October 28, 2011

Tafaquh Medik Dentist- Perkongsian Ilmu dan Semangat


alhamdulillah, pagi semalam slot tafaquh akhawat telah b
erjaya dijalankan buat kali yang kedua untuk sesi kali ini. Terdapat banyak kelainan dalam slot tafaquh kali ini. Dengan pelbagai situasi yang muncul pada sesi kali ini, barisan kepimpinan Triple-one-two cuba untuk menampilkan slot Tafaquh dengan nafas baru.

2 tahun yang lalu

Saya merupakan pelajar tahun pertama pada tahun itu. PERMAI pada waktu itu menyediakan slot tafaquh ilmu agama yang disampaikan oleh Ustaz Mahdi. Ada 2 buah kitab yang kami baca setiap kali slot Tafaquh; Muqaddim
ah Hadramiyyah karangan Imam Syafie Rahimahullah dan Maqasid Nawawi karangan Imam Nawawi rahimahullah.

Ia lebih berkonsepkan talaqi tetapi gurunya berbangsa melayu, sama lidahnya dengan kami semua. Apatah lagi bukan sedikit akhawat yang belum menguasai bahasa arab dengan baik pada masa tersebut. Lantas peluang yang sebegini rupa sangat dihargai oleh pa
ra pencinta ilmu.

Apatah lagi setiap kali soalan dilontarkan, Ustaz Mahdi dapat menjawab dengan baik dan kemas serta menggunakan contoh-contoh yang dekat di hati pendengar. Sememangnya sebaik-baik daie itu perlu mampu berbahasa dengan bahasa mad'u-nya sendiri.

Tahun berganti Tahun

Namun pada tahun ini, Ustaz Mahdi telah pulang ke Malaysia buat tempoh waktu yang agak panjang. Pihak pengendali slot Tafaquh kali ini; Majlis Mahasiswa Yarmuk telah berusaha untuk mencari tenaga pengajar yang bersesuaian dan memiliki kekosongan pada pagi hari Jumaat untuk menjadi penyampai slot Tafaquh. Semua sedia maklum bahawa akhawat sangat gemar dengan slot membedah buku apatah lagi buku-buku bahasa arab.

Tetapi, Allah telah menakdirkan slot Tafaquh kali ini lebih aula untuk dijadikan peluang keemasan bagi penuntut di Universiti Yarmuk untuk mengambil kesempatan membuat pembentangan dan diskusi ilmiah. Ramai yang mempersoalkan sejauh mana keberkesanan slot tafaquh ini nanti?

Nafas Baru

Sejauh mana slot ini akan menjadi diskusi ilmiah yang berkesan, kita tidak boleh tunjukkan hasilnya sekarang. InshaAllah, jika para pembentang dan pendengar berusaha keras untuk menjadikan perkongsian ilmiah ini interaktif dan dinamik, maka hasilnya pasti akan menjadi lebih baik.

Apa yang lebih menarik pada tahun ini, sekumpulan pelajar perubatan dan pergigian JUST telah membentuk satu jawatankuasa pelaksana Slot Tafaquh Medic-Dentist setiap kali slot Tafaquh akhawat dijalankan.

Team Tafaquh Medik Dentist ini telah ditubuhkan dengan objektif seperti berikut :

1. Memantapkan pemahaman pelajar dalam bidang Perubatan dan Pergigian

2. Melatih pelajar menyampaikan tafaquh

3. Melahirkan mahasiswa yang cakna dengan isu semasa berkaitan kesihatan

4. Menghidupkan budaya perkongsian ilmu antara pelajar JUST dan Yarmouk




Sememangnya para pelajar perubatan pada hari ini bukan sahaja perlu rajin dan bijak menghadam buku-buku pengajian perubatan dan pergigian tetapi harus peka dengan tahap kesedaran masyarakat sekeliling tentang isu-isu kesihatan serta menterjemahkan bahasa buku kepada masyarakat awam dengan bahasa yang sangat mudah difahami mereka.


Setelah mendengar penyampaian daripada saudari Fathiyah Idris semalam, sebagai seorang pelajar JUST, perkonsian 15 minit ini seolah-olah menebarkan aura pelajar perubatan kepada saya. Bagaimana berpuluh-puluh buah buku tebal dan lecture note dihadamkan dari tahun 1 pengajian hingga ke hari ini diaplikasikan dalam pembentangan 15 minit dalam bahasa yang sangat mudah dan suasana yang santai.


Sungguh, siapa yang meninggalkan slot ini seakan-akan hilang salah satu sumber motivasi. Mereka telah pun melalui jalan seperti kita semua dan mampu melakukan yang terbaik. Tidak mahukah kita mengambil ibrah daripada perjalanan mereka?


waAllahua3lam

Randomizing.

1. Kewujudan PUSKOM mengingatkan kembali kenangan bersama Warong Din sewaktu first year. Tempat terbaik untuk bersosial selain Masjid sewaktu itu.

2. Isu Himpun- semua orang boleh bagi bukti secara teori. tapi tak semua boleh beri bukti dengan aksi.

3. Cuaca semakin sejuk. Malam semakin pendek. Waktu Solat semakin cepat. Inilah syita'. Harap dapat manfaatkan waktu malam yang panjang sebaiknya.

4. Kagum dengan adik-adik first year yang bersemangat nak belajar arab ammi. Harap tak hangat-hangat tahi ayam saja. Contoh dah banyak.

5. Tahun 3 pergigian lagi relaks daripada tahun 2 pergigian. Harap adik-adik tahun 2 tak sedih.

6. Kerja SU mencabar juga sebenarnya. kalau nak tahu lah.

7. I wish I could know everyone in PERMAI before I grad.



maaf. bajet che det sekejap. :)

Manusia yang bermanfaat.

Belum lagi saya reda sedih dengan pemergian sahabat saya ke Malaysia, tiba-tiba sahaja saya dikejutkan dengan berita pemergian Abu Usamah ke rahmatullah.

Teringat sewaktu perjumpaan terakhir dengan beliau :
"Tidak ada apa yang penting pada harta, yang lebih penting ialah amal soleh"

Sebenarnya perpisahan itu sudah pasti. Sama ada kita yang pergi, atau orang di sekeliling kita. Persoalannya bukan bila, tapi adakah kita cukup bersedia?

Jadi apa yang kita tinggalkan untuk manusia lain bila kita sudah tiada?

Kadang-kadang, mungkin hanya seukir senyuman, akan diingati sampai bila-bila. Boleh jadi hanya dengan senyuman, akan memberi ketenangan hati pada yang melihatnya, juga boleh jadi tangisan bila dikenang semula ketika yang tersenyum itu sudah tiada.

Itu mungkin kesan senyuman. Senyuman itu boleh jadi manfaat. Apatah lagi kalau lebih dari senyuman yang kita berikan pada manusia. Pastinya akan lebih bermanfaat.

Untuk pengetahuan, setiap pagi, pelajar klinikal (terutama tahun 4) perlulah memilih kes dari mana-mana pesakit dan mendapatkan maklumat daripadanya, malah perlu juga memeriksa secara am sakitnya itu untuk dibentangkan kepada doktor.

Setiap pagi.

Jadi, secara amnya, setiap pagi, apa yang ada dalam fikiran saya, kena ambil kes. Hari ni, kena ambil kes, yang penting, aku dapat bentang kes dengan terbaik depan doktor nanti, dan aku dapat menggarap kemahiran dan pengetahuan aku.

Ya. Yang penting, dapat bentang dengan baik depan doktor, dapat garap kemahiran aku, dapat tambah pengetahuan aku. Ya. Semuanya aku. Akuisme.

Cumanya, kadang-kadang saya terlupa, saya ni nak merawat penyakit, atau merawat pesakit?

Kadang-kadang saya terlupa, pesakit itu manusia. Yang punya banyak masalah di belakangnya.

Orang yang sedang terlantar di hospital, sakit kemalangan, boleh jadi keluarganya meninggal, tidak ada tempat pergantungan selepas keluar dari hospital, tak tahu bagaimana nak membayar pengajian, mungkin juga masa depannya sudah gelap kerana anggota yang tidak sempurna, dan boleh jadi 1001 masalah lagi yang difikirkannya, tapi kita datang, yang kita tahu nak ambil maklumat kes, untuk kita.

Hakikatnya, kita sebagai doktor, biarpun kita tak dapat nak selesaikan kesemua masalahnya, tapi biarlah kehadiran kita, menjadi penyeri kepada pesakit, biarpun sementara.

Kita sebagai doktor, biarpun kita tak dapat nak selesaikan kesemua masalahnya, tapi biarlah kehadiran kita menjadi penawar duka, dek kemesraan kita.

Kita sebagai doktor, biarlah kita fikir pesakit dulu, baru diri kita.

Kita sebagai doktor, punya tanggungjawab besar, untuk menjadikan kehidupan insan lain lebih baik.

Maka jadilah doktor yang bermanfaat, untuk semua manusia.

October 27, 2011

Kalau Kita Cinta


Selak-selak post lama,terjumpa ini.Rasa mahu kongsi semula.Buat hisab amalan sehari.
:)

Kita selalu kata kita cinta Allah.
Siang dan malam kita,hidup dan mati kita,
bangun dan tidur kita,semuanya untuk Dia.
Itu yang sering kita kata.Itu janji manis yang sering kita guna.

Tetapi.Kalau cinta mengapa kita selalu buat jahat?
Perkara yang Dia larang kita suka dan senang hati nak buat.
Perkara yang Dia suruh kita rasa benci dan berat hati nak dekat.
Wahailah hamba!

Kita selalu kata kita cinta Nabi.
Kahwin empat kita sokong.Waktu itu Nabi kita angkat jadi agong.
Puasa isnin jumaat tak nak buat.Kata Nabi sengaja beratkan umat.
Lelaki ketua keluarga kita angkat.Tabik dan puji Nabi lelaki hebat.
Sebut fasal bantu bini,kita pakat cabut lari.Buat fakta Nabi takut isteri.
Wahailah umati!

Kita selalu kata kita cinta ibu bapa.
Waktu kecil kita dilayan seperti raja.Makan minum semua terjaga.
Bila meningkat dewasa,mereka kita layan mengalahkan hamba.
Minta tolong kita kata mereka susahkan kita."Lebih baik mati kalau hidup susahkan saya."
Mahu tumpang kasih pada hari tua,sepakat kita hantar mereka ke rumah bahagia.
Harta kita lanyak.Pusaka kita hendak.
Wahailah anak permata ibu bapa!

Kalau kita cinta Allah.
Segala suruhan mesti buat.Jangan sekadar cakap lebat.
Bila tubuh dah jadi mayat,malaikat bersedia mahu menyebat.

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." 
-Surah At-Taubah ayat 129-

Kalau kita cinta Nabi.
Amalan sunat harus kuat.Jangan berat mahu selawat.
Solat di masjid bukan hanya jumaat.Takut Nabi tak mengaku umat.

Sabda Nabi SAW : “ Dari Abu Hurairah r.a berkata : Rasulullah s.a.w bersabda : 
Janganlah kamu jadikan kuburku sebagai tempat perayaan dan berselawatlah kepadaku , 
maka sesungguhnya bacaan selawatmu itu akan sampai kepadaku dimana sahaja kamu berada .“ 
(Hadis Riwayat Abu Daud)

Kalau kita cinta ibu bapa.
Doakan mereka selepas solat.Baru kehidupan beroleh berkat.
Jika berani jadi anak derhaka.Mesti berani menghuni neraka.

Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, 
dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. [al-Isra’ 17:23]





October 14, 2011

Motivasi Bintang-bintang

Surah An-Najm. 

Verse 38: "That no soul shall bear the burden of the other" 

39: "There shall be nothing for the man except what he strive for"

40: "That his striving shall be scrutinized" 

41: "That he shall be FULLY REWARDED"

42: "That to your Rabb is your final goal"

43: "That is He who grants laughter and tears"

Allah kata, tiada jiwa lain yang akan dibebani dengan masalah atau beban jiwa orang lain. Kesusahan yang kita rasa, adalah kesusahan yang hanya memang milik kita. Kepayahan, kesusahan, perasaan penat dan beban ini- semuanya milik kita. Tiada siapa yang boleh ambil kepayahan itu, dan tiada siapa yang lain yang dapat ambil. Suatu pemberian. 

Tiada apa yang diberikan manusia melainkan apa yang diusahakannya. Bukan apa keputusannya. Bukan apa yang dirasakannya. Tetapi usahanya. usahanya. usahanya. Apa yang kita buat hari ini? Apa yang kita buat semalam? Apa yang kita buat esok? Kepayahan itu milik kita, usaha itu, nikmat seterusnya. 

Usahanya akan diperihatikan dengan teliti. Tiada usaha, yang terlepas pandang. 

Dan semuanya akan diberi ganjaran sepenuhnya. Bukan separuh. Bukan sedikit. Tetapi sepenuhnya, mengikut usaha kita. Sepenuhnya. Boss bagi gaji pun kadang-kadang tolak zakat, tolak kwsp, tolak cukai. Tetapi ini ganjaran yang betul-betul mengikut setiap titik peluh, setiap usaha kita. Sepenuhnya. 

Tuhanmu adalah tujuan akhir kamu. Kemana lagi usaha-usaha kamu ingin pergi? Kepada manusia, ia sia-sia, tidak dihargai. Kepada cinta? Ia bakal dimadukan. Kepada dunia? Ia akan dilupakan. Kepada diri kamu sendiri? Anda bakal mati, berakhir. 

Dah hanya Dialah yang memberi nikmat gembira (ketawa) dan sedih (menangis). 
Dulu saya ingat, manusia atau kesan beberapa event dalam dunia hidup saya adalah sebab kepada perasaan sedih atau gembira saya. Ada kamu saya gembira. Tiada, saya sunyi, saya sedih. Ini berlaku saya sedih, tidak berlaku saya gembira. 

Tetapi Allah kata, perasaan-perasaan ini adalah pemberianNya. HadiahNya, seperti hadiah kepayahan. Hadiah kesenangan. Semua ini adalah pemberian. Jadi mengapa perlu rasa gusar dengan emosi sendiri? Sedih? Itu pemberiannya. Gembira? Juga pemberiannya. 

Rasalah sedih atau gembira wahai manusia. Yang penting, kita berusaha. 




p/s It is true, the taste of revelation is utterly divine. 


October 8, 2011

Note: Jot down.


AMT ke, AMM ke, ahli biasa sekalipun, ada masa, kita buntu.
Sebab kita manusia.

So, let's makes things easier for everyone- share and contribute.
Well, at least we have some efforts to make our own life easier, life hereafter.

October 5, 2011

Latest daripada kami!

Muka depan taqwim.
Nantikan di pasaran!

October 1, 2011

Breaking tradition


Kerja kita dah lama bermula. Tetapi memang ada significance yang besar dengan permulaan 1 Oktober sebagai tarikh keramat, bermula usrah PINTAR ahli PERMAI sekalian. 

Saya rasa, dah banyak sangat kali dah saya terlepas aktiviti atau mesyuarat PINTAR. Lebih banyak berdiam dan hanya membuat apa yang patut, a totally different working experience dalam bahagian dakwah dan tarbiyyah ini. Rasa nervous sebab risau dengan kebolehan diri sendiri. Mampu ke ni? Mampu ke ni? Mampu ke ni? 

Target usrah dua kali sebulan pula. Doakan yang terbaik ye semua. 

Lebih menyedihkan kalau terpaksa dengar feedback dari Sahel (sebab tak faham apa yang dibincangkan dalam group). Takpe, belajarlah sikit-sikit. Terima Kasih kerana membenarkan saya menjadi sebahagian dari usaha murni ini. Benarkan saya mencuba. Benarkan saya memberi idea dan senyuman yang mungkin takdelah berguna sangat. Tapi thank you anyway. 

Slowly and truly, Allah promises me so many new teachers, to shape us all. 

Kadang-kadang rasa pelik cakap pasal dakwah dan tarbiyyah dalam keadaan diri saya yang terbiasa dengan urusan Orator, terlibat dengan Multimedia atau membincangkan isu-isu Helwi. Rasa macam membolos satu tembok yang sudah sekian lama ada disini. Breaking tradition. 

Rasa macam pemain bola yang terpaksa menjadi kaunselor sekolah tetibe. 

Penyanyi yang mengait baju untuk beratusan yang memerlukan. 

Pendebat yang terpaksa menelan hujah untuk mengambil alih peranan audiens yang mendengar dan memahami pula. 

"Awak percaya tak Islam itu sempurna?" 

"Percaya." 

"Jadi Islam, dakwah, dan tarbiyyah, mesti untuk kamu juga. Allah tidak akan uji hamba-hambanya, jikalau kamu tidak mampu." 

InsyaAllah. As they are for all of us too. PINTAR untuk semua, tak kiralah apa background, tak kiralah cara, tak kiralah apa idea dan pendapat kita. Islam untuk semua. Pembinaan diri dan Iman untuk semua. 

If you don't want to call it PINTAR. Call it a circle. Call it whatever you like. And join us. Join this process. Takyah malu-malu. :)

Pembinaan diri ini baru bermula. 



p/s agak sedih hasrat nak bersama ajk PINTAR yang lain pagi ni, tak tercapai. Mula-mula diberitahu mereka akan ada slot at around 3 petang. Tetibe bertukar kepada 8.30 pagi. 

God knows best.