December 29, 2011

Cerpen : Rompak dan Rawat



Ikram sedang bersiap untuk ke hospital. Malam ini, gilirannya pula yang akan menjaga bilik kecemasan.

Baru sahaja ingin memasuki keretanya, tiba-tiba dia didatangi oleh dua orang lelaki berpakaian gelap, menutup muka, menghulurkan pisau. Memaksanya untuk menyerahkan telefon bimbitnya.

Risau nyawa melayang, dia pun terus menuruti kehendak perompak itu. Bila saja Ikram menyerahkan telefon bimbitnya, kdua-dua perompak itu pun terus bergegas pergi.

Dalam kekalutan itu, Ikram terpana. Ikram cuba mengingati sebanyak mungkin cirri-ciri yang ada pada perompak itu untuk proses pengecaman nanti.

Namun, apa yang Ikram ingat hanyalah tatu pada sebelah tangan kanan dan parut pada tepi mata kiri salah sorang lelaki itu. Seorang lagi lelaki, tidak ada satu pun ciri-ciri yang sempat terlintas di ingatan Ikram.

Namun, kerana mengenangkan dia bertugas pada malam itu, dan dia tidak mahu kelewatan kerana risau tidak cukup kaki tangan kecemasan di hospital, apatah lagi pada malam minggu yang selalunya memang banyak kemalangan, Ikram terus gagah juga ke hospital tanpa pergi melaporkan kejadian ke pihak polis.

Sesampainya Ikram di hospital, dia agak lewat beberapa minit. Sewaktu itu sudah banyak kes kecemasan yang perlu diambil perhatian dan diuruskan.

“Kau ke mana? Lambat dah ni! Tidur ke? Kenapa aku call tak angkat-angkat? ” satu pertanyaan tegas oleh ketua jabatan yang turut ada bersamanya pada malam itu di bilik kecemasan tersebut.

“Maaflah tuan, saya tadi ada hal kecemasan. Telefon saya dicuri tadi,” jawab Ikram tanpa ragu-ragu.

“Dah, dah, cepat. Siap-siap, lepas tu terus masuk,” ketuanya memberi arahan jelas.

Malam itu, Ikram menguruskan kes seperti biasa. Malam minggu, memang sesak dari hari kerja.

Sehinggalah tiba-tiba datang ke pintu bilik kecemasan, satu kes yang menggamit perhatian Ikram.


“A 28 year-old male, Malay, trauma to the chest and both upper limbs, not known of HT or DM, was riding a motorcycle, had accident with a car ten minutes ago,” kata doktor yang mengiringi pesakit tersebut di atas pengusung.

“Insert central IV, need chest tube over here, suspected of tension pneumothorax,” suara-suara doktor lain yang cuba menyelamatkan lelaki itu.

Ikram tergamam seketika. Dilihatnya lelaki itu berpakaian jaket hitam, dan ada tatu di tangan kanannya, dan juga ada parut di tepi mata kirinya. Terus saja Ikram mencapai poket seluar lelaki itu, dan memang ternyata, ada telefon bimbitnya, tapi sudah remuk.

Tapi Ikram teruskan seperti biasa. Dia cuba terus merawat lelaki itu bersama doktor-doktor bertugas yang lain.


******


Di luar, hujan renyai-renyai. Lelaki yang kemalangan itu, kali ini terlantar di katil wad, merenung jauh renyai-renyai di luar jendela hospital.

“Macam mana keadaan sekarang? Semakin baik?” sapa seorang doktor yang bertugas membuat follow-up keadaan lelaki itu.

Lelaki itu hanya mengangguk perlahan, tanpa suara.

“Doktor, saya rasa menyesal sangat dengan apa yang saya buat pada malam saya kemalangan tu,” tiba-tiba lelaki itu meluahkan perasaanya.

“Yang pasal samun tu ke?” tanya doktor tersebut.

“Eh, macam mana doktor tahu?” tanya lelaki itu kehairanan.

“Dr. Ikram cerita. Dia kawan rapat saya. Dia yang rawat kamu pada malam kamu kemalangan tu. Dia ada kata nak ziarah kamu di wad ini,” jawab doktor tersebut slamba.

Bertambah berubah muka lelaki itu.

“Ha, tu pun dia datang,” kata doktor itu lagi, sambil menoleh ke pintu wad.

Ikram datang, senyum, salam dengan doktor tersebut, dan terus ke tepi katil lelaki itu.

Raut wajah lelaki itu berubah-ubah. Terkejut dan pelik, ada juga raut kekesalan dan bersalah.

“Maafkan aku, wahai doktor! Maafkan aku!” terus saja lelaki itu teriak memohon kemaafan.

“Sudah, sudah,” kalau aku tak maafkan kau, aku tak rawat kau hari tu.

“Tapi kenapa? Kenapa kau tetap juga merawat walaupun kau tahu akulah lelaki yang telah menyamun kau?” tanya lelaki itu.

“Sebab kami, doktor, diajar untuk meletakkan rahmat dahulu sebelum keadilan. Biarlah apa pun kesalahan pesakit, sejahat atau sebaik mana pun pesakit, tapi bukan tugas kami untuk menghukum siapa yang patut hidup lebih lama atau siapa yang patut mati awal. Itu semua kerja Tuhan”

Beberapa minit kemudian, Ikram beredar dengan rakan doktornya.

Sambil berjalan di lorong keluar, rakannya berbisik perlahan, bertanya, “Kau tak mahu laporkan pada polis?”

Dengan mudah Ikram menjawab, “Tak perlulah. Sudah cukup berat ujian yang dia lalui. Rakannya mati, tangannya sudah tiada. Sudah cukup itu sebagai hukuman. Lagipun, aku memang berhajat nak beli telefon bimbit lain. Samsung Galaxy Note kan baru keluar.”



December 24, 2011

AKA 2011



Anugerah Kecemerlangan Akademik atau nama popularnya AKA 2011 telah berlangsung dengan gilang gemilang di Hotel Le Meridien , Amman semalam hari Jumaat  23 Disember 2011. Lebih 70 penuntut Malaysia di seluruh universiti di Jordan telah diraikan kerana mencapai keputusan yang cemerlang dalam jurusan masing-masing.

Bersama adik-adik JUST dan Universiti Yarmouk yang cemerlang dalam akademik

Bersama Rakif Selamat yang memenangi Anugerah Keusahawanan

6 pelajar Universiti Yarmouk dalam pelbagai jurusan , 19 pelajar pergigian JUST dan 38 pelajar Perubatan JUST  telah menerima anugerah akademik. Turut menerima Anugerah Khas iaitu saudara Rakif Selamat yang menerima Anugerah Keusahawanan dan saudari Nafeesa Ayesha yang menerima Anugerah Kreatif dan Inovatif . Tahniah kita ucapkan kepada mereka.

Sungguh,  anda semua merupakan INSPIRASI dan CONTOH  buat seluruh keluarga besar PERMAI untuk sama-sama mencapai keputusan yang cemerlang dalam dunia akademik. Kita sama-sama doakan agar mereka dan kita semua akan terus mencapai kejayaan demi kejayaan untuk meletakkan umat Islam ini di tahap yang tertinggi.

Tahniah sekali lagi.

Forum yang begitu bertenaga


Melihat kejayaan mereka teringat pula pesanan pengetua saya al-marhum Ustaz Dahlan Bin Mohd Zain yang senantiasa berpesan kepada anak-anak muridnya agar kami semua belajar bersungguh-sungguh sehingga menjadi pakar.

“ Jika pakar , kita akan menjadi tempat rujuk. Islam memerlukan dan arif dalam sesuatu bidang”.

Sebelum penyampaian hadiah , telah diadakan satu forum yang menampilkan panel forum yang hebat iaitu Ustaz Syazreen , Ustaz Farid Ravi dan Ustaz Anhar Opir mengupas satu topic yang penting iaitu kalau tidak salah saya “The Final Purpose of Education”.

Ustaz Farid Ravi mengajak semua hadirin untuk bermuhasabah kembali tujuan datang ke bumi Jordan. Tujuan utama untuk menuntut ilmu untuk diri , keluarga dan masyarakat. Kita hendak cemerlang di hadapan Allah swt.  Jangan risau tentang pekerjaan yang kita akan peroleh kerana andai kita persiapkan ilmu pada hakikat sebenar maka pekerjaan itu sendiri akan datang kerna rezeki itu di tangan tuhan.

Tambah beliau lagi, BA merupakan asas yang penting untuk diperkasakan bagi membina tiang-tiang sesuatu bidang. Hidup ini suatu perjalanan yang panjang dan kita kini berhenti di satu RNR daripada beberapa RNR yang lain maka isilah dengan sebaik-baiknya sebagai persiapan untuk meneruskan perjalanan kita.

Sebelum saya tamatkan tulisan ini, saya mengajak diri saya dan seluruh keluarga PERMAI untuk kembali muhasabah tujuan kita datang ke Jordan dan betulkanlah kembali niat kita. Saya tinggalkan kepada anda 2 artikel menarik untuk dibaca dan dihadam .  

Universiti Yarmouk + JUST = PERMAI

December 22, 2011

Jom baca buku! Kempen 50/50

Bismillah dan assalamualaikum :)

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian, macam mana preparation utk exam? so far so good?^^

Saya sangat berharap semua pelajar kat Irbid sekarang tengah struggle-berhempas pulas-bersemangat waja, menyiapkan diri untuk final exam yang tak lama dah lagi. Masa-masa senggang yang masih berbaki ini, semoga kita gunakan ia sebaiknya.

Biasalah manusia, suka nak menyesal bila dah kehilangan sesuatu. Sekarang berfoya-foya dgn masa kosong yang ada. "Biarlah dulu, takyah study lagi, lagi 2 minggu tuu..". Jangan macam ni, nanti menyesal lepas dah dapat keputusan siapa yang rugi? DIRI SENDIRI jugak kan?

Macam sahabat saya cakap: "Sikap tangguh-tangguh sebenarnya adalah kegembiraan yang palsu.Lagi kita bertangguh,lagi rasa bersalah dan berat dengan amanah itu. Kerana sebenarnya, kita lebih bahagia dan lega setelah kita dapat kata pada diri sendiri, YESSS dah siap satu kerja!"

Jadinya, jom sama-sama, studi mulai sekarang! Jangan bertangguh-tangguh. Mesti ada target dan strategi. Cth: hari ini kena habiskan 25 m/s madah sekian, 25 m/s madah sekian sekian. Adab dengan doktor juga perlu dijaga dan jangan sekali-sekali lupa. Berkat itu sangat penting.

Semoga usaha keras kita yang sedikit ini, Allah gantikan dengan nikmat yang lebih baik kelak. Tetapi, sebelum itu, suka saya untuk mengajak kita semua fikir kembali kenapa perlu cemerlang dalam exam? Ini sahajakah kayu ukur yang menunjukkan kita ini mahasiswa cemerlang? Sedangkan islam tidak pernah mengajar kita untuk belajar kerana exam.

"Belajar semestinya kerana Allah dan kita hanya mahu belajar kerana lebih mahu faham islam. Namun, exam merupakan pengukur kefahaman terhadap apa yang kita pelajari. Sungguhpun bukan pengukur yang terbaik, namun adakah seseorang yang faham apa yang dipelajarinya akan memperoleh markah 'cukup2 makan'? Sudah pasti tidak bukan? Belajar bersungguh-sungguh utk faham islam dan menjadikan kita lebih dekat dgn Allah s.w.t"
- adnin bt ibrahim-

"Pertama, betulkan niat. Belajar kerana apa? Imtihan hanya satu pendorong utk kita belajar. Perlu untuk cemerlang kerana kita akan jadi rujukan di Malaysia nanti, masyarakat perlukan orang yg boleh membantu dari sudut kehidupan beragama, kena faqih dengan ilmu dan bidang masing-masing, baru masyarakat terima apa yang kita bawa"
-nabilah huda bt zaim-

Semoga kita semua dapat capai kejayaan dan kecemerlangan yang diidam-idamkan. Saya dengan ini ingin menyeru diri saya dan sahabat-sahabat PERMAI sekalian, JOM STUDY! KEMPEN 50/50. Kalau peperiksaan pertama dan kedua 'ke laut', kali ini, untuk peperiksaan terakhir semester ini, jom target 50/50!



Ini semua tidak mustahil kalau anda mulakannya sekarang. yalla nabda' ! :D

Sedikit tip:http://http://www.productivemuslim.com/5-productive-qualities-for-effective-studying/#utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+ProductiveMuslim+(ProductiveMuslim.com+—+Towards+a+Productive+Ummah!)

Kata-kata Dr Aidh al-Qarni: "Have strong faith that nothing is impossible in life". Boleh cek al-quran (22:78). Selamat beramal. :)

Hidup dengan Sempadan

Analogi Yang Diberi: Bayangkan ada dua ekor ikan dalam satu balang kaca berair. Ikan pertama berkata pada ikan kedua anda boleh pergi kemana-mana sahaja dalam balang kaca ini, tetapi sempadannya adalah balang kaca ini. Ikan yang kedua merasa tidak puas hati, dia menginginkan dunia tanpa sempadan. Jesteru dia membuat helah, agar balang kaca itu retak, dan akhirnya pecahlah balang kaca tersebut. 

Tanpa dia sedar, dunia di luar tanpa balang kaca 'sempadannya' adalah dunia yang tidak menggembirakannya tetapi membunuhnya. 

(Carilah ikan dalam balang ini sampai jumpa *evil laugh*)

Persoalan dalam hidup realiti: Pilihan yang pelbagai dan hidup bebas- tanpa sempadan. Lebih bahagia atau lebih sengsara?

Saya tergerak menonton sebuah video TED (sharing idea conference) yang diberikan oleh Barry Schwartz, video tuh dah lama dah (upload tahun 2007) jadi mungkin ada yang tahu sudah dan membaca buku-bukunya: The Cost of Living: How Market freedom Erodes the Best things in Life, Paradox of Choice dan banyak lagi buku-buku menarik (sila klik). 

Sebagai pelajar yang menuntut dalam bidang Ekonomi, bidang yang saya ambil, berbicara banyak mengenai PILIHAN yang manusia nak ambil (demand) dan PILIHAN yang manusia ingin beri (supply). Antara yang mungkin banyak dibincangkan adalah market yang berubah-ubah kerana faktor-faktor tertenut yang memberi kesan terhadap supply dan demand. Market yang bebas tanpa sekatan mana-mana pihak (i.e. the capitalist market) dan dunia yang hidup dengan kebebasan mutlak untuk membuat segala pilihan (i.e. kehidupan yang dituntut dan dihebohkan di Amerika Syarikat). 

Dalam teori capitalist, antara positifnya market yang bebas tanpa sempadan ini: adanya competition, efficiency, innovation, creation, dan kesungguhan untuk mendapatkan maximum quality dan maximum profit (i.e akan memaksa market untuk cuba sedaya upaya mengurangkan pembaziran dan meng'optimum'kan usaha untuk berjaya). 

Tetapi, dalam teori Barry Schwartz ini katanya...pilihan yang terlampau banyak akan menyebabkan dua perkara yang negatif berlaku: 

1) Kerana terlalu banyak sangat pilihan, manusia akan menangguh untuk membuat keputusan- dan akhirnya tidak dapat membuat keputusan ataupun masa yang diambil untuk membuat keputusan terlalu lama. 

Contoh yang mudah: Anda pergi shopping, perasan tak ada hampir 10-20 jenis cokolat yang berbeza jenama? Kadang-kadang anda sudah tahu apa yang anda mahukan dan terus mengambilnya. Tetapi cuba kalau anda tidak tahu, dan anda cuba membuat keputusan. Anda akan belek setiap satu cokolat itu...dan anda akan mengambil masa yang lama untuk membuat pilihan. Kadang-kadang, lepas dah belek punya belek, tak jadi pulak nak beli. 

Kenapa? 

Ini adalah kerana, dengan banyak sangat pilihan, secara psychology anda akan merasakan beban untuk membuat keputusan itu menjadi lebih besar. Kerana takut untuk kecewa setelah membeli...kalau anda pilih satu cokolat, opportunity cost/ kos lepas (kos yang kita tinggalkan untuk dapat benda lain) anda adalah terlalu besar, iaitu 19. 

Bayangkan dalam kehidupan kita, dimana kita diberi terlalu banyak pilihan-untuk study misalnya. Ada bidang perubatan, ada bidang dentistry, ada macam-macam bidang. Akhirnya, banyak dari kita memindahkan tanggungjawab untuk memilih itu kepada orang lain: biasanya kepada ibu bapa kita. Sebab utama, of course, kita nak redha mak ayah...sebab yang kedua- kita juga takut untuk menyesal dalam membuat pilihan, dengan banyak sangat kos lepas yang ada. 

Saya juga terfikir kalau teori ini diaplikasi kepada kepercayaan kita. Allah swt Maha Mengetahui Makhluknya....dia selalu memberi kepada kita sedikit sahaja pilihan kepada kita: Nak menjadi hambaNya, atau mensyirikkannya? Nak bertambah dekat padaNya..atau bertambah jauh? Inginkan syurga atau neraka? 

Dengan pemilihan yang mudah ini, psychology kita berbicara- kalau saya pilih syurga, kos lepasnya adalah neraka. Mudah bukan? Untuk buat keputusan pun kita tidak ragu-ragu. Malah bertambah yakin dan tidak akan menyesal dengan keputusan kita. (Unless ada yang rasa seperti nak jugak lepaskan syurga??) 

(In winter I tell you this is bad for you)


2) Kerana pilihan/ kebebasan tanpa sempadan ini...expectation kita terhadap benda tersebut meningkat. Dan kita TIDAK akan merasa gembira. 

Apabila terlampau banyak pilihan dalam market jual beli, sebagai pembeli, kita meletakkan harapan tinggi supaya barang-barang tersebut adalah sangat hebat. 

Pada zaman dulu-dulu, semasa telephone hanya ada dua tiga jenis, semua merasakan lebih bahagia dengan pilihan yang mereka lakukan, kerana expectation mereka pada kadar yang rendah. Ini sahaja yang ada...takpe, bersyukurlah.

Pada zaman sekarang, handphone banyak sangat pilihan... pernah tak anda terdengar kawan anda cakap, "Ala, ingat best sangat handphone nih....mesti ni lagi best...nak tukar, mesti tuh lagi best." 

Dengan terlalu banyak pilihan dalam market- kita meletakkan harapan tinggi untuk mendapatkan sesuatu. kita susah untuk puas hati. Untuk rasa bersyukur. Walhal, kunci kepada kebahagiaan adalah: feeling content- merasakan apa yang ada sudah memadai, rasa BERSYUKUR. 

Daripada point ini, saya dapat simpulkan bahawa, Allah swt sememangnya telah beri kepada manusia kunci untuk bahagia di dunia dan di akhirat. Iaitu- hidup bersederhana dan bersyukur dengan apa yang ada. Orang yang miskin pun kadang-kadang boleh bahagia, kenapa? Kerana dirinya merasa syukur dengan apa yang ada. Kenapa orang yang kaya tidak bahagia? Kerana dia sentiasa membeli dan membeli, bertukar jenama...tetapi tidak berasa puas hati atau bersyukur dengan apa yang dia ada. 

Nampak kan? 

Jadi apa yang kita perlu lakukan sekarang? suruh orang kurangkan pengeluaran? Dalam market economy Islam pun, pengeluaran adalah bebas, Islam menghalalkan free market--tetapi free market dengan sempadan yang Islam gariskan- asalkan tiada riba, tidak ada unsur-unsur tipu atau menzalimi dan sebagainya...

Islam juga memberi freedom of choice- tetapi dengan sempadan yang sewajarnya: iaitu tidak membazir, untuk keperluan, bukan untuk tujuan yang tidak baik dan sebagainya. 

Lihat, kita bebas, sebagai orang Islam kita bebas--bebas dengan sempadan. Sempadan bukan untuk menyekat, tetapi untuk menjamin kebahagiaan dan keperluan kita juga di dunia dan di akhirat. 

Seperti ikan dalam balang kaca. Boleh pergi mana-mana sahaja asalkan dalam balang kaca tersebut. 

Kata Barry Shcwartz, tidak kah kita lebih bahagia apabila pilihan yang 'terlalu' banyak ini dipindahkan kepada orang-orang di negara yang tidak ada pilihan sangat...contohnya, negara-negara miskin dan sebagainya? 

Maksudnya, kita memberi INCOME distribution (pengagihan pendapatan) yang lebih adil kepada yang memerlukan. Salah satu cara ekonomi Islam ingin mencapai hadaf ini? Melalui zakat dan sedeqah...

Seperti yang kita semua tahu, wall street sekarang dalam keadaan bahaya dengan jatuhnya ekonomi Amerika Syarikat. Protest 99 percent, adalah simbol kepada ketidak puasan kelas pertengahan terhadap layanan dan sikap 'pemenang' kapitalist yang tidak membantu mereka, tetapi meninggalkan mereka dengan beban, hutang dan tanpa pekerjaan dan pendapatan. 'Kebebasan' yang mereka amalkan untuk menipu, monoploy, mengaut untung yang terbanyak samil menindas dan menzalami orang lain. 

Secara idealistiknya, sememangnya Islam adalah jalan yang terbaik untuk manusia, tinggal kita sahaja untuk membuktikannya (mengumpul semangat belajar untuk FINAl EXAM).b

Kehidupan yang pada dasarnya "bebas" mengikut pandangan manusia, terbukti tidak membahagiakan. 

Minta maaflah kalau saya menerangkan video ini dengan kurang baik dan secara umum sahaja. Saja seronok berkongsi, boleh tengok dan kongsi dengan saya pendapat anda sekali: 




Bacalah untuk tambah ilmu! 
Occupy Wall Street (what wiki says)