December 24, 2011

AKA 2011



Anugerah Kecemerlangan Akademik atau nama popularnya AKA 2011 telah berlangsung dengan gilang gemilang di Hotel Le Meridien , Amman semalam hari Jumaat  23 Disember 2011. Lebih 70 penuntut Malaysia di seluruh universiti di Jordan telah diraikan kerana mencapai keputusan yang cemerlang dalam jurusan masing-masing.

Bersama adik-adik JUST dan Universiti Yarmouk yang cemerlang dalam akademik

Bersama Rakif Selamat yang memenangi Anugerah Keusahawanan

6 pelajar Universiti Yarmouk dalam pelbagai jurusan , 19 pelajar pergigian JUST dan 38 pelajar Perubatan JUST  telah menerima anugerah akademik. Turut menerima Anugerah Khas iaitu saudara Rakif Selamat yang menerima Anugerah Keusahawanan dan saudari Nafeesa Ayesha yang menerima Anugerah Kreatif dan Inovatif . Tahniah kita ucapkan kepada mereka.

Sungguh,  anda semua merupakan INSPIRASI dan CONTOH  buat seluruh keluarga besar PERMAI untuk sama-sama mencapai keputusan yang cemerlang dalam dunia akademik. Kita sama-sama doakan agar mereka dan kita semua akan terus mencapai kejayaan demi kejayaan untuk meletakkan umat Islam ini di tahap yang tertinggi.

Tahniah sekali lagi.

Forum yang begitu bertenaga


Melihat kejayaan mereka teringat pula pesanan pengetua saya al-marhum Ustaz Dahlan Bin Mohd Zain yang senantiasa berpesan kepada anak-anak muridnya agar kami semua belajar bersungguh-sungguh sehingga menjadi pakar.

“ Jika pakar , kita akan menjadi tempat rujuk. Islam memerlukan dan arif dalam sesuatu bidang”.

Sebelum penyampaian hadiah , telah diadakan satu forum yang menampilkan panel forum yang hebat iaitu Ustaz Syazreen , Ustaz Farid Ravi dan Ustaz Anhar Opir mengupas satu topic yang penting iaitu kalau tidak salah saya “The Final Purpose of Education”.

Ustaz Farid Ravi mengajak semua hadirin untuk bermuhasabah kembali tujuan datang ke bumi Jordan. Tujuan utama untuk menuntut ilmu untuk diri , keluarga dan masyarakat. Kita hendak cemerlang di hadapan Allah swt.  Jangan risau tentang pekerjaan yang kita akan peroleh kerana andai kita persiapkan ilmu pada hakikat sebenar maka pekerjaan itu sendiri akan datang kerna rezeki itu di tangan tuhan.

Tambah beliau lagi, BA merupakan asas yang penting untuk diperkasakan bagi membina tiang-tiang sesuatu bidang. Hidup ini suatu perjalanan yang panjang dan kita kini berhenti di satu RNR daripada beberapa RNR yang lain maka isilah dengan sebaik-baiknya sebagai persiapan untuk meneruskan perjalanan kita.

Sebelum saya tamatkan tulisan ini, saya mengajak diri saya dan seluruh keluarga PERMAI untuk kembali muhasabah tujuan kita datang ke Jordan dan betulkanlah kembali niat kita. Saya tinggalkan kepada anda 2 artikel menarik untuk dibaca dan dihadam .  

Universiti Yarmouk + JUST = PERMAI

No comments:

Post a Comment

Apa Pendapat anda?