Setelah seharian membanting tulang, keletihan sang ayah diubati dengan senyuman isteri dan teriakan “ayah dah balik!” dari anaknya.
“Malam esok ada konsert raihan kat pekan, kita pergi tengok sama-sama ya?”
“yeay! Esok dapat jumpa raihan puji-pujian.” Balas sang anak kegembiraan. Terus menyanyi lagu iman adalah mutiara walaupun tempo dan susunan kata tunggang langgang. Dia tidak kisah yang penting dia gembira.
Si ayah hanya mampu ketawa melihat telatah anaknya. Hadiah paling bermakna.
Sebelum ini, hanya dapat mendengar di radio, tetapi peluang kali ini tidak akan si ayah lepaskan.
Malam yang dinantikan, mereka sekeluarga tiba dilapangan konsert lewat. Pagar putih pasang siap menjadi pemisah antara pengunjung yang berbayar dengan tidak berbayar. Tanpa melengahkan masa mereka bergegas masuk ke dalam barisan. Pengunjung beratur panjang sambil menghulurkan tiket kepada penjaga pintu masuk.
Suasana ini menarik perhatian sang anak lalu bertanya kepada ayah tentang tiket mereka.
“jangan risau kita masuk dahulu, ayahkan ada.” Sang ayah berjaya menenangkan anaknya.
Tiba giliran mereka, si penjaga pintu menegur mereka.
“oh kamu Din, patutla balik awal, bawa anak bini rupanya.” Sambil memberi laluan mereka masuk ke dalam
“Ops, Jangan lupa jaga kawasan.” Pengawal menegur dari belakang.Sang ayah hanya mengangguk tanda faham.
Mereka sekeluarga mengambil tempat selesa, tikar dihampar. Dari tempat mereka duduk pentas walaupun kecil tapi jelas, mereka dapat melihat susuk-susuk tubuh yang menjadi pujaan ramai memartabatkan nasyid di tanah air . Raihan naik ke pentas, diperkenalkan ahli kumpulan mereka satu persatu.
“saya pula Che Am, asal Pasir Mas, Kelantan”
“mak, mak!” Sambil menarik baju emaknya.
“dia orang Kelantan mak, ingatkan semua orang luar” sambung si anak. Pada saat itu dia menyedari ayahnya tidak bersama. Mungkin sebentar lagi kembali dia memujuk hati, tidak mahu bertanya dan tidak mahu fokusnya terganggu.
Dia bersama ribuan penonton terpukau lain dengan alunan nasyid yang didendangkan. Kadang-kadang turut serta bernasyid bersama. Kadang-kadang bergelak ketawa mendengar celoteh dari Raihan. Dia hanyut dalam alunan lunak suara memuji kebesaran Tuhan.
“macam mana puas hati?” Tanya sang ayah sambil berjalan menuju ke parkir motosikal.
Si anak hanya mampu tersenyum, keletihan, malam sudah larut dan dia pula tidak biasa tidur lewat. Akhirnya tertidur di celahan emak dan ayahnya.
Sambil membonceng pulang ayah berbisik kepada emak.
“Nasib baik saya tolong dirikan pagar dan jaga kawasan kalau tidak akan bertemulah anak kita dengan kumpulan nasyid pujaannya”
"apalah nilaian penat lelah untuk mencapai bahagia"
No comments:
Post a Comment
Apa Pendapat anda?