Sewaktu menghadiri mesyuarat PERMAI minggu lalu,ada berita membuat jantung saya
sedikit mengepam laju darah ke seluruh anggota.Segala yang saya jangka begitu tersasar
jauh daripada pegangan.Seketika saya kaget.Menghitung kira kemampuan tulang 4 kerat
untuk menerima tetamu bumi Syams yang bakal berbondong tiba.
Pulang ke rumah,saya masih duduk berteleku menghadap cermin.Melihat tubuh kecil yang
terhasil pada cermin buat keyakinan diri sedikit retak.Lantas pelbagai soalan mundar-mandir
pada pusat pemikiran.Adakala soalan mati tanpa ada jawapan.Terbumi mati sendiri sewaktu
perjuangan masih belum lagi bermula.
Angka ratusan permata yang bakal menghiasi Irbid memerlukan tangan-tangan sokongan
untuk menyambut butiran permata ini agar tiada sebutir permata pun yang tercicir jatuh
berderai di atas tanah berdebu.Sesekali jangan!-kerana kehilangan sebutir permata
membawa kepada kekurangan dan kecacatan pada kecantikan sesebuah persatuan.
Maka saya fikirkan dari mana harus saya pinjam tangan-tangan ini sedang saya dan
ahli jawatan kuasa kerja hanya punyai gabungan puluhan tangan sahaja untuk menyambut
ratusan butiran permata yang bakal menghujani tidak lama lagi?Saya persoalkan juga
kebersamaan yang ada untuk memelihara keindahan permata dan sejauh mana
kemampuan untuk menggilapnya?
Apabila keluar bertemu masyarakat, ada yang melahirkan kegusaran dan kebimbangan.
Melontar pendapat jernih serta bernas itu dan ini.Syukur masih punyai rakyat yang baik
budi serta sudi berkongsi taklifat yang kami bawa.Tidak kurang yang bertanyakan tentang
ubat mujarab kepada kemelut yang semakin membarah.
Saya diam seketika.Membiarkan jari-jemari bermain dengan angin sambil otak giat
memproses jawapan yang perlu saya berikan.Seketika kemudian saya memandang
dengan lebar senyuman.Dan mungkin ini hanya jawapan yang tidak dapat menyumbang
kekuatan namun sekurang-kurangnya ia merupakan kunci atau formula untuk menghasilkan
ubat yang mujarab untuk membasmi penyakit.
-Kita begitu bimbang kerana bidalan ada menyebut ,
'semakin besar periuk semakin banyak keraknya'.
Ada yang memandang kuantiti yang banyak bakal menghasilkan seribu satu ragam
yang pelbagai rencah.Kerak yang banyak sangat mendatangkan kerugian berbanding
manfaat.Periuk yang besar perlukan tenaga yang cukup untuk membersihkan degilan
hitam yang berbekas.Periuk yang besar memerlukan ruang yang luas untuk diletakkan.
-Maka seharusnya sisi kekurangan harus kita tampung dengan sisi kebaikan agar kita
meletakkan sesuatu pada tempatnya.Agar semua hak yang dituntut tertunai dengan
bijaksananya.Pada sudut positif pula, kita perlu memandang kuantiti besar yang bakal
kita tampung merupakan satu cabaran yang perlu kita terima dengan tangan terbuka
tanpa ada perasaan yang negatif.
-Kuantiti besar yang bakal tiba,perlu kita raikan dengan sambutan yang terbaik sepertimana
sambutan Ansar kepada komuniti Muhajirin yang sanggup mengorbankan harta benda hatta
isteri tercinta.Kuantiti besar ini jua tidak harus dipandang sebagai satu kelemahan dan
kekurangan kerana ia tanpa kita sedar dapat membina satu kekuatan ummah untuk
menegakkan makruf menumbangkan mungkar.
-Pertambahan jumlah ini jika dihitung kira hanyalah baru tapak permulaan yang harus kita
pelihara kedamaiannya jika hendak dibandingkan dengan persatuan pelajar luar negara di
negara lain.Bilangan besar yang kita peroleh sepatutnya dimanfaatkan sebaik-baiknya untuk
membentuk daya saing yang sihat dalam pelbagai bidang khususnya bidang syariah dan
perubatan yang ada di Jordan.
-Peluang yang datang perlu kita kaut sebaiknya agar tiada permata yang tersia dan terbazir
begitu sahaja.Mengenai tenaga,tempat dan sejauh mana keberkesanan program tidak boleh
kita ukur dengan cakap-cakap kosong dan hipotesis yang rambang.Seharusnya kita perlu
optimis dengan kebarangkalian yang bakal terjadi.
-Apa jua cabaran yang datang sekiranya kita bersatupadu di bawah satu rumpun,nescaya
sekalipun bah yang menimpa pasti tidak mampu merebahkan bentang pertahanan yang
dibina.Kepelbagaian warna kehidupan yang kita peroleh merupakan satu keunikan yang
perlu dipelihara.Sistem pentadbiran yang telah dikemas selia harus disokong oleh komuniti
agar keberkesanannya dapat dilahirkan.
-Dan.Seharusnya kita telah memasang langkah untuk mendepani cabaran yang semakin
dekat kerana bah tetap akan menimpa pantai sekalipun tidak pada masa ini.Cakap-cakap
yang tidak ada solusi harus kita kurangkan dan bersama jana tenaga serta berganding bahu
memantapkan kubu kebersamaan yang sedia terbina.
-Anjakan paradigma perlu ada dalam diri setiap individu agar lonjakan angka ahli
mendatangkan sudut baik kepada masyarakat Malaysia terutamanya.Pemikiran negatif
minda kelas ketiga jua perlu dikikis dan bergerak ke kelas pertama agar kita semua
memandang cabaran sebagai satu proses pembinaan dan pemantapan.
-Dengan adanya paduan suara dan tenaga ahli yang cukup,segala permasalahan tentunya
akan terungkai.Yang berat menjadi ringan,yang susah menjadi senang,yang lemah menjadi
kuat,yang kurang menjadi lebih,yang jauh menjadi dekat.
Penyakit 'demam dan selesema' yang memudaratkan komuniti jua mampu kita tangkis
dengan 'vaksin' kuat yang telah disediakan di bawah kepimpinan presiden doktor Hidayat
Hasni.Semuanya terletak atas bahu kita sama ada mahu memikul tugasan 'jururawat' yang
diperlukan atau tidak.
-Dengan adanya paduan suara dan tenaga ahli yang cukup,segala permasalahan tentunya
akan terungkai.Yang berat menjadi ringan,yang susah menjadi senang,yang lemah menjadi
kuat,yang kurang menjadi lebih,yang jauh menjadi dekat.
Penyakit 'demam dan selesema' yang memudaratkan komuniti jua mampu kita tangkis
dengan 'vaksin' kuat yang telah disediakan di bawah kepimpinan presiden doktor Hidayat
Hasni.Semuanya terletak atas bahu kita sama ada mahu memikul tugasan 'jururawat' yang
diperlukan atau tidak.
Penghujung kata,angka besar ini akan kita gunakan untuk membina saf perpaduan lalu
membentuk sinergi kekuatan.Sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang.Mohon kita
senantiasa memanjat doa agar pertambahan ahli kita bukan satu bencana tetapi satu
petanda bahawa akan muncul generasi yang bakal mempertahankan kedaulatan Islam
dan tidak mustahil bakal melahirkan Al-Fateh kedua.
Di sini,hari ini.Kita harus berubah.Bersama mengatur reformasi langkah.
((إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفًّا كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوصٌ))
(Saff-4)
-Tautan pena oleh Hamba yang lemah-
Pada kesempatan ini,saya ingin mengucapkan selamat
memarakkan bulan Ramadhan Kareem dan diberkati.
Bersama memulun ganjaran pahala yang disediakan
buat ahli Ramadhan.
memarakkan bulan Ramadhan Kareem dan diberkati.
Bersama memulun ganjaran pahala yang disediakan
buat ahli Ramadhan.
Selamat datang jua diucapkan kepada sahabat-sahabat
baru yang bakal tiba tidak lama lagi.Ahlan Wa Sahlan.
baru yang bakal tiba tidak lama lagi.Ahlan Wa Sahlan.
-Tautan pena oleh Hamba yang lemah-
Ya Allah.
ReplyDeletemoga Allah akan permudahkan segala urusan kami disana nnt,
sungguh, aku mahu meletakkn diri aku dlm golongan yg dipilih sbg pembela agama.
Amin.
Doakan kami menjadi nasi bukan kerak :(
ReplyDeleteKlu nasi menjadi bubur, masih boleh dimakan selagi tak basi. Kalau jadi kerak, xtaw la pulak.. hehe.
ReplyDeleteBersama dalam Permai tak semstinya Bersatu dalam barisan.
Lebih indah jika semua jiwa ditekankan TAQWA, mudah2an segala kerjasama yg dilakukan selari dgn firman Allah, "bantu-mmabantu dalam kebaikan & taqwa"
Insya Allah, all the best!! :)