September 11, 2011

Women are Economist, Men are Doctors

Kalau ada satu subject yang saya rasa nak wajibkan semua orang untuk belajar, selain relegion, saya seriously rasa wanita patut belajar ekonomi....dan lelaki patut belajar health.

Ekonomi memerlukan orang yang menjana duit (producers), dan orang yang menggunakan duit (consumers) dan dua-dua adalah peranan kuat wanita. Kini peratus consumer terbanyak adalah wanita. Sebagai natural care giver, barang keperluan rumah 80% pembeli tetap, menurut Women & Economy, adalah wanita. DAlam market dunia juga, wanita mewakili 2 pertiga consumer percentage. Ini memberi wanita, kuasa yang luar biasa sebagai pembeli, kerana market mengharap dan bergantung terhadap apa yang wanita ingin beli! 

Artikel menarik: Women Shopping Power
                         Women in World Market

Membeli, atau nama glamournya "shopping", seperti yang saya observe, adalah satu kerja yang tidak berbayar tetapi buat mereka yang bijak shopping ia akan memberi ganjaran yang berlipat kali ganda. Wanita biasanya terpaksa memikirkan budget dan membeli dengan duit yang ada sahaja, tetapi wanita juga mempunyai keinginan yang luar biasa untuk memastikan perkara yang dibelinya memenuhi kriteria-kriteria tertentu. Kena cantik, kena nampak expensive walaupun murah, warna kena matching, etc, etc. Lihat, peranan wanita dalam menentukan 'apa' yang akan dijual dalam market.Wanita juga berperanan menjadi Quality controllers, dengan kuasa membeli mereka, barangan yang tidak berfaedah kepada mereka, tidak akan survivedalam market. 

Berani saya kata, ekonomi ini tidak akan maju jikalau tidak ada wanita. 

Wanita pada masa yang sama menjadi Accountant (money controller), dan pada masa yang sama, menjadi investor, kerana terpaksa memikirkan segala kelebihan dan keburukkan sebelum membeli, meletakkan duit, pada sesuatu.Shopping is a form of investment. Wanita yang bijak ekonomi, akan memahami perananya untuk mengawal kemasukan dan keluaran duit isi rumah, dan berkira bila nak guna duit yang diberi suami. Wanita yang pandai, jugak akan cuba sedaya upaya untuk mengelakkan pembaziran dan fokus kepada investment jangka panjang seperti membeli keperluan rumah yang selamat VS rumah yang cantik, makanan berkhasiat VS makanan yang sedap, baju yang tahan lama VS baju yang mengikut trend semasa. Bak kata figura shopaholic terkenal Rebecca Bloomwood, yang selalu bertanya "Is this a good investment?".  

Realitinya, ramai wanita jatuh pada keinginan dunia yang tidak economy-savvy langsung. Instead of menjadi berkuasa kerana membeli, wanita dikuasai pula gejala shopping ini. Ramai yang tidak memahami konsep pelaburan jangka masa panjang VS jangka masa panjang. Ramai juga yang lebih memenuhi kehendak dari keperluan. Ramai wanita juga gagal memahami keperluan takaful, menyimpan duit, dan menjana kapital. 



Mesti kalau wanita dah arif dengan ekonomi, suami-suami mereka nak bagi diorang nafkah pun,tak rasa risau sangat. Tiba-tiba wanita pulak yang bila dapat nafkah terus membuat financial budgeting, key in berapa peratus masuk simpanan, berapa peratus akan dilabur beli saham, berapa banyak yang diperlukan untuk rumah, diperlukan untuk save beli kereta, berapa peratus nak simpan untuk beli company sendiri etc, etc. Gaji 2000 ringgit pun tidak mustahil, jika di uruskan dengan baik dari awal, dalam jangka masa yang panjang, dapat memberi pelbagai manfaat. 

Kalau wanita memahami peranan mereka as quality control dalam market. Sememangnya mereka akan menggunakan kuasa mereka, dan memastikan perkara-perkara keperluan keluarganya ditingkatkan kualitinya, dikurangkan harga. Kini barang-barang seperti susu dan pampers dan keperluan kanak-kanak yang essential mendapat harga "keinginan" dan bukan harga "keperluan"...sepatutnya wanita menggunakan kelebihan mereka untuk protest apa-apa bentuk keuntungan yang tidak berpatutan terhadap barang-barang keperluan seperti ini! 

Kalau wanita patut belajar economy, lelaki memang kena belajar health. Sejak cuti sebulan, ayah saya ada jatuh sakit, dia sanggup tahan sakit sampai seminggu, sebelum dibawa ke hospital untuk menerima rawatan. Gelak saya dengan umi melihat kelagat ayah saya. Memang lelaki terkenal dengan sikap mereka yang tidak suka berjumpa doktor. 

Kalau wanita, sentiasa risau akan perubahan-perubahan yang berlaku pada badannya. Lelaki, kebanyakkannya merasakan ia tidaklah "macho" untuk risau pada sakit yang mampu dia tahan. Dalam artikel 101 Real Reasons Why Men don't go to the Doctor, memberi senarai sebab yang tidak dapat saya pahami. Mungkin kerana saya bukan lelaki. Tetapi inilah hakikatnya kan?

Jadi kalau dah tahu sikap mereka begitu, sepatutnya mereka belajar sendiri mengenai health. Tak semestinya Medic, tetapi mengenai penjagaan diri dan badan. Kini tengok gejala selepas kahwin, lelaki seolah-olah diberi kebenaran untuk mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat.Physical activity dan exercise sangatlah penting untuk lelaki. As men increase in age, they have to increase the constant exercise, ada specialist yang kata meningkat 35 tahun, physical activity should be added another 30 minutes to the normal routine.  Lelaki yang makin berusia, kalau tak jaga diri dengan betul boleh menghadapi pelbagai penyakit merbahaya. 



"As men get older, risk for heart disease increase, erectile dysfunction, and depression increase." Kata Web Md

Lelaki bertangunggjawab memberi nafkah- itu termasuk makanan dan tempat tinggal. Walaupun dia memuji 'makanan emak yang paling sedap', dia akan sedar, bahawa trend makanan Melayu sememangnya tidak dapat memenuhi kriteria makanan yang berkhasiat! Dia akan memastikan hanya makanan yang berkhasiat sahaja disajikan keluarganya. Dan dia akan menjaga pemakanan dia, dan bukan mengikut nafsu makannya. 

Barulah lelaki boleh hidup lama kan? Why women outlive men? 

Kadang-kadang menyedihkan, lelaki yang tidak mengamalkan gaya hidup sihat, sebenarnya memberi risiko kepada keluarganya untuk turut sama tidak hidup dalam gaya yang sihat. Kebanyakkan hard smokers adalah lelaki, dan second hand smokers yang paling berisiko tinggi adalah anak-anak dan isteri mereka. Lelaki yang memahami health, akan melihat kesan buruk smoking itu, dan cuba sedaya upaya untuk menjaga keluarganya dan diri sendiri dari menghadapi risiko sedemikian. 

Lelaki yang health conscious juga, akan dapat memahami keperluan wanita ketika mengandung dan berpantang. Kan best, ada mini-doctor dekat rumah? Save beribu ringgit asyik nak jumpa consultant ini dan itu. Dia akan memahami apa yang diperlukan wanita untuk menjaga hormonal imbalance-nya. 

Mental dan emotional health juga penting. Confidence kanak-kanak akan dijaga, mereka tidak akan dibiasakan dengan suasana digertak dan diugut, kerana ingin menjaga mental health mereka. Lelaki akan menerapkan nilai-nilai positive, dan aktiviti-aktiviti yang positive. Instead, of just biarkan anak-anak dia balik rumah tengok tv, dia akan peruntukkan aktiviti yang sihat untuk anak-anak dia. 

Walaupun yang saya cakap ini seperti gender bias, sebenarnya both women and men have to learn economy and health, for their own good. Women zaman sekarang pun die of heart disease akibat tak menjaga diri sendiri, men juga ada yang penjudi tegar dan tidak economy savvy. Saya sahaja nak rungkaikan relationship peranan kita yang berbeza dan sikap kita as men and women. 

In the end, kalau belajar banyak-banyak pun, yang paling penting, adalah apa yang kita buat dengan ilmu tu kan? 

*Tidak berniat menyinggung sesiapa. Ingat, ilmu berguna hanya bila diguna! 

No comments:

Post a Comment

Apa Pendapat anda?