Saya berasal dari Ipoh, Perak dan tak ramai sebenarnya yang
sama sekolah dengan saya yang menyambung pengajian di Irbid ini. Ok. Ini bukan
biodata pengenalan diri. Cuma apa yang saya nak beritahu ialah saat ini, sudah
ramai kenalan, kawan dan juga sahabat saya di Irbid ini. Sama ada yang Malaysia
atau bukan Malaysia.
Siapa sangka seorang budak biasa dari Taman Meru, Ipoh ini
boleh menjadi sahabat dengan Sahel Nordin, dari hujung semenanjung dan boleh
berkawan rapat berkongsi masalah tentang masyarakat dan dapat kerja sepasukan
sebagai ketua dan timbalan.
Sahabat-sahabat,
Itulah hebatnya ketentuan Allah. Kita tidak tahu apa yang
akan terjadi, kita tidak tahu dengan siapa kita akan berjumpa, dengan siapa
pula kita akan dijodohkan melainkan segala-galanya adalah dalam pengetahuan
Allah. Ajaib ketentuannya.
AMM ber'shopping'. Tiada dalam gambar : Saya dan Luqman Ashaari
Sebab itu kita kena selalu memohon doa kepada Allah
moga-moga manusia yang kita jumpa dalam hidup kita akan dapat membawa kita
lebih dekat dengan Tuhan, dan alhamdulillah, saya bertemu manusia-manusia itu
di sini, di Jordan.
Bila kita duduk dan bergaul dengan masyarakat, kita akan
mengenali manusia dengan lebih rapat, kita kenal bagaimana mendekati manusia,
kita belajar memahami manusia dan kita lebih memberi peluang kepada manusia.
Ini, anda tidak boleh dapat dalam buku, atau ketika teori dalam bilik kuliah,
tapi ini anda akan hanya dapat di jalanan.
Sepanjang duduk atas kerusi Presiden ini, banyak ranjau
duri, cabaran, ujian dan jalan berliku yang dihadapi. Allah telah menguji saya
dengan pelbagai cabaran, pemergian dan kehilangan, kesusahan demi kesusahan,
kerenah pengurusan, isu keselamatan dan pelbagai ragam lagi kisah suka dan
duka. Namun segala luka dan sedih itu terubat, cukup hanya dengan melihat raut
wajah manis ahli-ahli yang mengukir senyuman.
Apa pun, saya kira pengalaman saya yang paling sedih
sepanjang memegang tampuk kepimpinan ialah pemergian Allahyarham Ilham Ellani,
yang saya kira pemergiannya sangat tak terkejar dek masa. Cepat sungguh Allah
tarik nyawa beliau. Sama-sama kita doakan agar beliau ditempatkan di kalangan
hamba-hamba Allah yang soleh dan diterima ke syurga, dan kita doakan juga agar
kita dapat bertemu dengan beliau sekali lagi di sana.
Pada kesempatan ini, saya ingin menyatakan seribu satu
penghargaan kepada semua pihak yang terlibat memberi sokongan dan dorongan
secara langsung atau tidak langsung dalam menggerakkan PERMAI selama ini.
Terima kasih kepada pihak kedutaan, pihak Education Malaysia Jordan, Majlis
Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan 2011/2012, Badan-badan Kebajikan Anak
Negeri, Ahli Majlis Mesyuarat saya yang setia menemani, Ahli Jawatankuasa
Program dan juga entiti, Majlis Penasihat Rasmi, penasihat-penasihat yang ramai
yang tak rasmi, pengkritik depan mahupun belakang, ahli-ahli yang memberi
sokongan dan dorongan, yang memberi komitmen untuk membuat sumbangan, siswa,
siswi, tua, muda, bujang, berkahwin, senior mahupun junior yang banyak meberi
tunjuk ajar kepada komuniti ini secara umum dan saya secara khususnya.
Saya memohon maaf sekali lagi kepada semua yang mengenali mahupun
tak mengenali diri ini. Ampunkan segala kesalahan dan kesilapan saya dan
pimpinan. Doakan supaya Allah menjaga kita semua dunia dan akhirat dan kita
dapat bertemu kembali di syurga yang abadi.
sahel nordin je ke?
ReplyDelete:P
hehe.tu ana saje je bagi contoh.insyaAllah aku ingat je sume.hihi
ReplyDelete