October 28, 2011

Tafaquh Medik Dentist- Perkongsian Ilmu dan Semangat


alhamdulillah, pagi semalam slot tafaquh akhawat telah b
erjaya dijalankan buat kali yang kedua untuk sesi kali ini. Terdapat banyak kelainan dalam slot tafaquh kali ini. Dengan pelbagai situasi yang muncul pada sesi kali ini, barisan kepimpinan Triple-one-two cuba untuk menampilkan slot Tafaquh dengan nafas baru.

2 tahun yang lalu

Saya merupakan pelajar tahun pertama pada tahun itu. PERMAI pada waktu itu menyediakan slot tafaquh ilmu agama yang disampaikan oleh Ustaz Mahdi. Ada 2 buah kitab yang kami baca setiap kali slot Tafaquh; Muqaddim
ah Hadramiyyah karangan Imam Syafie Rahimahullah dan Maqasid Nawawi karangan Imam Nawawi rahimahullah.

Ia lebih berkonsepkan talaqi tetapi gurunya berbangsa melayu, sama lidahnya dengan kami semua. Apatah lagi bukan sedikit akhawat yang belum menguasai bahasa arab dengan baik pada masa tersebut. Lantas peluang yang sebegini rupa sangat dihargai oleh pa
ra pencinta ilmu.

Apatah lagi setiap kali soalan dilontarkan, Ustaz Mahdi dapat menjawab dengan baik dan kemas serta menggunakan contoh-contoh yang dekat di hati pendengar. Sememangnya sebaik-baik daie itu perlu mampu berbahasa dengan bahasa mad'u-nya sendiri.

Tahun berganti Tahun

Namun pada tahun ini, Ustaz Mahdi telah pulang ke Malaysia buat tempoh waktu yang agak panjang. Pihak pengendali slot Tafaquh kali ini; Majlis Mahasiswa Yarmuk telah berusaha untuk mencari tenaga pengajar yang bersesuaian dan memiliki kekosongan pada pagi hari Jumaat untuk menjadi penyampai slot Tafaquh. Semua sedia maklum bahawa akhawat sangat gemar dengan slot membedah buku apatah lagi buku-buku bahasa arab.

Tetapi, Allah telah menakdirkan slot Tafaquh kali ini lebih aula untuk dijadikan peluang keemasan bagi penuntut di Universiti Yarmuk untuk mengambil kesempatan membuat pembentangan dan diskusi ilmiah. Ramai yang mempersoalkan sejauh mana keberkesanan slot tafaquh ini nanti?

Nafas Baru

Sejauh mana slot ini akan menjadi diskusi ilmiah yang berkesan, kita tidak boleh tunjukkan hasilnya sekarang. InshaAllah, jika para pembentang dan pendengar berusaha keras untuk menjadikan perkongsian ilmiah ini interaktif dan dinamik, maka hasilnya pasti akan menjadi lebih baik.

Apa yang lebih menarik pada tahun ini, sekumpulan pelajar perubatan dan pergigian JUST telah membentuk satu jawatankuasa pelaksana Slot Tafaquh Medic-Dentist setiap kali slot Tafaquh akhawat dijalankan.

Team Tafaquh Medik Dentist ini telah ditubuhkan dengan objektif seperti berikut :

1. Memantapkan pemahaman pelajar dalam bidang Perubatan dan Pergigian

2. Melatih pelajar menyampaikan tafaquh

3. Melahirkan mahasiswa yang cakna dengan isu semasa berkaitan kesihatan

4. Menghidupkan budaya perkongsian ilmu antara pelajar JUST dan Yarmouk




Sememangnya para pelajar perubatan pada hari ini bukan sahaja perlu rajin dan bijak menghadam buku-buku pengajian perubatan dan pergigian tetapi harus peka dengan tahap kesedaran masyarakat sekeliling tentang isu-isu kesihatan serta menterjemahkan bahasa buku kepada masyarakat awam dengan bahasa yang sangat mudah difahami mereka.


Setelah mendengar penyampaian daripada saudari Fathiyah Idris semalam, sebagai seorang pelajar JUST, perkonsian 15 minit ini seolah-olah menebarkan aura pelajar perubatan kepada saya. Bagaimana berpuluh-puluh buah buku tebal dan lecture note dihadamkan dari tahun 1 pengajian hingga ke hari ini diaplikasikan dalam pembentangan 15 minit dalam bahasa yang sangat mudah dan suasana yang santai.


Sungguh, siapa yang meninggalkan slot ini seakan-akan hilang salah satu sumber motivasi. Mereka telah pun melalui jalan seperti kita semua dan mampu melakukan yang terbaik. Tidak mahukah kita mengambil ibrah daripada perjalanan mereka?


waAllahua3lam

1 comment:

  1. jom support kulaih tafaqquh medic...mabruk alaikum jami'ann.

    teman dari mu'tah bumi syuhada'...

    ReplyDelete

Apa Pendapat anda?