May 25, 2012

Hari terakhir Admin

Assalamualaikum wbt,

Hari ini merupakan hari terakhir saya sebagai admin open talk Facebook group PERMAI.

Jadual harian saya dah terlalu sinonim dengan group open talk Facebook. Ditubuhkan pada 24 July 2011, atas dasar ingin menjadi medium untuk ahli mengekspresikan pendapat dan juga berkongsi isu, ilmu dan persoalan-persoalan penting, serta mengajak ahli untuk bersikap lebih terbuka dengan perbezaan. Hampir setiap malam, saya akan buka dan check juga group tersebut- kalau rumah tak ada internet, saya pergi rumah kawan. Kalau saya di luar, saya akan cari rumah kawan yang terdekat untuk online. Rasa seronok membuka semua link, melihat semua video, dan membaca komen-komen ahli.

Seperti orang yang tiada kerja, sayalah pembaca setia komen-komen anda, dan sayalah juga yang akan perasan bila anda 'like', atau bila anda remove (mungkin sebab saya ehemm). An interesting experience.

Berkenalan dengan ahli


Tugas saya mudah-memastikan perbincangan yang dibawa ahli positive dan juga tidak menyalah-gunakan group tersebut. Pada awalnya, saya rasa ramai yang agak terasa dengan sikap tegas saya berkaitan pengiklanan dalam group, dan juga teguran terhadap post-post yang mungkin tidak sesuai dengan group. Saya berbuat demikian hanyalah kerana saya tahu, group ini tidak dapat capai objektifnya, kalau perbincangannya tidak bermanfaat. Hak exclusive group tersebut, juga telah memaksa saya untuk bersikap lebih berhati-hati sebelum menerima request. Saya perlu kenal setiap pengguna FB...jadi saya perlu tanya.

Ada segelintir yang mempertikaikan kenapa saya perlu dokumentasi dan kenal dengan pengguna FB tersebut (pada awalnya saya siap suruh tukar nama facebook), tujuannya adalah saya ingin tekankan.. kebebasan bersuara perlu disertai tanggungjawab. Mahasiswa/wi yang professional, adalah yang memahami, hak bersuara adalah amanahnya.

Antara perkara lain yang saya cuba kawal-adalah suasana perbincangan dan komen ahli terhadap post dan isu yang dibawa dalam Open Talk. Dalam Syarat dan Objektif group tersebut, mungkin syarat yang ketiga menjadi syarat yang paling mencabar untuk saya kekalkan setakat ini:

3) Bahasa yang digunakan mestilah bersesuaian dengan keadaan dan etika seorang pelajar Islam, tidak menggunakan bahasa yang kesat, kurang sopan, tidak menyentuh sensitiviti mana-mana pihak dan tidak menimbulkan perpecahan.

Pada sesi saya, banyak penumpuan pada Facebook. Technology mungkin membuat kita lupa, sesiapa yang kita bercakap dengan, walaupun melalui Facebook, adalah manusia biasa dengan hati dan perasaan.

Kadang-kadang gaya bahasa, lawak kasar, dan sindiran secara terbuka dalam group, membuat saya buntu, sebagai manusia biasa- apa cara terbaik untuk saya menasihati dan mengawal keadaan sebegini? Adakah Internet dan technology satu 'kelebihan' untuk kita bersuara sambil menyakiti hati kawan kita?

Kali pertama saya tidak online, adalah pada 19 February 2012...dan kalau semua perasan, itulah malam post 'hangat' isu muroqib yang diperdebatkan secara dahsyat oleh ahli. Selepas tu, memang rasa bersalah sebab tak dapat nak bantu mengawal keadaan. Memang lepas tu, saya serik untuk melepas satu malam tanpa melihat group tersebut. Satu malam pun takleh ditinggalkan! :D

Secara positivenya, mungkin post itu telah membantu menyedarkan kita semua---muamalah dengan manusia, tidak kiralah medium apa, perlu disertakan adab dan cara yang berhikmah dan sesuai. Allhamdulillah..ada peningkatan. Kalau dulu saya asyik kena 'delete komen' dan terpaksa penuhkan inbox untuk mengawal keadaan. Sekarang, ahli sendiri memberi komen 'bincanglah secara professional, mahasiswa la der".. Dan saya rasa, komen positive dari ahli lebih berkesan berbanding post dan komen 'amaran admin' dan inbox skema saya ;)

Perkembangan perbincangan ahli dalam group

Antara objektif terbesar penubuhan group ini, adalah supaya dasar 'keterbukaan' dapat dilaksanakan. Keterbukaan dari segi melontarkan pendapat- dan juga berkongsi idea dan juga pemahaman, dan mewujudkan dialog antara ahli dan persatuan, ahli sesama ahli.

Mungkin pada awalnya, ramai yang agak kekok dan tidak tahu isu apa yang perlu dibincangkan. Pernah ada satu tempoh, open talk dijadikan tempat persoalan-persoalan fiqh dan medic dibincangkan (apa nak buat kalau batuk berdarah? apa hukum orang asthma mengguna inhaler ketika puasa?)- kemudian berkembang kepada perkara-perkara isu semasa (isu murtad, isu LGBT, isu pendidikan, isu syria, isu perkembangan di malaysia). Ada juga yang mula menyuarakan masalah masyarakat dan mohon perbincangan secara terbuka (isu ikhtilat, isu muroqib, isu kebajikan, dan isu program).

Makin lama, makin serious, ada juga yang mengambil peluang untuk berbincang politik dalam group- saya raikan, dengan syarat- bukan perbincangan politik yang taksub kepartian, tetapi memang perbicnangan untuk mengetahui hal semasa Malaysia.

Atas dasar meraikan pendapat ahli, ada beberapa perbincangan atau persoalan yang mungkin pada pandangan saya- terlalu simplistic, atau tidak sesuai ditanya secara terang-terangan, tetapi saya biarkan. Kerana inginkan penglibatan yang lebih ramai dari semua. Setelah memegang post admin, saya sedar, tiada isu atau masalah yang terlampau kecil, yang tidak boleh dibincangkan bersama.

Banyak perbincangan yang saya perhati, gelagat dan respon ahli memang tidak boleh dijangka.

Kita ada mereka yang berbincang secara serious- persoalan demi persoalan dilontarkan, komen yang panjang-panjang (ada yang tak larat membaca?).

Kita ada golongan provoke, yang tak henti-henti nak 'memanaskan' isu.

Kita ada golongan 'ingin tahu'- dapat isu baru, menarik, rasa macam nak kongis dalam group, rasa macam nak tanya pada yang tahu.

Kita lihat ada yang emosi- ada yang cepat terasa. Ada yang agak kelakar, dan suka mengusik. Ada juga yang agak garang, selalu memberi 'amaran. Ada yang memberi nasihat. Ada yang menjadi 'peng-like' tegar. Dan ada sahaja yang tidak pernah memberi respon apa-apa.

Aneh sungguh masyarakat kita, pelbagai gelagat dan ragam manusia.

Puarat dalam sebulan, hampir 25-40 tajuk/persoalan/luahan berbeza akan di-post-kan dalam group Open Talk. 'Like' yang paling banyak tidak lebih dari 150 orang (isu pelajar melayu ponteng kelas).  Komen yang terbanyak adalah sebanyak 177 (isu Tuan Guru Nik Aziz alu-alukan kemunculan IKRAM), kedua adalah sebanyak 114 komen (isu syabab menghisap rokok), dan ketiga isu muroqib akhawat di ajloun (sebanyak 95 komen).

Apakah maksud semua nombor dan statistik ini? Saya melihat dari segi teknikalnya, penglibatan ahli permai untuk mengaktifkan diri dalam group (sama ada untuk menjadi peng'like' atau post dan berdiskusi)- adalah dalam 150-200 orang setiap bulan. 1 per 6 dari bilangan keseluruhan ahli permai. Mungkin satu permulaan yang baik. Kerana mungkin orang yang berbeza yang aktif pada masa yang berbeza.

Harapan saya, agar kesemua 1000++ ahli dapat memanfaatkan group ini. kalau tidak respon mungkin ada yang menjadi silent reader.


Mula memberi kebebasan

Makin lama- kawalan admin itu makin boleh dikurangkan. Even ada iklan dalam group- atau soalan yang tidak sepatutnya, ahli group sendiri yang cakna dan nasihatkan...dan memastikan bahasa yang diguna adalah bahasa yang terbaik. Siap smiley dan tanda peace...explanation yang penuh matang dan berdiplomasi. Saya dah mula lihat- ahli faham hujah fakta vs hujah emosi... perbincangan terbuka vs menyakitkan hati.

Ahli yang faham penggunaan group ini, bersedia untuk dikritik, untuk disoal atas pendapat. Bukan group untuk 'menarik sesiapa untuk bersetuju dengan sesuatu perkara', kerana pada akhir perbincnagan setiap isu- masing-masing bebas untuk bersetuju atau tidak bersetuju.Yang penting, mahasiswa mempunyai prinsip, mengiyakan sesuatu atas dasar ilmu dan hujah serta pemahaman. Berbincang sesuatu atas dasar inginkan kebaikkan.

Kebebasan memilih tajuk perbincangan dan kebebasan untuk bertanya, saya cuba untuk berikan. Tetapi  kebebasan itu perlu dipandu supaya dapat digunakan dengan baik oleh semua pihak. Idealistically, saya inginkan suasana yang positive bagi semua golongan dan semua pemikiran masyarakat kita dalam group ini. Tidak kiralah senior ke junior, tidak kiralah kepimpinan atau ahli biasa, atau dari latar belakang dan fikrah berbeza.

Group, Facebook, hanya medium

Akhir kata, group, facebok, internet, hanyalah sebuah medium. Yang mencorakkan dan menggunakannya adalah kita bersama, seperti yang saya kata dalam AGM, "Open Talk adalah satu proses." Proses untuk belajar, untuk trnasformasi dan reformasi pemikiran dengan berlandaskan Islam sebagai prinsip utama.

Is it saddening to leave my admin post? Hmm... I don't think so. Group ini bukan milik AMT sahaja (walaupun mereka berhak men'delete'kannya), group ini milik masyarakat PERMAI bersama. Walaupun  tidak lagi menjadi admin open talk, saya masih mengharap saya dapat menyertai dalam perbincangan isu semasa yang memberi manfaat pada semua.

Minta maaf kalau ada ayat terlampau 'skema', kalau ada inbox atau deletes post. Kalau ada yang rasa macam saya terkasar bahasa, atau kalau ada yang tidak berpuas hati dengan cara saya.

This has been an interesting experience. And experience has been, a great teacher.

Nisa Saad,
a.k.a Nafeesa Ayesha Binti Ahmad Fauzi,
Admin group open talk PERMAI sesi 11/12

"PERMAI paksi komuniti"


May 9, 2012

Kuda berlari

Sebelum final exam, molek sangatlah kalau semua bersiap sedia betul-betul. Final exam ni hanya sekali (untuk setiap subjek^^), setiap semester. Tiada rugi kalau pulun sungguh-sungguh. Jadi baca banyak-banyak, tanya banyak-banyak, ini last chance to do the very best.

Saya rasa saya terlambat sebenarnya, sebab semua dah mood final exam, tapi better late than never. 

Lukisan dedikasi saya untuk pasukan AMM 11/12. 


the picture is not the best part- is best is that my teammates signed the sides and the back of the canvas- making it priceless!





The Eight Running Horses is a very auspicious symbol of power and perseverance and represents a distinguished success and prosperity. 

InsyaAllah this is what I pray for every team member! 

Selamat exam semua!

May 4, 2012

Semoga bertemu di syurga nanti.


Saya berasal dari Ipoh, Perak dan tak ramai sebenarnya yang sama sekolah dengan saya yang menyambung pengajian di Irbid ini. Ok. Ini bukan biodata pengenalan diri. Cuma apa yang saya nak beritahu ialah saat ini, sudah ramai kenalan, kawan dan juga sahabat saya di Irbid ini. Sama ada yang Malaysia atau bukan Malaysia.

Siapa sangka seorang budak biasa dari Taman Meru, Ipoh ini boleh menjadi sahabat dengan Sahel Nordin, dari hujung semenanjung dan boleh berkawan rapat berkongsi masalah tentang masyarakat dan dapat kerja sepasukan sebagai ketua dan timbalan.

Sahabat-sahabat,

Itulah hebatnya ketentuan Allah. Kita tidak tahu apa yang akan terjadi, kita tidak tahu dengan siapa kita akan berjumpa, dengan siapa pula kita akan dijodohkan melainkan segala-galanya adalah dalam pengetahuan Allah. Ajaib ketentuannya.

                        AMM ber'shopping'. Tiada dalam gambar : Saya dan Luqman Ashaari


Sebab itu kita kena selalu memohon doa kepada Allah moga-moga manusia yang kita jumpa dalam hidup kita akan dapat membawa kita lebih dekat dengan Tuhan, dan alhamdulillah, saya bertemu manusia-manusia itu di sini, di Jordan.

Bila kita duduk dan bergaul dengan masyarakat, kita akan mengenali manusia dengan lebih rapat, kita kenal bagaimana mendekati manusia, kita belajar memahami manusia dan kita lebih memberi peluang kepada manusia. Ini, anda tidak boleh dapat dalam buku, atau ketika teori dalam bilik kuliah, tapi ini anda akan hanya dapat di jalanan.

Sepanjang duduk atas kerusi Presiden ini, banyak ranjau duri, cabaran, ujian dan jalan berliku yang dihadapi. Allah telah menguji saya dengan pelbagai cabaran, pemergian dan kehilangan, kesusahan demi kesusahan, kerenah pengurusan, isu keselamatan dan pelbagai ragam lagi kisah suka dan duka. Namun segala luka dan sedih itu terubat, cukup hanya dengan melihat raut wajah manis ahli-ahli yang mengukir senyuman.

Apa pun, saya kira pengalaman saya yang paling sedih sepanjang memegang tampuk kepimpinan ialah pemergian Allahyarham Ilham Ellani, yang saya kira pemergiannya sangat tak terkejar dek masa. Cepat sungguh Allah tarik nyawa beliau. Sama-sama kita doakan agar beliau ditempatkan di kalangan hamba-hamba Allah yang soleh dan diterima ke syurga, dan kita doakan juga agar kita dapat bertemu dengan beliau sekali lagi di sana.

Pada kesempatan ini, saya ingin menyatakan seribu satu penghargaan kepada semua pihak yang terlibat memberi sokongan dan dorongan secara langsung atau tidak langsung dalam menggerakkan PERMAI selama ini. Terima kasih kepada pihak kedutaan, pihak Education Malaysia Jordan, Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan 2011/2012, Badan-badan Kebajikan Anak Negeri, Ahli Majlis Mesyuarat saya yang setia menemani, Ahli Jawatankuasa Program dan juga entiti, Majlis Penasihat Rasmi, penasihat-penasihat yang ramai yang tak rasmi, pengkritik depan mahupun belakang, ahli-ahli yang memberi sokongan dan dorongan, yang memberi komitmen untuk membuat sumbangan, siswa, siswi, tua, muda, bujang, berkahwin, senior mahupun junior yang banyak meberi tunjuk ajar kepada komuniti ini secara umum dan saya secara khususnya.

Saya memohon maaf sekali lagi kepada semua yang mengenali mahupun tak mengenali diri ini. Ampunkan segala kesalahan dan kesilapan saya dan pimpinan. Doakan supaya Allah menjaga kita semua dunia dan akhirat dan kita dapat bertemu kembali di syurga yang abadi.

May 2, 2012

Kebiasaan yang perlu ditinggalkan


Meeting Muhasabah PERMAI 11/12 yang mengambil masa lebih 15jam.
Kenangan yang tak mampuku lupa. Letih tapi puas dan best !!!


Bukan senang untuk menanggalkan sesuatu yang telah menjadi kebiasaan dalam hidup.


Kalau sebelum ini, berjalan pulang ke rumah dari masjid atau jamiah, seringkali berfikir dan cuba mendapatkan idea baru untuk penambahbaikan gerakan PERMAI .


Kalau sebelum ini, diri ini eager nak sembang dengan rakan-rakan bertanyakan respon mereka terhadap program PERMAI, PINTAR atau permasalahan peribadi mereka kerana rasa diri ini punya tanggungjawab terhadap mereka.


Kalau sebelum ini, kalau diri ini rasa mula tak faham dalam kelas, fikiranku mulalah melilau dan tangan bergerak mencari pen untuk menyusun strategi atau idea-idea untuk kelancaran program PERMAI atau meeting kita.


Kalau sebelum ini, HP banyak dimasuki sms dan call berkaitan pelbagai urusan sama ada ahli atau updated gerak kerja PERMAI ....


Kalau sebelum ini , masa berada di hadapan laptop agak lama kerana melihat dan meneliti telatah dan respon ahli satu persatu dalam wall, open talk, irbedians, ruang iklan Irbid, panel kajian pilihan raya, perlembagaan , majlis penasihat, naqib PINTAR, AJK PINTAR , leaders dan yang paling lama TEAM 11/12 ....


Kalau sebelum ini, wajah2 AMM kekadang terjah dimindaku , "masalah hari tu, selesai tak lagi", "studi dia macam mana ya", "kerja dia tak siap lagi tu" , "dia exam esok, tapi busy lagi banyak benda", "hari tu dia merajuk, mcm mana nak selesai", "dengar kata result dia jatuh, mcm mana dia skrg" dan mcm2 lagi.


Namun kini ....


Ia sudah berakhir. Kucuba hirup nafas baru, mula gaya hidup baru. Kucuba paksa diri ini untuk berfikir atau fokus kepada akademik dan ilmu untuk menghabis masa berbaki ku di bumi Jordan ini .

Namun ia bukan senang.

Kekadang ia acap kali datang ke mari dan kucuba menolak dan peringat diri ini,

" Sahel, sudah2 tu, fokus study, dah nak balik tu. Come on, come on, u have to all outon ur study , banyak nak kena prepare. Chaiyok , FOKUUUSSS !!!" haha

Ya, begitu sukar untuk menanggalkan sesuatu yang menjadi kebiasaan hidup.

Bagaimana ku perlu lalui hidup ini tanpa semua ini. Pasti ia sungguh perit.

Namun pastiku yakin, masa akan menjadi ubat dan rawatan.


Buat Najib,  Raihana,  Hatta , Ulya , Muhammad Naim , Atiqah (PERMAI ) ,
Luqman  & Haziman  (MPMMJ) ...

Maaf tak dapat bersama kalian dalam perjuangan kali ini .

Saya benar-benar kagum dengan anda semua. Teruskan-teruskan lah. Berikanlah yang terbaik , pasti anda akan menghargainya kelak dan pasti ia satu fasa kehidupan yang penuh dengan makna hidup erti memberi.
 
All the best !!! ^^

Sob3x ....

Sayang mereka kerana Allah swt


" BerAMM PERMAI hingga ke Syurga ^^ ..... "




Daripada :

Sahel Nordin

Pengerusi JKK PMK PERMAI 09/10
Pengerusi PINTAR 10/11
Timbalan Presiden PERMAI 11/12



April 28, 2012

menuntut diri yang lebih dewasa

melangkah dengan misi mencipta transformasi
idea besar menuntut usaha yang keras
saya dipertemukan dengan insan-insan istimewa
punya kaca mata dari perspektif pelbagai

langkah yang diatur hari ini
menuju ke gerbang yang lebih besar
membebaskan diri dari satu tali
yang mendidik saya mengenal erti kedewasaan

hati saya menjerit TERBANGLAH!
kejarlah cita-citamu yang lebih besar
di bawah rahmat-Mu yang luas

-AGM 28 April 2012

April 23, 2012

Bagaimana kalau ahli politik/orang ternama Malaysia bertanding dalam pilihanraya PERMAI?


Bagaimana kalau ahli politik/orang ternama Malaysia bertanding dalam pilihanraya PERMAI?

Apakah manifesto mereka agak-agaknya?

DS Najib Razak :

Saya akan membawa slogan 1 PERMAI. Ahli didahulukan, akademik diutamakan. I help you, you help me, ok?

DS Anwar Ibrahim :

Hari ini kita menang, esok tambang teksi turun 10 qurush. Lawan tetap…lawan! Kita akan pastikan pilihanraya kali ini, PUSKOM milik Pakatan Rakyat!

Adam Adhli :

Kita tuntut pendidikan percuma. Kita ingin hapuskan rusum jamiah! Kalau jamiah tak nak dengar, kita akan turun ke duwar jamiah, kita akan berkhemah di sana. Kalau tidak, kita akan turunkan bendera jamiah (jamiah ada bendera ke?)

Ong Kim Swee :

Saya akan pastikan KARISMA akan datang, skuad bola sepak Irbid akan jadi juara piala duta.

Dato Samy Vellu :

Saya akan pastikan laluan ke PUSKOM dan PUSTEL akan dimudahkan dengan pembinaan jambatan dan lebuh raya yang lebih banyak. Kita juga akan buat tol untuk setiap laluan tersebut.

Jawatankuasa BERSIH :

Kita mahu selain pilihanraya PERMAI ini BERSIH, kita juga tuntut supaya Irbid ini juga BERSIH dari sampah sarap.

Dato’ Hasan Ali :

Kita tidak mahu dalam pimpinan PERMAI akan datang, adanya parasit-parasit yang akan merosakkan kepimpinan ulama’ dalam PERMAI.

VK Lingam :

Well, other candidates have delivered their speeches and what they want to do. I just want to say that they are absolutely correct correct correct.

Ok. Santai :)

April 22, 2012

Surat terbuka untuk bakal pimpinan PERMAI

Ok. Sebelum baca, klik sini dulu.

Dah klik? Ok, boleh teruskan baca. :)

Kemahiran memimpin ini adalah satu seni. Dalam menjadi ketua, anda perlu mengajak manusia. Dalam menjadi ketua, anda perlu mempengaruhi manusia, dan manusia itu bukan senang untuk diajak atau dipengaruhi. Anda perlukan seni dan seni ini perlu dipelajari, perlu dibangunkan dalam diri.

Kalaulah kekuatan tamadun itu diukur dengan kehebatan dan kemegahan bangunan, mungkin firaun adalah pemimpin yang paling hebat. Namun, cuba kita renung seketika, pemimpin yang betul-betul dilatih dalam kerangka pemikiran dan kefahaman Islam, tidak meninggalkan tamadun mereka dengan bangunan yang gah dan pelik.

Tetapi mereka meninggalkan manusia yang hebat-hebat, mereka meninggalkan jiwa-jiwa yang hidup dan segar, yang terus dapat menyebarkan Islam itu sehinggalah sampai ke dalam jiwa kita. Pemimpin sebegitu tahu apa yang lebih utama untuk ditinggalkan, apa yang lebih patut untuk dibina.

Mereka tidak membina bangunan yang tersergam indah yang kemudian dibangga-banggakan, tapi mereka membina generasi demi generasi yang menyebarkan kefahaman, yang berdikari dalam mebina kehidupan, yang terus berjuang mati-matian, yang terus mempertahankan kepercayaan dan yang kukuh jati diri dan pegangan dan sesungguhnya itulah aset yang paling berharga untuk diwariskan.

Kita mungkin tidak menyentuh mengenai pembinaan tamadun apabila berbicara tentang PERMAI. Namun, kita tetap bicara tentang membentuk manusia.

Di PERMAI, kita ada ahli, kita ada kebajikan yang perlu dijaga, keselamatan yang perlu dipantau, akademik yang perlu diperkasa, dan lain-lain perkara lagi yang hakikatnya berlegar dalam ruang lingkup berurusan dengan manusia.

Maka saya kira kepada yang ingin menjadi pemimpin, anda tidak boleh lihat pengurusan PERMAI dalam ruang lingkup yang mudah dan ringkas, yang main-main atau boleh dijadikan bahan gurauan, kerana PERMAI bukan persatuan kampung atau persatuan yang boleh dipandang sebelah mata, kerana hakikatnya ahli PERMAI tetap manusia.

Mungkin ada orang kata PERMAI sebagai pentas latihan. Pada saya PERMAI bukan pentas latihan kerana di PERMAI, kalau anda jadi pemimpin, dosa pahala tetap dikira, amanah yang dipikul tetap akan disoal. PERMAI adalah medan realiti, cuma mungkin dalam ruang yang lebih kecil dan tersendiri.

Seorang pemimpin, sepanjang perjalanannya, cabaran dan ujian pasti akan datang selalu. Maka dia perlu mempunyai kekuatan untuk menyelusuri jalan-jalan dalam hidupnya supaya dia betul-betul akan terus menjadi seorang ketua yang berwibawa.

Formulanya, anda perlu ada dua kekuatan, kekuatan dalaman dan luaran. Perlu seimbang dan perlu kena dengan waktu. Ada ketika kekuatan luaran itu mengatasi kekuatan dalaman, dan ada ketika kekuatan dalaman lebih diperlukan.

Aspek kekuatan dalaman ialah kefahaman asas tentang apa yang dibenarkan dan apa yang dilarang dalam agama, kekuatan rohani, pengukuhan jati diri dan peribadi muslim, kefahaman Islam yang asas, kebergantungan dan kepercayaan kepada kuasa Tuhan, penjagaan amalam seharian sebagai hamba Allah, dan keyakinan akan adanya pembalasan di akhirat dan lain-lain lagi. Untuk mudah difahami, kekuatan dalaman menyentuh aspek-aspek pemngurusan emosi dan spiritual.

Aspek kekuatan luaran pula ialah kebijaksanaan dan kecekapan membuat keputusan, pengeluaran idea-idea yang bernas, ketegasan dalam pendirian, keberanian menyatakan suara dan pandangan, mengkaji dan menganalisis, pandang jauh ke hadapan, berwawasan, dan lain-lain. Aspek ini merangkumi perkara-perkara intelektual, ketrampilan dan juga kewibawaan yang diperlukan sebagai ketua yang sentiasa ke hadapan dan dilihat oleh masyarakat sebagai penjaga.

Berdasarkan pengalaman, pemerhatian dan analisis serba sedikit yang telah saya laksanakan, saya kira ada eloknya untuk saya kongsi resipi (pada pandangan saya) untuk bakal pimpinan masa depan, sebagai langkah dan pegangan membawa PERMAI pergi dengan lebih jauh.

Pertama, fahami apa keunikan yang ada pada komuniti ini, nescaya anda akan tahu bagaimana anda boleh ambil peluang untuk mempergunakannya. Pemimpin yang bijak ialah pemimpin yang sentiasa tidak mensia-siakan peluang di depan mata.

Kedua, ingat 3 langkah utama, pertama, kaji sejarah dan kesilapan lalu, kedua, perhatikan situasi semasa dan ketiga, jangkakan keadaan masa depan. 3 langkah ini adalah kerangka pandangan yang perlu ada pada pimpinan. Matanya perlu 360 darjah mengelilingi masa dan memutar waktu.

Ketiga, ada beberapa perkara dalam menggerakkan PERMAI, yang seolah-olah sama tapi rupanya tak serupa. Pimpinan perlu bezakan antara,

a) Keperluan, keinginan, tambahan dan pembaziran.

Perkara ini adalah terutamanya dalam melaksanakan program. Pimpinan perlu tahu mana satu yang jadi keperluan untuk ahli, mana satu yang sekadar keinginan ahli, mana satu yang sekadar tambahan, dan mana satu yang dinamakan pembaziran.

Keperluan itu adalah sesuatu yang jika tidak ada perkara tersebut, maka akan mewujudkan kerosakan pada ahli. Keinginan pula ialah jika tidak dilaksanakan, maka akan menyebabkan ketidakselesaan ahli, tambahan pula memberi maksud jika tidak dilaksanakan, maka tak memberi kesan apa-apa kepada ahli, manakala pembaziran pula memberi erti jika dilaksanakan akan membawa kerosakan kepada ahli.

b) Sasaran

Dalam melaksanakan sesuatu, kenalpasti sasaran anda. Bezakan sama ada sasaran itu adalah kelompok tertentu, misalnya hanya pelajar tahun 1 sahaja atau pun sasaran tersebut untuk semua ahli. Teknik mengenalpasti ini penting kerana akan memberi kesan kepada jenis pelaksanaan, kapasiti program, kekuatan publisiti dan pemfokusan. 

Jika gagal mengenalpasti, anda akan memukul rata bahawa semua perkara perlu dibuat program besar, maka anda mungkin akan melaksanakan sesuatu program yang besar, memakan tempat yang besar, kos yang besar, makan yang besar namun kesan, impak dan outputnya kecil. Ini adalah persoalan sejauh mana efisyennya anda membuat keputusan. 

c) Gerak kerja pentadbiran dan gerak kerja komuniti.

Ini cabang besar yang perlu dibezakan. Anda perlu tahu, bilakah anda berperanan dalam petadbiran dan bilakah pula anda berperanan dalam komuniti. Idea-idea anda yang berkaitan pengemasan organisasi, ekonomi, bajet kewangan dan penyusunan program, itu dikira sebagai gerak kerja pentadbiran kerana gerak kerja ini melibatkan golongan yang menjadi jawatankuasa.

Namun jika anda membawa idea berkaitan kebajikan ahli, keselamatan, penempatan, PINTAR, pembentukan individu, modal insan, akademik dan seumpanya, maka idea anda ialah idea untuk komuniti, dan anda sedang berperanan untuk komuniti.

d) Pengurus dan pemimpin.

Ini juga antara cabang besar dalam kerusi AMT. Anda perlu berperanan sebagai pengurus bila anda menguruskan portfolio anda, sebagai contoh setiausaha atau bendahari. Namun sebagai AMT, idea anda menentukan polisi dan halatuju PERMAI, maka ketika ini, anda di pentas sebagai pemimpin.

e) Respon dan reaksi.

Respon selalunya adalah hasil dari pemikiran rasional dan kestabilan emosi. Manakala reaksi selalunya dikawal oleh emosi dan kurangnya rasional. Pemimpin, dalam apa-apa hal atau isu, dia perlu cepat merespon, kerana ahli ingin tahu apa pendiriannya. Namun, bukan cepat melatah. Jadi, seorang pemimpin itu perlu mempunyai sifat sabar dan daya tahan yang tinggi untuk berfikir secara rasional dalam keadaan yang 
stress.

Keempat,  pemikiran pemimpin mahasiswa generasi baru perlu mempunyai ciri-ciri berikut, sesuai dengan peredaran zaman dan cabaran semasa :

a) Perlu punya pendirian sendiri yang berdiri atas kebenaran, rasional dan fakta dan berani menyatakannya, dan tak mudah gentar dan condong, namun dalam masa yang sama turut meraikan pandangan yang berbeza, dan membuka peluang untuk manusia lain bersuara menyatakan pandangan.

b) Perlu berani mengambil risiko dalam mencuba perkara-perkara baru jika difikirkan baik untuk semua, namun pelaksanaannya disesuaikan dengan mengambil kira faktor-faktor setempat dalam masyarakat.

c) Memandangkan ahli mempunyai latar belakang yang berbeza, maka pimpinan perlu menggunakan pendekatan penyampaian seperti ucapan dan penulisan yang lebih mesra dan difahami masyarakat. Utamakan isi berbanding rupa. Kebaikan tetap dapat disampaikan walaupun berbeza jenama.

d)  Idea bernas tak datang begitu sahaja, tapi dibentuk dengan pembacaan, pergaulan dengan manusia, pemerhatian suasana, dan pengalaman serta kajian. Banyakkan melakukan perkara tersebut supaya idea anda dapat dikembangkan dan tidak duduk statik di takuk lama.

Kesimpulannya, sekarang ini, zaman ini, lembaran baru telah dibuka, anda sebagai bakal pimpinan yang akan menerajui dan menduduki kerusi yang penuh duri, sama ada akan menutupnya semula dan membiarkan komuniti dalam dinding-dinding besi atau ingin mengajak ahli lebih ramai bersama memecahkan benteng dan terus maju ke hadapan.

Sekadar itu sahaja.

Teruskan memacu membawa perubahan, salam perjuangan!



March 31, 2012

Understanding The Quiet

Quiet: You don't say anything.
Shy: There is a 'self-barrier' that stops you from saying, acting or doing something.
Introvert: You like the quiet. You like being quiet. The crowd drains your energy. 
Extrovert: You are loud. You get energy from a crowd. No problem speaking up. 

The Malaysian expression "Eeee.... tak tahu malu ke?" or the heavy invisible weight of a community -not wanting to be outside of a group that belongs. Sometimes I hear people say, malas nak cakap. Malas nak terlibat dalam pergaduhan. Lebih baik berdiam diri je kalau takleh nak membantu. 

I can't understand those reasons, only because I find it easier to participate and engage, rather than leave. Commonly, personality tests will say I am an extrovert. I keep telling people I'm shy, tapi takde yang nak percaya. 

Introvert or extrovert, quiet or loud, nothing is better or worst- it's just different. 



There are only a handful of people in our PERMAI community who you can properly label as extroverts, loud and  attention-craving. In a crowd of friends- there is always this person who becomes the 'energy' of the group. The loud guy who will always make a laugh somehow. 

Even in such an 'open' and very 'so-called democratic' organization that we have- you can count how many would really be willing to be in the spot light, to be opinionated or criticizing even for free. The same people would stand up and speak, the same people would write and comment on facebook, and we sometimes listen to the same opinions over and over again. 

Why won't people speak up? 

To make myself clear, I have nothing against people who like to be quiet. In my experience, I have seen our leaders- are not all 'loud'. A lot of good leaders are introverts in our community, they might not be the most aggressive when it comes to debates, but they can settle disputes and have rich and positive plans for us. A lot of people who volunteer and work in our organization- don't talk too much, but they get the job done. They get it done, perfectly. 

People who are introverts, sometimes are better at listening to ideas, more composed and careful, and are more creative and sometimes smarter too (ask those on the dean list every year). Memang respek. 

No one can deny, sometimes, the quiet have more to give. 



Managing the Orator Club, and being very vocal myself,  it took me a few months to be at peace... and simply respect the quiet and listen to the silence. 

There is a difference with being SHY and 'being quiet'. If you want to say something, but just can't, over some inner fear- you are most probably shy (that bad shy). If you just don't want to engage in large group discussions (like open talk), and rather, out of choice, listen, than you are being quiet. That is why, I tell people to speak up and stop being shy unnecessarily, I don't tell people to be loud. 

Facebook and technology has helped a lot of people who are uncomfortable speaking in front of others, or who just like to be quiet in a crowd-- to be heard. Come on, you have to have met that one guy or girl, who on the outside might be quiet and minding his or her own business, but their blogs are hits and they have 'top liked statuses' on facebook nearly all the time. 

Quiet people do have opinions and ideas. 

I still think we need a lot of people with great ideas to come forward and share them. Though I respect your quietness- I don't need you to be me, to be loud- I just want you to share. More than once, I have heard great ideas out of people who so rarely said anything. Most artists are quiet and introverts. Bill Gates, was an introvert- look at him now. A saying goes: There is zero correlation between who talks better and who has the best ideas

Just because you know how to talk, doesn't mean you have great ideas. And vice versa. 
It's like the loud should listen more, the quiet should talk more. And everyone should respect more. 

Not everyone can or should be loud and debatable. Not everyone should be forced to speak in front of hundreds and hundreds of people. But in a society that celebrates and embraces the 'quiet, yet hard working and knowledgeable person', I really hope that is who you really are. 


Be quiet and silent, and be productive and useful. Be this balance to an extrovert (though sometimes I think I am introvert?) like me, tell me what's wrong and right, let us balance each other. And sometimes, I think loud people need to be quiet too...you know, spend some time to think and get some perspective. 

Don't be quiet and silent, because you have nothing to give. 

There has been this saying that is circulated around facebook, "Better be silent, if you have nothing good to say." Berkata baik atau diam. 

I think it's a good saying, I just wondered...Why do we have nothing good to say? 

p/s I used the terms introverts and extroverts loosely, to describe in general loud and quiet people. Not hundred percent accurate. And people can change, just so you know. 

Probably some interesting additional reading: 






March 28, 2012

Mahu sambung belajar ke Jordan?

Jika anda mengambil jurusan perubatan atau pergigian di Jordan, hanya ada satu universiti iaitu Jordan University of Science and Technology (JUST). JUST ini terletak di Irbid (salah sebuah daerah di Jordan).

Jika anda menyambung pengajian di Universiti Yarmouk, maka untuk pengetahuan, Universiti Yarmouk juga terletak di Irbid.

Maka artikel ini ingin memberitahu beberapa perkara yang perlu anda bersedia (dan mungkin jarang-jarang anda ketahui) jika anda ingin belajar di Irbid.


Sikap masyarakat

Positif : Masyarakat di sini sebenarnya agak mesra dan mudah bergaul, dan mereka tidak diskriminasi bangsa seperti di negara-negara barat lain. Anda boleh dapati ramai yang baik-baik dan boleh diharap. Jika anda rapat dengan mereka, mereka akan melayan anda sama seperti rakan-rakan mereka yang lain.

Negatif : Kepayahan komunikasi dengan mereka, kita orang Malaysia lebih selesa dengan sesama Malaysia sebab pertuturan yang mudah dan banyak topik perbincangan yang sama.

Bila kita berurusan dalam sesetengah perkara, kadang-kadang agak menyusahkan kerana sikap mereka yang berlengah-lengah dan malas, terutama apabila berurusan dengan pejabat awam, sama ada universiti atau pejabat kerajaan.

Mereka mudah berjanji, kadang-kadang ditepati dan sebahagian waktu lain tidak. Mereka juga pada sebahagian keadaan suka ambil kesempatan atas ketidakcekapan orang Malaysia dalam berurusan, terutama bila melibatkan urusan perniagaan.

Kalau anda berjalan di jalanan, tak sah kalau anda tidak pernah dilemparkan dengan kata-kata yang agak menghina, dan anda tidak suka dengan perkataan tersebut. Tapi tidaklah selalu, cuma sebahagian waktu.

Mereka ini sangat ramai yang merokok, sama ada dari kalangan budak sekolah sehinggalah dewasa. Mereka anggap merokok itu biasa sehinggakan mereka pada sesetengah keadaan tidak menghormati orang lain yang tidak merokok. Mereka akan merokok dalam bangunan atau dalam kenderaan atau mana-mana tempat tertutup.


Keselamatan

Realiti : 5- 10 kes jenayah dicatatkan setiap bulan, sama ada gangguan seksual, kecurian, pecah rumah dan lain-lain.

Setakat ini, memang ada langkah-langkah yang diambil oleh persatuan pelajar (Persatuan Mahasiswa Malaysia Irbid atau dikenali sebagai PERMAI) dengan kerjasama pihak kedutaan di sini, namun isu ini masih belum dapat diatasi sepenuhnya.

Ini adalah cabaran terbesar komuniti Malaysia di sini setakat ini.


Kemudahan/fasiliti

Secara umum, Malaysia jauh lebih maju dan bersistem

Pengangkutan utama : bas, coaster atau teksi

Kemudahan mencari buku rujukan adalah mudah, sama ada di Irbid atau di Amman


Ilmu tambahan

Sebenarnya ini kelebihan belajar di timur tengah. Anda boleh dapati ramai ilmuan-ilmuan hebat di sini, dan sumber-sumber ilmu yang melimpah. Bahasa Arab, Qiraat Al-Quran, I’jaz AL-Quran, Tafsir, Hadis dan pelbagai lagi boleh didapati di sini. Namun, anda perlu mencari dan berusaha, pengorbanan perlu dibuat.


Pensyarah universiti

Pensyarah di Jordan University of Science and Technology adalah kebanyakannya graduan universiti di Amerika Syarikat atau UK. Ada juga dari negara Eropah lain seperti Germany, dan ada juga dari universiti Timur Tengah seperti Universiti Baghdad. Tenaga pengajar dalam kelas untuk pra-klinikal, hampir semua mempunyai ijazah phD. Tenaga pengajar klinikal pula, setiap hari round bersama pakar.

Pensyarah di Universiti Yarmouk pula, terutama di kuliah syariah, kebanyakannya juga mempunyai ijazah kedoktoran. Ilmu mereka sangat tinggi dan dihormati, dan mereka juga mempunyai pendekatan dan pemikiran yang berbeza-beza.


Belajar menguruskan kehidupan dan belajar tentang manusia

Ini manfaat umum yang anda akan dapat bila belajar di luar negara, di mana-mana sekali pun. Anda tiada keluarga dan tiada ibu bapa yang menentukan hidup anda. Anda yang aturkan hidup anda sendiri. Anda ingin jadi sesiapa pun, tiada siapa yang dapat halang. Apa yang anda lakukan, anda sendiri yang akan terima kesan, dan akan membentuk diri anda pada masa hadapan.

Di luar negara ini, anda akan lebih kenal manusia, siapa kawan siapa lawan, siapa kawan yang nak ambil kesempatan, siapa kawan yang ingin beri bantuan.

Anda akan lebih kenal masyarakat Arab, yang dari Jordan, yang dari Palestin, yang dari negara teluk, masing-masing ada sikap dan perangai tersendiri. Anda akan lebih tahu dunia sebenar, anda akan dapat lebih melatih diri untuk bersabar.

Jangkaan biasa bila belajar di timur tengah, antara fakta dan dongengan :

Untuk pelajar bidang ilmu agama :


1) Akan dapat menimba ilmu dengan tokoh-tokoh hebat dalam bidang agama

Benar, dan tokoh-tokoh agama di sini sangat pakar dan dihormati. Anda boleh menimba ilmu dengan mereka sama ada di universiti atau di kuliah-kuliah luar universiti sama ada di masjid atau di Amman. Mereka sangat tinggi ilmunya, banyak rujukannya, dan mereka mempunyai pemikiran yang berbeza-beza antara satu sama lain.



Untuk mana-mana pelajar secara umum :

1) Dapat mantapkan kemahiran bahasa arab

Benar, jika anda berusaha. Malahan, saya kira sekurang-kurangya pelajar di sini dapat asas bahasa arab kerana kebergantungan kepada masyarakat tempatan dalam urusan seharian itu masih tinggi, terutama dalam urusan jual beli, kerana di sini, masih belum banyak perniagaan orang Melayu, seperti di Mesir.


Untuk pelajar perubatan :

1) Ingin menuntut ilmu di bumi para anbiya’ dan tamadun Islam kerana di sini dahulu wujudnya tokoh-tokoh perubatan Islam.

Ini dongengan. Sistem perubatan di sini tidak ada pun disusun dengan silibus perubatan Ibnu Sina atau Az-Zahrawi. Sistem perubatan/pergigian di sini disusun mengikut sistem perubatan moden iaitu sistem yang diamalkan di Barat, sama ada di UK atau Amerika Syarikat.

2) Dapat menimba ilmu perubatan dan dalam masa yang sama dapat menimba ilmu agama terutama fiqh perubatan untuk diaplikasikan sewaktu kerja nanti

Ini bergantung. Tapi situasi begini tidak wujud dalam sistem pembelajaran di sini. Sistem pembelajaran di sini tidak pun dikaitkan dengan hakikat ciptaan Tuhan, hakikat penciptaan manusia, dan tidak ada pun subjek untuk fiqh perubatan. Kalau anda mengharapkan anda akan jadi doktor perubatan yang tahu berkaitan hukum hakam dengan hanya belajar di universiti, anda bermimpi.

Kalau anda nak begitu, tidak mustahil, tapi anda perlu berusaha secara luar biasa dengan menimba ilmu di luar universiti, menimba ilmu tersebut dari asal, iaitu anda perlu belajar dahulu prinsip-prinsip ilmu fiqh dan sebagainya, dan anda perlu kaji sendiri isu-isu perubatan, kerana subjek fiqh perubatan tidak ada di sini.

Semoga dengan artikel ringkas ini, dapat menyediakan para pelajar dengan persediaan untuk menghadapi cabaran yang mendatang.

March 9, 2012

Gathering Kita-Kita (MMY)

أبدأ بسم الله الرحمن الرحيم بعد أعوذ بالله من الشيطان الرجيم

Salam sejahtera dan salam PERMAI paksi komuniti buat semua ahli keluarga 
PERMAI yang senantiasa melekat dalam hati.

Anda keluarga tegar Yarmouk?Mahukan sesuatu yang merehatkan minda 
setelah berhempas pulas menduduki bangku peperiksaan pertama semester 
ini?Mahu menjalin hubungan yang lebih akrab dan mesra antara ahli Yarmouk 
baru juga lama? 

Ya, di sinilah segalanya bermula!Pada sesi kali ini barisan pimpinan Yarmouk 
tidak akan mengadakan rehlah atau jaulah perdana sepertimana yang telah 
dianjurkan pada sesi-sesi lepas.Kami memandang bahawasanya ada titik 
yang lebih besar perlu dipandang berat oleh pihak pimpinan jua ahli dan 
perlunya tindakan susulan yang perlu diambil dan dijalankan.

Jadi, apakah titik yang lebih besar yang perlu dipandang berat oleh semua 
ahli MMY?Tidak lain dan tidak bukan titik pertemuan ukhuwah antara 
semua pelajar yang sedang menyambung pelajaran di Yarmouk University.

Oleh itu, kami akan menganjurkan hari khas untuk kita semua bersua muka,
berjabat tubuh dan menjalin kasih mesra tanpa mengira lapisan umur -tua atau 
muda. Hari "Gathering Kita-Kita" merupakan sebuah program yang dirancang 
untuk menguatkan hubungan silaturrahim antara ahli bidang pengajian yang 
terdapat di Yarmouk University disamping memberi dorongan dan galakan 
sesama ahli dalam meneruskan pengajian yang penuh dugaan dan cabaran.

Pada hari berkenaan, semua ahli bidang pengajian masing-masing akan 
berkumpul di tempat yang telah ditetapkan pada sebelah petang untuk 
menjalankan program taaruf dan game yang telah disusun dan dirancang 
oleh jawatankuasa program.Pada waktu malam pula, semua ahli bidang 
pengajian akan berkumpul di lokasi yang telah ditetapkan untuk mengikuti 
perkongsian pelajar lama dan baru juga pelajar Master dan Phd dalam 
menghadapi mehnah dan tribulasi sepanjang meneruskan pengajian.

Tidak dilupa, pada hari berkenaan semua ahli MMY tidak akan disediakan 
makanan atau sebarang juadah kerana anda semua akan membawa hidangan
potluck masing-masing sepertimana yang ditetapkan oleh jawatankuasa bidang 
pengajian masing-masing.

Oleh itu, jangan lepaskan peluang ini!Sekiranya anda sayang dan cintakan 
saudara anda, jom turun padang pada 17 mac 2012 ini beramai-ramai dan 
alami sendiri pengalaman yang bakal terpahat kekal dalam sanubari.

Sebarang persoalan atau masalah, sila rujuk ketua atau timbalan qisim 
masing-masing.Luangkan masa lapangkan minda -Jom ke program :
                          
Gathering Kita-Kita!

-Kalau bukan kita,siapa lagi.Kalau bukan di sini di mana lagi.-

=)