October 27, 2011

Kalau Kita Cinta


Selak-selak post lama,terjumpa ini.Rasa mahu kongsi semula.Buat hisab amalan sehari.
:)

Kita selalu kata kita cinta Allah.
Siang dan malam kita,hidup dan mati kita,
bangun dan tidur kita,semuanya untuk Dia.
Itu yang sering kita kata.Itu janji manis yang sering kita guna.

Tetapi.Kalau cinta mengapa kita selalu buat jahat?
Perkara yang Dia larang kita suka dan senang hati nak buat.
Perkara yang Dia suruh kita rasa benci dan berat hati nak dekat.
Wahailah hamba!

Kita selalu kata kita cinta Nabi.
Kahwin empat kita sokong.Waktu itu Nabi kita angkat jadi agong.
Puasa isnin jumaat tak nak buat.Kata Nabi sengaja beratkan umat.
Lelaki ketua keluarga kita angkat.Tabik dan puji Nabi lelaki hebat.
Sebut fasal bantu bini,kita pakat cabut lari.Buat fakta Nabi takut isteri.
Wahailah umati!

Kita selalu kata kita cinta ibu bapa.
Waktu kecil kita dilayan seperti raja.Makan minum semua terjaga.
Bila meningkat dewasa,mereka kita layan mengalahkan hamba.
Minta tolong kita kata mereka susahkan kita."Lebih baik mati kalau hidup susahkan saya."
Mahu tumpang kasih pada hari tua,sepakat kita hantar mereka ke rumah bahagia.
Harta kita lanyak.Pusaka kita hendak.
Wahailah anak permata ibu bapa!

Kalau kita cinta Allah.
Segala suruhan mesti buat.Jangan sekadar cakap lebat.
Bila tubuh dah jadi mayat,malaikat bersedia mahu menyebat.

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." 
-Surah At-Taubah ayat 129-

Kalau kita cinta Nabi.
Amalan sunat harus kuat.Jangan berat mahu selawat.
Solat di masjid bukan hanya jumaat.Takut Nabi tak mengaku umat.

Sabda Nabi SAW : “ Dari Abu Hurairah r.a berkata : Rasulullah s.a.w bersabda : 
Janganlah kamu jadikan kuburku sebagai tempat perayaan dan berselawatlah kepadaku , 
maka sesungguhnya bacaan selawatmu itu akan sampai kepadaku dimana sahaja kamu berada .“ 
(Hadis Riwayat Abu Daud)

Kalau kita cinta ibu bapa.
Doakan mereka selepas solat.Baru kehidupan beroleh berkat.
Jika berani jadi anak derhaka.Mesti berani menghuni neraka.

Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, 
dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. [al-Isra’ 17:23]





No comments:

Post a Comment

Apa Pendapat anda?