September 28, 2011

MMJ: Your potential, Our passion


Salam ukhuwah,

Alhamdulillah sepanjang kesyukuran kita panjatkan kepada Ilahi kerana limpah nikmat dan inayahnya masih lagi kita diberi peluang untuk terus hidup menjalankan tugas kita sebagai hamba-NYA. Setelah bercuti panjang sebelum memulakan sesi pengajian baru, kami amat berharap kesemua pelajar JUST berada dalam keadaan terbaik samada dari sudut emosi, mental dan rohani untuk meneruskan pengajian yang berbaki.

Rasanya masih belum terlambat bagi MMJ untuk mengucapkan ahlan wasahlan kepada semua pelajar tahun 1 dan pelajar tahun 2 yang baru menjejakkan kaki ke bumi Jordan ini. Ingin juga kami merakamkan jutaan terima kasih kepada warga kerja SPB yang bertungkus lumus dan berkerja keras menguruskan segala hal berkaitan pelajar baru. Kami berharap dengan kedatangan pelajar baru pada sesi kali ini dapat memeriahkan lagi kehidupan masyarakat PERMAI. Kutiplah pengalaman-pengalaman berharga untuki dijadikan panduan pada hari yang mendatang. Ingatlah  5 dan 6 tahun keberadaan anda sebenarnya telah meliputi  ¼  kehidupan sebagai hamba Allah. Kami medoakan moga anda semua dipermudahkan urusan sepanjang berada disini.

Selain daripada itu, khusus kepada pelajar tahun 4 yang baru sahaja melangkah ke alam klinikal, MMJ mengucapkan semoga anda semua dapat menghadapi cabaran hari seterusnya dengan sabar. Semoga kehidupan yang penuh mencabar di alam klinikal dapat memberikan persediaan terbaik untuk menghadapi pesakit-pesakit apabila pulang ke Malaysia nanti. Tidak lupa juga, kepada pelajar tahun 2 yang dianggap sebagai tahun yang paling mencabar kepada semua pelajar JUST, MMJ ingin menasihati kepada semua pelajar tahun 2 supaya tidak mudah hilang fokus kerana itulah kunci kejayaan pelajar yang telah Berjaya sebelum ini. Anggaplah kehidupan yang anda akan lalui sebagai halangan yang perlu ditempuh untuk mendapat gelaran sebagai ‘doktor’ nanti. 

Dalam pada itu, MMJ juga dengan sukacita ingin mengucapkan selamat berjuang kepada pelajar-pelajar tahun akhir perubatan dan pergigian dalam mengharungi hari-hari terakhir mereka sebagai seorang pelajar sekaligus akan pulang dengan gelaran yang selama ini diidam-idamkan. Ingatlah kami sentiasa menyokong anda semua dari belakang.  Kami doakan semoga Allah subhana wa taala membantu anda semua dalam apa jua keadaan. Semoga kejayaan anda semua dapat memberi aspirasi kepada semua warga MMJ untuk mencipta kejayaan kelak. Semoga terus sukses! Kepada pelajar tahun akhir pra-klinikal iaitu tahun tiga MMJ mengharapkan momentum kesungguhan sepanjang tahun dua yang lepas dapat diteruskan dan tidak dilupai kepada pelajar-pelajar tahun lima, semoga anda semua bersedia menghadapi pusingan yang padat sepanjang tahun ini.

Ingin disebut disini ialah bilangan pelajar  Malaysia di JUST sudah mencecah angka 6 ratus yang merangkumi separuh populasi masyarakat Malaysia di Irbid. Diharapkan dengan jumlah yang ramai ini dapat saling berkerja sama antara satu sama lain tidak kira mahasiswa Yarmouk mahupun JUST. Semoga sinergi tahun-tahun kebelakangan ini dapat diteruskan agar kesinambungan titik pertemuan antara  pengamal perubatan dan agamawan menjadi simbol perpaduan masyarakat Malaysia di Irbid dan Jordan amnya. Permai paksi komuniti!

Semoga kita semua berada dalam rahmat-NYA.

Things were being done with the precision of clockwork;
centuries-old confusions disappeared one after the other.
All were respectful to each other and behaved in sincerity;
water of life was flowing through taps of porphyry.
Holy ones were as if on parade with faces bright with faith;
as they walked they gave strength to our hopes.

Fethullah Gulen, Broken Plectrum, The Pure Path.


MMJ 1112
“Your potential, our passion”

No comments:

Post a Comment

Apa Pendapat anda?