Sudah hampir ke 5 malam terakhir Ramadan. Masih segar lagi dalam ingatan saya tahun lalu, apabila Irbid sunyi sepi hilang penghuninya. Batch saya sendiri pada masa itu, hanya ada empat akhawat JUST, kira-kira 10 akhawat Yarmouk dan syabab JUSTnya, hanya 5-7 orang. Sungguh, sangatlah sunyi. Tapi indahnya penghujung Ramadhan di Irbid ini, langsung tak pernah sekali saya lihat di Malaysia.
Masjid-masjid tatkala inilah penuh.
Jika lambat sedikit saja datang selepas azan Isyak berkumandang, alamatnya bersedia bawak sejadah sendiri sebab anda bakal solat di lantai luar masjid atau lebih bertuah, di tangga besi sejuk tu.
Pernah pergi masjid malam ke-27 Ramadan?
Hah, anda bakal kecewa kalau datang lepas azan. Ruang langsung tiada! Masih ingat lagi saya, ketika itu dengan seorang sahabat, terpaksa berulang-alik antara dua pintu masjid yang jarak asalnya hanyalah 10meter, tetapi disebabkan penghalang, untuk berjalan dari satu pintu ke satu pintu perlu pusing jauh dari Syari' Jamiah menuju ke pintu masuk Syimali (Bab Syimali). Sebab apa? Tak mahu terlepas peluang mahu beri'tikaf semalaman di masjid. Syukur sangat ketika itu sebab tiba-tiba ada seorang mak cik menunjukkan kami 'ruang solat rahsia' bagi Muslimat di tingkat atas. (Atau sebenarnya tak rahsia pun? Saya je yang tak tahu..?)
Hanya ada gambar tempat masuk Syabab.. |
Kalau di Malaysia?
Anda lebih tahu bagaimana..
Mari sama-sama berusaha gigih mencari Lailatul Qadr seluruh warga PERMAI. Dan hatta ke malam terakhir Ramadan, teruslah mencari.
Selamat mengumpul bonus-bonus dan mata-mata ganjaran percuma dalam Sale Ramadan ini! Pastikan kita sama-sama tak melepaskan peluang keemasan ini.
Kita PERMAIans satu keluarga juga kan? Ameen. |
p/s: Mari sama-sama coretkan kisah Ramadan kita - dalam sejarah peradaban diri.
No comments:
Post a Comment
Apa Pendapat anda?