December 9, 2011

ke manakah tujuan aku hari ini?

bismillah

tatkala menulis, hari Jumaat sayyidul ayyam telah pun pulang meninggalkan saya sebaik sahaja azan Maghrib dikumandangkan. (alhamdulillah), Allah beri kita nikmat mendengar seruan azan dari rumah kediaman kita pada hari ini. kecil kita rasakan, tapi bila tahu di negara-negara bukan Islam tidak membenarkan seruan azan kedengaran di luar masjid maka barulah tahu besar rupanya nikmat kita hari ini.

Esok nak bermula hari baru. kadang-kadang saya terfikir dalam berbuat itu dan ini, kepada apakah niat saya dijuruskan.

Dalam seminggu, mesti ada macam-macam yang kita buat,kan. ada masa kita rasa semangat, ada hari kita rasa rajin, ada hari lain pulak kita rasa tak nak buat apa-apa. pernah tak rasa macam tu? mesti pernah,kan? kalau tak, sila kongsi tips bagaimana anda kekal 'energetic' sepanjang masa :)

semasa baca surah alKahfi hari ini, rasa sangat tersentuh dengan ayat 54 yang bermaksud:

'Dan tiada yang menghalang manusia daripada beriman, ketika datang petunjuk Al-Quran kepada mereka dan daripada memohon ampun kepada Tuhan mereka, melainkan (kerana kedegilan mereka dan kerana mereka) menunggu didatangi azab yang memusnahkan yang telah menimpa orang
-orang dahulu atau di datangi azab yang dilihat dan dihadapi'

Rasa memang kena ayat tu pada ketika ia dibaca. Allah nak suruh bermuhasabah supaya kita sedar setiap kali pintu hati kita diketuk dengan hidayah Allah, pilihan sama ada untuk menerima ataupun membiarkannya terletak pada tangan kita.


Selama beberapa tahun kita hidup, macam-macam nikmat Allah bagi
pada kita,kan. Setiap kali kita buat salah, Allah tegur kita dengan cara yang paling halus dan lembut. Bila kita mampu atasi tarikan nafsu, Allah tambah lagi nikmat dalam hidup kita. Sayang tak Allah pada kita? Sayang kan.

dan bila baca firman Allah dalam ayat di atas, rasa takut tak kalau kita saja-saja menolak pintu kebaikan yang Allah bentang luas di hadapan kita nanti Allah dah tak nak bagi peluang lain kepada kita lagi. Na'udzubillah min zhalik.

Alhamdulillah, Allah bagi nikmat besar kepada kita lagi hari ini. Allah yang bagi kita segala apa yang kita ada sekarang,kan? Kalau Allah bagi apa-apa kepada kita, Allah tak rugi pun. Apatah lagi kalau Allah tak bagi apa-apa,kan?
Jadi, untuk apa kita hidup pada hari-hari yang lepas, hari ini dan seterusnya,kan? mestilah untuk capai keredhaan Allah semata-mata.

Oleh sebab itu, segala apa yang kita buat, jomlah luruskan niat kerana Allah. Takut-takut nanti Allah dah tak nak bagi peringatan kepada kita lagi (na'udzubillah min zhalik).

mahukah kita teruskan perjuangan yang tidak ada hala tuju hakiki macam ini?
10 DEC : Human Right Day

mungkin boleh jadi macam pemimpin dunia yang telah dijatuhkan pada
hari ini?

Jom luruskan niat bersama. Istighfar banyak-banyak. Semoga Allah memberi petunjuk kepada kita dalam setiap perbuatan kita.

* alFatihah untuk rakan satu batch saya, Allahyarham Mohd Ilham Ellani Bin Jamal yang telah dijemput ke rahmatullah hari sabtu yang lalu. Sungguh, kematian bukan sesuatu yang boleh dijangka. Adakah kita bersedia untuk hadapinya?

No comments:

Post a Comment

Apa Pendapat anda?