December 16, 2011

Tujuan Lisa


Reimagining your purpose in Life. 

Seorang wartawan, Lisa Ling (antara wanita non-muslim yang saya anggap hebat) berdiri di khalayak ramai dan menceritakan pengalamannya membuat liputan mengenai pelbagai kisah-kisah yang menyedihkan, yang menghantui kehidupannya. 

Mengenai penderaan kanak-kanak, pembunuhan dan kekejaman terhadap wanita, mengenai international human traficking dan pelbagai lagi kisah mengenai keperitan dan derita. 

Tertanya-tanya dia, "Kenapa Tuhan tidak membuat apa-apa untuk mengubah situasi ini? Kenapa Dia biarkan mereka menderita? Kenapa?" 

Persoalan tersebut terus menghantuinya. Suaminya, yang merupakan seorang yang sangat yakin dengan Tuhan, memberikannya sebuah pantun ringkas yang menjawab persoalannya. 

Kisah pantun itu mengenai seorang lelaki biasa, yang berjalan di jalan raya pada waktu malam. Tiba-tiba terserempak dengan budak perempuan kecil. Pakaiannya kotor. Mukanya menahan kesakitan sebab lapar. Bajunya lusuh, miskin. 

Lelaki tersebut memandang langit dan bertanya, "Oh, Tuhan, kenapa Anda membiarkan perkara sebegini berlaku? Why didn't You do anything?" 

Tuhan menjawab. "Saya memang ada buat sesuatu. I did do something.

"I created you." 

Setelah bercerita, Lisa memandang penonton, "Bayangkan, tujuan hidup anda." 

*** 

Kita melihat masalah, kesakitan, keperitan dan penderitaan yang berlaku di muka bumi Allah ini. Sememangnya Dia tidak meninggalkan hamba-hambaNya dalam kesengseraan begitu sahaja. 

Pernah tak kita membayangkan tujuan penciptaan kita, untuk beribadah kepada Allah dan menjadi Khalifah di muka bumi, yes...

Tetapi dengan lebih terperinci- untuk bantu meringankan penderitaan manusia di dunia? Adakah begitu penting kewujudan kita di muka bumi ini? 

Kita boleh menjadi ujian, boleh menjadi saksi penderitaan, boleh menjadi pengkomen, orang yang hidup bahagia dan melupakan kesakitan dunia. 

Atau kita boleh menjadi LEBIH dari itu. 

Lisa Ling, seorang wartawan yang telah melihat penderitaan yang mungkin jauh lebih dahsyat dari apa yang mampu kita fikirkan. Dia mengambil langkah untuk tidak sahaja melihat, tetapi juga bantu meringankan beban, kerana dia percaya, dia yakin. Tujuan penciptaannya tidak sia-sia. Tujaun hidupnya adalah untuk membantu mereka. 

Bukankah adil, ada yang menderita....dan ada yang bantu meringankan penderitaan tersebut. Allah tidak akan meninggalkan hamba-hambaNya yang memerlukan. 

Pada kita, yang tidak pernah rasa penderitaan seperti orang yang paling menderita dalam dunia ini. Tak nampak kah, membantu orang lain...satu tujuan yang murni. Tak rasakah kita, dengan segala kelebihan yang Allah beri kepada kita. Tujuannya bukan untuk sahaja menikmati dunia...tetapi lebih dari itu. Untuk membantu manusia juga. 

Anda tidur malam ini sebagai insan biasa, meminta untuk Allah mengampuni dosa-dosa kamu. 
Bangun pagi nanti, sebagai aset, dan pengubah, untuk bantu manusia, di dunia. Dan Akhirat. MasyaAllah. 

1 comment:

Apa Pendapat anda?