August 24, 2011

The art of apology

Alhamdulillah, a semester has come to the end. The exams finished but the marks has not been installed yet. There's still space for hope. Hope to have good mark.


Essentially, when we come to the end, we are not thought to forget it. Rather than that,as Muslim, we are thought to perform the best on the next tasks,aren't we?


Still you remember in Sur As-Syarh, verse 7 and 8?


So when thou art relieved, still toil (7) And strive to please thy Lord. (8)


This two verses always found me after finishing big tasks. Sometimes it comes as a motivation for me, and sometimes it comes as a message to tell me; 'Kauthar, you have done well, alhamdulillah. So this is another stone for you to step up, to do better'.


I have no doubt that every one of us is just like me. At the eleventh hour of exam, many status were posted on facebook reminding each other to keep hoping and strive to the end. Many dua' are recited signing that we are all put the biggest hope in Allah.


Then, it come to the exam and after a few moment, it was all over. The answers submitted with the greatest tawakal to Allah. We step out the exam hall, looking to each other with grin on face and feww…(relieved).


But let me remind us something that this is never end path. We finish the exams, we end the semester but the knowledge should be continuously grow up. We are going to recall the ideas of what we've learnt from past semester on the next semester, so on and so on.


So, are we already prepared for that? Do we have intention that by finishing a substantial task, we should look back to what we have done, how far we have shoot and how it could be better.


I call it the art of apology.


The art of apology has three simple steps but to perform the act is not that simple;

First, say 'I am sorry'

Second, say 'I realise I made a mistake'

And third, 'How I could make it better?'


If we have perform great on our last semester, so please say 'Yeay!' to ourselves.It was a great strive to go on through a long way distant with smooth walk in.We all believe, a semester comprised of 6 subjects at least, some come with internal lab and some come with external lab. So, each subject comes with 2 to 3 exams. Sometimes the exams come in a bunch and some come in consecutive weeks. So give reward to ourselves if the semester is well done but remember, there is still room for improvement.


If we still unsatisfied with what we have done through the semester or the come out of the semester, I recommend to apply the art of apology. Let try to imply it together.


First, say sorry to the semester on what we have done. It is a heart broken, isnt it?


Second, please realize neither victory nor failure come with no reason. So, take the responsibility that you cause the result with Allah's permission.


So now, think about how we could make the coming semester better? Make a long list on what we have done, which one is good deed and pick up wrong act. Then, make a timeline that realistic with us, put all story board together and choose which scene are we going to make an improvement…err…could you get along with me until here?



I mixed up.



Ok, it doest matter. Here in MMJ, we proudly announce that we are going keen with our goal this year; making everyone accomplish next academic year safely.


Simply, as the first step, we would like to have the survey questionnaire completed by the batch of JUST 09 and JUST 10. So, we could be more focus on our act later. The plan just need to be put on action but still, we in MMJ together with academic team from each batch would like to have a clear guideline on how we could drive the academic environment better.


So with full hope, MMJ would glad to have you fulfill this impressive questionnaire.


Your Potential, Our Passion

August 23, 2011

Kisah kita.

Sudah hampir ke 5 malam terakhir Ramadan. Masih segar lagi dalam ingatan saya tahun lalu, apabila Irbid sunyi sepi hilang penghuninya. Batch saya sendiri pada masa itu, hanya ada empat akhawat JUST, kira-kira 10 akhawat Yarmouk dan syabab JUSTnya, hanya 5-7 orang. Sungguh, sangatlah sunyi. Tapi indahnya penghujung Ramadhan di Irbid ini, langsung tak pernah sekali saya lihat di Malaysia.


Masjid-masjid tatkala inilah penuh.

Jika lambat sedikit saja datang selepas azan Isyak berkumandang, alamatnya bersedia bawak sejadah sendiri sebab anda bakal solat di lantai luar masjid atau lebih bertuah, di tangga besi sejuk tu. 


Pernah pergi masjid malam ke-27 Ramadan?

Hah, anda bakal kecewa kalau datang lepas azan. Ruang langsung tiada! Masih ingat lagi saya, ketika itu dengan seorang sahabat, terpaksa berulang-alik antara dua pintu masjid yang jarak asalnya hanyalah 10meter, tetapi disebabkan penghalang, untuk berjalan dari satu pintu ke satu pintu perlu pusing jauh dari Syari' Jamiah menuju ke pintu masuk Syimali (Bab Syimali). Sebab apa? Tak mahu terlepas peluang mahu beri'tikaf semalaman di masjid. Syukur sangat ketika itu sebab tiba-tiba ada seorang mak cik menunjukkan kami 'ruang solat rahsia' bagi Muslimat di tingkat atas. (Atau sebenarnya tak rahsia pun? Saya je yang tak tahu..?)

Hanya ada gambar tempat masuk Syabab..


Kalau di Malaysia?

Anda lebih tahu bagaimana..


Mari sama-sama berusaha gigih mencari Lailatul Qadr seluruh warga PERMAI. Dan hatta ke malam terakhir Ramadan, teruslah mencari. 

Selamat mengumpul bonus-bonus dan mata-mata ganjaran percuma dalam Sale Ramadan ini! Pastikan kita sama-sama tak melepaskan peluang keemasan ini.

Amin, amin, amin.
Kita PERMAIans satu keluarga juga kan? Ameen.


p/s: Mari sama-sama coretkan kisah Ramadan kita - dalam sejarah peradaban diri. 

August 18, 2011

Harapan Pada Mu Subur Kembali


 Perkongsian rasa jiwa seorang abdi yang hina, Moga setiap hambaMu di muka bumi ni peroleh hidayahMu dan tidak putus-putus untuk sentiasa berkhidmat kepada ummah demi mengecapi redhoMu...

August 3, 2011

Saf Perpaduan,Sinergi Kekuatan

Sewaktu menghadiri mesyuarat PERMAI minggu lalu,ada berita membuat jantung saya
sedikit mengepam laju darah ke seluruh anggota.Segala yang saya jangka begitu tersasar
jauh daripada pegangan.Seketika saya kaget.Menghitung kira kemampuan tulang 4 kerat 
untuk menerima tetamu bumi Syams yang bakal berbondong tiba.

Pulang ke rumah,saya masih duduk berteleku menghadap cermin.Melihat tubuh kecil yang 
terhasil pada cermin buat keyakinan diri sedikit retak.Lantas pelbagai soalan mundar-mandir 
pada pusat pemikiran.Adakala soalan mati tanpa ada jawapan.Terbumi mati sendiri sewaktu 
perjuangan masih belum lagi bermula.

Angka ratusan permata yang bakal menghiasi Irbid memerlukan tangan-tangan sokongan 
untuk menyambut butiran permata ini agar tiada sebutir permata pun yang tercicir jatuh 
berderai di atas tanah berdebu.Sesekali jangan!-kerana kehilangan sebutir permata 
membawa kepada kekurangan dan kecacatan pada kecantikan sesebuah persatuan.

Maka saya fikirkan dari mana harus saya pinjam tangan-tangan ini sedang saya dan 
ahli jawatan kuasa kerja hanya punyai gabungan puluhan tangan sahaja untuk menyambut 
ratusan butiran permata yang bakal menghujani tidak lama lagi?Saya persoalkan juga 
kebersamaan yang ada untuk memelihara keindahan permata dan sejauh mana 
kemampuan untuk menggilapnya?

Apabila keluar bertemu masyarakat, ada yang melahirkan kegusaran dan kebimbangan.
Melontar pendapat jernih serta bernas itu dan ini.Syukur masih punyai rakyat yang baik 
budi serta sudi berkongsi taklifat yang kami bawa.Tidak kurang yang bertanyakan tentang
ubat mujarab kepada kemelut yang semakin membarah.

Saya diam seketika.Membiarkan jari-jemari bermain dengan angin sambil otak giat 
memproses jawapan yang perlu saya berikan.Seketika kemudian saya memandang 
dengan lebar senyuman.Dan mungkin ini hanya jawapan yang tidak dapat menyumbang 
kekuatan namun sekurang-kurangnya ia merupakan kunci atau formula untuk menghasilkan 
ubat yang mujarab untuk membasmi penyakit.

-Kita begitu bimbang kerana bidalan ada menyebut ,

'semakin besar periuk semakin banyak keraknya'.

Ada yang memandang kuantiti yang banyak bakal menghasilkan seribu satu ragam 
yang pelbagai rencah.Kerak yang banyak sangat mendatangkan kerugian berbanding 
manfaat.Periuk yang besar perlukan tenaga yang cukup untuk membersihkan degilan 
hitam yang berbekas.Periuk yang besar memerlukan ruang yang luas untuk diletakkan.

-Maka seharusnya sisi kekurangan harus kita tampung dengan sisi kebaikan agar kita
meletakkan sesuatu pada tempatnya.Agar semua hak yang dituntut tertunai dengan 
bijaksananya.Pada sudut positif pula, kita perlu memandang kuantiti besar yang bakal 
kita tampung merupakan satu cabaran yang perlu kita terima dengan tangan terbuka 
tanpa ada perasaan yang negatif.

-Kuantiti besar yang bakal tiba,perlu kita raikan dengan sambutan yang terbaik sepertimana 
sambutan Ansar kepada komuniti Muhajirin yang sanggup mengorbankan harta benda hatta 
isteri tercinta.Kuantiti besar ini jua tidak harus dipandang sebagai satu kelemahan dan 
kekurangan kerana ia tanpa kita sedar dapat membina satu kekuatan ummah untuk 
menegakkan makruf menumbangkan mungkar.

-Pertambahan jumlah ini jika dihitung kira hanyalah baru tapak permulaan yang harus kita 
pelihara kedamaiannya jika hendak dibandingkan dengan persatuan pelajar luar negara di 
negara lain.Bilangan besar yang kita peroleh sepatutnya dimanfaatkan sebaik-baiknya untuk 
membentuk daya saing yang sihat dalam pelbagai bidang khususnya bidang syariah dan 
perubatan yang ada di Jordan.

-Peluang yang datang perlu kita kaut sebaiknya agar tiada permata yang tersia dan terbazir 
begitu sahaja.Mengenai tenaga,tempat dan sejauh mana keberkesanan program tidak boleh
kita ukur dengan cakap-cakap kosong dan hipotesis yang rambang.Seharusnya kita perlu 
optimis dengan kebarangkalian yang bakal terjadi.

-Apa jua cabaran yang datang sekiranya kita bersatupadu di bawah satu rumpun,nescaya 
sekalipun bah yang menimpa pasti tidak mampu merebahkan bentang pertahanan yang 
dibina.Kepelbagaian warna kehidupan yang kita peroleh merupakan satu keunikan yang 
perlu dipelihara.Sistem pentadbiran yang telah dikemas selia harus disokong oleh komuniti 
agar keberkesanannya dapat dilahirkan.

-Dan.Seharusnya kita telah memasang langkah untuk mendepani cabaran yang semakin 
dekat kerana bah tetap akan menimpa pantai sekalipun tidak pada masa ini.Cakap-cakap 
yang tidak ada solusi harus kita kurangkan dan bersama jana tenaga serta berganding bahu 
memantapkan kubu kebersamaan yang sedia terbina.

-Anjakan paradigma perlu ada dalam diri setiap individu agar lonjakan angka ahli 
mendatangkan sudut baik kepada masyarakat Malaysia terutamanya.Pemikiran negatif 
minda kelas ketiga jua perlu dikikis dan bergerak ke kelas pertama agar kita semua 
memandang cabaran sebagai satu proses pembinaan dan pemantapan.

-Dengan adanya paduan suara dan tenaga ahli yang cukup,segala permasalahan tentunya
akan terungkai.Yang berat menjadi ringan,yang susah menjadi senang,yang lemah menjadi
kuat,yang kurang menjadi lebih,yang jauh menjadi dekat.

Penyakit 'demam dan selesema' yang memudaratkan komuniti jua mampu kita tangkis
dengan 'vaksin' kuat yang telah disediakan di bawah kepimpinan presiden doktor Hidayat
Hasni.Semuanya terletak atas bahu kita sama ada mahu memikul tugasan 'jururawat' yang
diperlukan atau tidak.

Penghujung kata,angka besar ini akan kita gunakan untuk membina saf perpaduan lalu 
membentuk sinergi kekuatan.Sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang.Mohon kita 
senantiasa memanjat doa agar pertambahan ahli kita bukan satu bencana tetapi satu 
petanda bahawa akan muncul generasi yang bakal mempertahankan kedaulatan Islam 
dan tidak mustahil bakal melahirkan Al-Fateh kedua.

Di sini,hari ini.Kita harus berubah.Bersama mengatur reformasi langkah.

((إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفًّا كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوصٌ))
(Saff-4)






Pada kesempatan ini,saya ingin mengucapkan selamat 
memarakkan bulan Ramadhan Kareem dan diberkati.
Bersama memulun ganjaran pahala yang disediakan 
buat ahli Ramadhan.

Selamat datang jua diucapkan kepada sahabat-sahabat 
baru yang bakal tiba tidak lama lagi.Ahlan Wa Sahlan.




-Tautan pena oleh Hamba yang lemah-