March 9, 2012

Gathering Kita-Kita (MMY)

أبدأ بسم الله الرحمن الرحيم بعد أعوذ بالله من الشيطان الرجيم

Salam sejahtera dan salam PERMAI paksi komuniti buat semua ahli keluarga 
PERMAI yang senantiasa melekat dalam hati.

Anda keluarga tegar Yarmouk?Mahukan sesuatu yang merehatkan minda 
setelah berhempas pulas menduduki bangku peperiksaan pertama semester 
ini?Mahu menjalin hubungan yang lebih akrab dan mesra antara ahli Yarmouk 
baru juga lama? 

Ya, di sinilah segalanya bermula!Pada sesi kali ini barisan pimpinan Yarmouk 
tidak akan mengadakan rehlah atau jaulah perdana sepertimana yang telah 
dianjurkan pada sesi-sesi lepas.Kami memandang bahawasanya ada titik 
yang lebih besar perlu dipandang berat oleh pihak pimpinan jua ahli dan 
perlunya tindakan susulan yang perlu diambil dan dijalankan.

Jadi, apakah titik yang lebih besar yang perlu dipandang berat oleh semua 
ahli MMY?Tidak lain dan tidak bukan titik pertemuan ukhuwah antara 
semua pelajar yang sedang menyambung pelajaran di Yarmouk University.

Oleh itu, kami akan menganjurkan hari khas untuk kita semua bersua muka,
berjabat tubuh dan menjalin kasih mesra tanpa mengira lapisan umur -tua atau 
muda. Hari "Gathering Kita-Kita" merupakan sebuah program yang dirancang 
untuk menguatkan hubungan silaturrahim antara ahli bidang pengajian yang 
terdapat di Yarmouk University disamping memberi dorongan dan galakan 
sesama ahli dalam meneruskan pengajian yang penuh dugaan dan cabaran.

Pada hari berkenaan, semua ahli bidang pengajian masing-masing akan 
berkumpul di tempat yang telah ditetapkan pada sebelah petang untuk 
menjalankan program taaruf dan game yang telah disusun dan dirancang 
oleh jawatankuasa program.Pada waktu malam pula, semua ahli bidang 
pengajian akan berkumpul di lokasi yang telah ditetapkan untuk mengikuti 
perkongsian pelajar lama dan baru juga pelajar Master dan Phd dalam 
menghadapi mehnah dan tribulasi sepanjang meneruskan pengajian.

Tidak dilupa, pada hari berkenaan semua ahli MMY tidak akan disediakan 
makanan atau sebarang juadah kerana anda semua akan membawa hidangan
potluck masing-masing sepertimana yang ditetapkan oleh jawatankuasa bidang 
pengajian masing-masing.

Oleh itu, jangan lepaskan peluang ini!Sekiranya anda sayang dan cintakan 
saudara anda, jom turun padang pada 17 mac 2012 ini beramai-ramai dan 
alami sendiri pengalaman yang bakal terpahat kekal dalam sanubari.

Sebarang persoalan atau masalah, sila rujuk ketua atau timbalan qisim 
masing-masing.Luangkan masa lapangkan minda -Jom ke program :
                          
Gathering Kita-Kita!

-Kalau bukan kita,siapa lagi.Kalau bukan di sini di mana lagi.-

=)



No comments:

Post a Comment

Apa Pendapat anda?