketuanya memberi arahan jelas.

Malam itu, Ikram menguruskan kes seperti biasa. Malam minggu, memang sesak dari hari kerja.

Sehinggalah tiba-tiba datang ke pintu bilik kecemasan, satu kes yang menggamit perhatian Ikram.


A 28 year-old male, Malay, trauma to the chest and both upper limbs, not known of HT or DM, was riding a motorcycle, had accident with a car ten minutes ago,” kata doktor yang mengiringi pesakit tersebut di atas pengusung.

Insert central IV, need chest tube over here, suspected of tension pneumothorax,” suara-suara doktor lain yang cuba menyelamatkan lelaki itu.

Ikram tergamam seketika. Dilihatnya lelaki itu berpakaian jaket hitam, dan ada tatu di tangan kanannya, dan juga ada parut di tepi mata kirinya. Terus saja Ikram mencapai poket seluar lelaki itu, dan memang ternyata, ada telefon bimbitnya, tapi sudah remuk.

Tapi Ikram teruskan seperti biasa. Dia cuba terus merawat lelaki itu bersama doktor-doktor bertugas yang lain.


******


Di luar, hujan renyai-renyai. Lelaki yang kemalangan itu, kali ini terlantar di katil wad, merenung jauh renyai-renyai di luar jendela hospital.

“Macam mana keadaan sekarang? Semakin baik?” sapa seorang doktor yang bertugas membuat follow-up keadaan lelaki itu.

Lelaki itu hanya mengangguk perlahan, tanpa suara.

“Doktor, saya rasa menyesal sangat dengan apa yang saya buat pada malam saya kemalangan tu,” tiba-tiba lelaki itu meluahkan perasaanya.

“Yang pasal samun tu ke?” tanya doktor tersebut.

“Eh, macam mana doktor tahu?” tanya lelaki itu kehairanan.

“Dr. Ikram cerita. Dia kawan rapat saya. Dia yang rawat kamu pada malam kamu kemalangan tu. Dia ada kata nak ziarah kamu di wad ini,” jawab doktor tersebut slamba.

Bertambah berubah muka lelaki itu.

“Ha, tu pun dia datang,” kata doktor itu lagi, sambil menoleh ke pintu wad.

Ikram datang, senyum, salam dengan doktor tersebut, dan terus ke tepi katil lelaki itu.

Raut wajah lelaki itu berubah-ubah. Terkejut dan pelik, ada juga raut kekesalan dan bersalah.

“Maafkan aku, wahai doktor! Maafkan aku!” terus saja lelaki itu teriak memohon kemaafan.

“Sudah, sudah,” kalau aku tak maafkan kau, aku tak rawat kau hari tu.

“Tapi kenapa? Kenapa kau tetap juga merawat walaupun kau tahu akulah lelaki yang telah menyamun kau?” tanya lelaki itu.

“Sebab kami, doktor, diajar untuk meletakkan rahmat dahulu sebelum keadilan. Biarlah apa pun kesalahan pesakit, sejahat atau sebaik mana pun pesakit, tapi bukan tugas kami untuk menghukum siapa yang patut hidup lebih lama atau siapa yang patut mati awal. Itu semua kerja Tuhan”

Beberapa minit kemudian, Ikram beredar dengan rakan doktornya.

Sambil berjalan di lorong keluar, rakannya berbisik perlahan, bertanya, “Kau tak mahu laporkan pada polis?”

Dengan mudah Ikram menjawab, “Tak perlulah. Sudah cukup berat ujian yang dia lalui. Rakannya mati, tangannya sudah tiada. Sudah cukup itu sebagai hukuman. Lagipun, aku memang berhajat nak beli telefon bimbit lain. Samsung Galaxy Note kan baru keluar.”



4 comments:

  1. salam...

    saya penuntut di malaysia,tetapi jika saya ingin menyertai markaz lughah di jordan februari 2012, boleh ke? bagaimana caranya?

    ReplyDelete
  2. zahraa: wslm,awak hanya nak belajar markas lughah shj ke?Emm,setakat ini tiada masalah kalau nak dtg blajar kat markas lughah sahaja :)

    prosedure nye dtg sini baru bole daftar masuk.Yuran kalau dkt yarmouk 400 JD(ini yuran sblm ini,xtahu klu tiba2 ade kenaikan yuran)

    -Afifah Hamdan_

    ReplyDelete

Apa Pendapat anda?