December 22, 2011

Hidup dengan Sempadan

Analogi Yang Diberi: Bayangkan ada dua ekor ikan dalam satu balang kaca berair. Ikan pertama berkata pada ikan kedua anda boleh pergi kemana-mana sahaja dalam balang kaca ini, tetapi sempadannya adalah balang kaca ini. Ikan yang kedua merasa tidak puas hati, dia menginginkan dunia tanpa sempadan. Jesteru dia membuat helah, agar balang kaca itu retak, dan akhirnya pecahlah balang kaca tersebut. 

Tanpa dia sedar, dunia di luar tanpa balang kaca 'sempadannya' adalah dunia yang tidak menggembirakannya tetapi membunuhnya. 

(Carilah ikan dalam balang ini sampai jumpa *evil laugh*)

Persoalan dalam hidup realiti: Pilihan yang pelbagai dan hidup bebas- tanpa sempadan. Lebih bahagia atau lebih sengsara?

Saya tergerak menonton sebuah video TED (sharing idea conference) yang diberikan oleh Barry Schwartz, video tuh dah lama dah (upload tahun 2007) jadi mungkin ada yang tahu sudah dan membaca buku-bukunya: The Cost of Living: How Market freedom Erodes the Best things in Life, Paradox of Choice dan banyak lagi buku-buku menarik (sila klik). 

Sebagai pelajar yang menuntut dalam bidang Ekonomi, bidang yang saya ambil, berbicara banyak mengenai PILIHAN yang manusia nak ambil (demand) dan PILIHAN yang manusia ingin beri (supply). Antara yang mungkin banyak dibincangkan adalah market yang berubah-ubah kerana faktor-faktor tertenut yang memberi kesan terhadap supply dan demand. Market yang bebas tanpa sekatan mana-mana pihak (i.e. the capitalist market) dan dunia yang hidup dengan kebebasan mutlak untuk membuat segala pilihan (i.e. kehidupan yang dituntut dan dihebohkan di Amerika Syarikat). 

Dalam teori capitalist, antara positifnya market yang bebas tanpa sempadan ini: adanya competition, efficiency, innovation, creation, dan kesungguhan untuk mendapatkan maximum quality dan maximum profit (i.e akan memaksa market untuk cuba sedaya upaya mengurangkan pembaziran dan meng'optimum'kan usaha untuk berjaya). 

Tetapi, dalam teori Barry Schwartz ini katanya...pilihan yang terlampau banyak akan menyebabkan dua perkara yang negatif berlaku: 

1) Kerana terlalu banyak sangat pilihan, manusia akan menangguh untuk membuat keputusan- dan akhirnya tidak dapat membuat keputusan ataupun masa yang diambil untuk membuat keputusan terlalu lama. 

Contoh yang mudah: Anda pergi shopping, perasan tak ada hampir 10-20 jenis cokolat yang berbeza jenama? Kadang-kadang anda sudah tahu apa yang anda mahukan dan terus mengambilnya. Tetapi cuba kalau anda tidak tahu, dan anda cuba membuat keputusan. Anda akan belek setiap satu cokolat itu...dan anda akan mengambil masa yang lama untuk membuat pilihan. Kadang-kadang, lepas dah belek punya belek, tak jadi pulak nak beli. 

Kenapa? 

Ini adalah kerana, dengan banyak sangat pilihan, secara psychology anda akan merasakan beban untuk membuat keputusan itu menjadi lebih besar. Kerana takut untuk kecewa setelah membeli...kalau anda pilih satu cokolat, opportunity cost/ kos lepas (kos yang kita tinggalkan untuk dapat benda lain) anda adalah terlalu besar, iaitu 19. 

Bayangkan dalam kehidupan kita, dimana kita diberi terlalu banyak pilihan-untuk study misalnya. Ada bidang perubatan, ada bidang dentistry, ada macam-macam bidang. Akhirnya, banyak dari kita memindahkan tanggungjawab untuk memilih itu kepada orang lain: biasanya kepada ibu bapa kita. Sebab utama, of course, kita nak redha mak ayah...sebab yang kedua- kita juga takut untuk menyesal dalam membuat pilihan, dengan banyak sangat kos lepas yang ada. 

Saya juga terfikir kalau teori ini diaplikasi kepada kepercayaan kita. Allah swt Maha Mengetahui Makhluknya....dia selalu memberi kepada kita sedikit sahaja pilihan kepada kita: Nak menjadi hambaNya, atau mensyirikkannya? Nak bertambah dekat padaNya..atau bertambah jauh? Inginkan syurga atau neraka? 

Dengan pemilihan yang mudah ini, psychology kita berbicara- kalau saya pilih syurga, kos lepasnya adalah neraka. Mudah bukan? Untuk buat keputusan pun kita tidak ragu-ragu. Malah bertambah yakin dan tidak akan menyesal dengan keputusan kita. (Unless ada yang rasa seperti nak jugak lepaskan syurga??) 

(In winter I tell you this is bad for you)


2) Kerana pilihan/ kebebasan tanpa sempadan ini...expectation kita terhadap benda tersebut meningkat. Dan kita TIDAK akan merasa gembira. 

Apabila terlampau banyak pilihan dalam market jual beli, sebagai pembeli, kita meletakkan harapan tinggi supaya barang-barang tersebut adalah sangat hebat. 

Pada zaman dulu-dulu, semasa telephone hanya ada dua tiga jenis, semua merasakan lebih bahagia dengan pilihan yang mereka lakukan, kerana expectation mereka pada kadar yang rendah. Ini sahaja yang ada...takpe, bersyukurlah.

Pada zaman sekarang, handphone banyak sangat pilihan... pernah tak anda terdengar kawan anda cakap, "Ala, ingat best sangat handphone nih....mesti ni lagi best...nak tukar, mesti tuh lagi best." 

Dengan terlalu banyak pilihan dalam market- kita meletakkan harapan tinggi untuk mendapatkan sesuatu. kita susah untuk puas hati. Untuk rasa bersyukur. Walhal, kunci kepada kebahagiaan adalah: feeling content- merasakan apa yang ada sudah memadai, rasa BERSYUKUR. 

Daripada point ini, saya dapat simpulkan bahawa, Allah swt sememangnya telah beri kepada manusia kunci untuk bahagia di dunia dan di akhirat. Iaitu- hidup bersederhana dan bersyukur dengan apa yang ada. Orang yang miskin pun kadang-kadang boleh bahagia, kenapa? Kerana dirinya merasa syukur dengan apa yang ada. Kenapa orang yang kaya tidak bahagia? Kerana dia sentiasa membeli dan membeli, bertukar jenama...tetapi tidak berasa puas hati atau bersyukur dengan apa yang dia ada. 

Nampak kan? 

Jadi apa yang kita perlu lakukan sekarang? suruh orang kurangkan pengeluaran? Dalam market economy Islam pun, pengeluaran adalah bebas, Islam menghalalkan free market--tetapi free market dengan sempadan yang Islam gariskan- asalkan tiada riba, tidak ada unsur-unsur tipu atau menzalimi dan sebagainya...

Islam juga memberi freedom of choice- tetapi dengan sempadan yang sewajarnya: iaitu tidak membazir, untuk keperluan, bukan untuk tujuan yang tidak baik dan sebagainya. 

Lihat, kita bebas, sebagai orang Islam kita bebas--bebas dengan sempadan. Sempadan bukan untuk menyekat, tetapi untuk menjamin kebahagiaan dan keperluan kita juga di dunia dan di akhirat. 

Seperti ikan dalam balang kaca. Boleh pergi mana-mana sahaja asalkan dalam balang kaca tersebut. 

Kata Barry Shcwartz, tidak kah kita lebih bahagia apabila pilihan yang 'terlalu' banyak ini dipindahkan kepada orang-orang di negara yang tidak ada pilihan sangat...contohnya, negara-negara miskin dan sebagainya? 

Maksudnya, kita memberi INCOME distribution (pengagihan pendapatan) yang lebih adil kepada yang memerlukan. Salah satu cara ekonomi Islam ingin mencapai hadaf ini? Melalui zakat dan sedeqah...

Seperti yang kita semua tahu, wall street sekarang dalam keadaan bahaya dengan jatuhnya ekonomi Amerika Syarikat. Protest 99 percent, adalah simbol kepada ketidak puasan kelas pertengahan terhadap layanan dan sikap 'pemenang' kapitalist yang tidak membantu mereka, tetapi meninggalkan mereka dengan beban, hutang dan tanpa pekerjaan dan pendapatan. 'Kebebasan' yang mereka amalkan untuk menipu, monoploy, mengaut untung yang terbanyak samil menindas dan menzalami orang lain. 

Secara idealistiknya, sememangnya Islam adalah jalan yang terbaik untuk manusia, tinggal kita sahaja untuk membuktikannya (mengumpul semangat belajar untuk FINAl EXAM).b

Kehidupan yang pada dasarnya "bebas" mengikut pandangan manusia, terbukti tidak membahagiakan. 

Minta maaflah kalau saya menerangkan video ini dengan kurang baik dan secara umum sahaja. Saja seronok berkongsi, boleh tengok dan kongsi dengan saya pendapat anda sekali: 




Bacalah untuk tambah ilmu! 
Occupy Wall Street (what wiki says)

No comments:

Post a Comment

Apa Pendapat anda?