July 30, 2011

Ha,lari ke mana tu?

Murakib On Call
"assalamualaikum,sharina,tlg mintakkan murakib boleh?"
"waalaikummussalam, dari mana ke mana?nak pukul berapa?"
Dialog biasa antara akhawat dan timbalan ketua polis irbid masa kini,sharina sahak.

Kemudian,
"assalamualaikum,ulya,sori kacau malam2. ada akhawat nak mintak murakib."
"waalaikummussalam,sharina,takpe je,dah tugas ulya.akhawat tu nak berapa org murakib?dari mana ke mana?pukul berapa?"
Dialog biasa antara ulya dan sharina,ketua polis irbid masa kini.

*Dialog rekaan semata-mata*

Pa dia murakib??
Dahulu,sebelum datang ke jordan,saya tak pernah terfikir,bahawa saya akan memerlukan beberapa orang lelaki melayu,untuk mengawasi saya dan rakan-rakan untuk bergerak ke mana-mana pada waktu malam.

Sebab dahulu,saya juga tidak pernah terfikir,bahawa akan ada orang2 yang berniat jahat ke atas orang lain terutamanya perempuan!

Cetusan dalam hati
Satu malam,saya berjalan menuruti langkah seorang murakib di hadapan saya.
Sambil tunduk dan melihat ke arah langkah kaki sendiri,dalam hati saya sungguh-sungguh,terbit satu rasa.

Kagum,dan bersyukur.
Adanya syabab-syabab yang sanggup meluangkan masa,dan tenaga untuk menjadi murakib,walaupun sudah lewat malam.

Dalam hati,
Senyap-senyap saya berdoa,untuk murakib kami pada malam itu, semoga Allah menjaga dan mengawasi ibu,kakak atau adik perempuannya,lebih dari usaha dia untuk menjaga keselamatan kami.
Dalam hati,
Senyap-senyap saya berdoa,untuk murakib kami pada malam itu,semoga Allah kurniakan dia keberkatan masa,lebih dari masa yang telah dia luangkan dalam usahanya memurakibkan kami.
Dalam hati,
Senyap-senyap saya berdoa,untuk murakib kami pada malam itu,semoga Allah memasukkan dia ke dalam syurga kelak,dengan sedikit keihklasan nya dalam niatnya mengawasi perjalanan kami.

Dan pelbagai lagi doa-doa lain yang tidak perlu diceritakan,dalam hati saya.
Ameen,untuk doa saya pada malam itu.
Dan ameen,untuk doa-doa akhawat lain yang saya yakin,juga banyak telah mendoakan kebaikan untuk para murakib sekalian.Ameen.

Realiti tidak seindah fantasi
"Sesi ini,Allah uji kita dengan pelbagai masalah yang tiada pada sesi-sesi sebelumnya. Kita diuji dengan masalah keselamatan.Allah bagi kita pelbagai masalah yang kita tak pernah sangka!"
Petikan dari ucapan pembubaran oleh Mantan presiden PERMAI 2010/2011.

Keadaan kita tidak setenang dan seaman dahulu. Baru beberapa minggu kami bergelar pimpinan PERMAI,sudah banyak kes-kes yang dilaporkan,apatah lagi yang tidak dilaporkan oleh ahli PERMAI.

Ramadhan berkunjung!
Ramadhan,sinonim bagi pelajar irbid dengan murakib.Mengapa?kerana setiap kali lepas solat terawih,kami akan menunggu di perkarangan masjid,untuk menunggu pembahagian murakib mengikut kawasan.

Oleh itu,saya dengan tulus ikhlas nya menyeru kepada semua akhawat untuk mematuhi sistem murakib yang akan dijalankan pada bulan Ramadhan nnt.Kalian adalah adik beradik saya,dan oleh kerana itu,pastilah seorang kakak,inginkan adiknya selamat.Pastilah seorang adik,inginkan kakaknya selamat! =)

Dan saya juga dengan rasa rendah diri, meminta jasa baik syabab2 sekalian untuk meluangkan sedikit masa dan tenaga untuk memurakibkan kami. Moga nama kalian tercatat sebagai penghuni syurga Allah dengan keihklasan kalian.insyaALLAH =)

Akhawat sekalian,
Jangan ada yang melarikan diri ye!

Wassalam.

July 26, 2011

Manusia PERMAI yang hebat

Saya mulakan tulisan ini pada lewat 2.47 pagi. Pagi-pagi yang sayu begini, mengingatkan saya kepada banyak kenangan.

Sejak beberapa minggu yang lalu, sejujurnya saya berasa sayu. Senior-senior Irbid yang hebat-hebat pergi seorang demi seorang. Sayu kerana terpaksa berpisah dengan mereka. Sayu lagi hati ini bila mengenangkan amanah yang mereka tinggalkan untuk kita yang masih di sini. Bila renung balik diri, rasa nak menitis air mata, mampukah aku jadi sehebat mereka? Layakkah nak menggantikan dan meneruskan legasi dan menyuburkan lagi benih-benih harmoni yang mereka sudah tanam dahulu?

Saya sungguh terkesan sebenarnya dengan pemergian mereka. Mungkinlah, riak muka tak sangat nampak. Tak macholah lelaki muka sedih-sedih kan?

Abang Aizat pernah bagitahu, "Korang ni akan jadi lagi hebat. Sebab cabaran korang lagi besar." Bila dengar tu, hanya Allah je yang tahu betapalah rasa hinanya diri ni.

Abang Imran pula pernah bagitahu, "Kita ni, sebenarnya, di mana kita letak akhirat kat mata kita?"

Entahlah, terdiam saya. Tapi dua-dua ni saya tak sempat nak jumpa buat kali terakhir sebelum mereka berangkat ke lapangan terbang. Mungkin Allah nak susun, supaya jumpa lagi lepas ni.

Itu mereka yang dah pergi. Tapi yang masih di sini, masih ramai lagi yang sudi memberi, sanggup berbakti.

Saya cukup rasa kagum dengan ahli-ahli PERMAI yang sanggup terima kerja untuk Program Sambutan Pelajar Baru. Ada yang dari kalangan senior tahun akhir, ada yang dah banyak kali kerja, ada yang pertama kali, tapi tetap sudi jadi skuad tabah.

Saya cuba bayangkan diri saya menjadi ahli biasa. Entah-entah, belum tentu lagi saya sanggup terima jadi AJK, sanggup sambut adik-adik, sanggup korbankan cuti dan duit. Entah-entah, saya yang mula-mula cabut dulu balik Malaysia.

Jauh di sudut hati saya, tidak ada perkataan yang mampu saya ungkapkan untuk menggambarkan betapa saya bersyukur ada manusia-manusia hebat sebegini.

Malu, kadang-kadang saya berasa malu, kerana orang yang tiada jawatan atau pangkat tinggi, tapi boleh menyumbang dan memberi lebih banyak kepada masyarakat, boleh berbakti dan telah terbukti, lebih hebat daripada saya yang ada jawatan ini.

Sebab apa saya kata begitu?

Kerana, mereka menyumbang kerana mereka memilih untuk menyumbang, sedangkan saya menyumbang, kerana saya telah terpilih untuk menyumbang. Ini kewajipan saya, sedangkan itu pilihan mereka.

Hanya Allah sahaja yang dapat membalas segala jasa bakti dan mencurahkan rahmat kepada semua manusia hebat yang pernah memberi, dari dahulu sehingga sekarang, demi untuk menjadikan masyarakat PERMAI ini lebih baik.

July 23, 2011

Puas dengan apa?

Nak markah tinggi sokmo!

Minggu lalu,saya pergi memperdengarkan hafazan quran kepada sheikhah saya, sheikhah umaimah. Tidak jauh rumahnya,berdekatan dengan zam-zam. Tetapi,minggu itu kelas tasmi3 kami dibuat di rumah jirannya,kerana di rumah sheikhah ada kerja-kerja membaikpulih sedang dilakukan.

Sudah berbulan-bulan saya bertangguh dengan sheikhah untuk bertemu dan mengambil ujian hafazan dengan sheikhah kabirah (sheikhah besar,iaitu sheikhah kepada sheikhah umaimah) kerana setiap kali kami habis beberapa juzu', hafazan kami sepatutnya diuji.
Saya bukan tidak mahu,tapi......

Hari itu,
Setelah berbincang santai dan gelak ketawa dengan sheikhah,beliau menawarkan agar saya mengambil ujian hafazan dengannya. Kerana melihat betapa 'liatnya' saya untuk pergi mengambil ujian dengan sheikhah kabirah.

"Nak tak ambil ujian dengan saya?Saya lagi syadid!" Kata sheikhah.

Saya sambut dengan gelak ketawa dan senyum berfikir-fikir.Mata saya melirik kepada sehelai kertas di atas meja,tertulis di atasnya catatan markah ujian hafazan seorang adik tahun 1 yarmouk, yang cukup saya kagumi. Dia seorang hafizah, lama dahulu di sekolah Maahad Tahfiz Sains.

"Markah ni lulus ke tak?"Saya bertanya pada sheikhah dengan tersengih, merujuk kepada markah adik itu.

"Lulus,lebih dari separuh dikira lulus.Tapi,Allah tak tengok semua tu. Lulus ke tak ke,yang penting ganjaran yang awak dapat di akhirat. Yang penting awak dah usahakan yang TERBAIK, tak payah tengok berapa markah,tapi ganjaran Allah yang lebih besar. Kan seronok kalau bila awak bergelar hafizah nanti,dengan ingatan pada hafazan quran yang mantap?Tak payah tengok markah.soh?(betul?)"Sheikhah menembak berdas-das nasihat.

Saya hanya mampu tersenyum dan menjawab "soh!..(betul!...)"

Natijah tidak selalunya menjadi terjemahan yang tepat!

Kadang kala,tidak dinafikan kerana adanya Sunnatullah iaitu ketetapan Allah di muka bumi dan dengan sifat Allah yang maha adil,maka sifir usaha kuat=berjaya.
Namun,menyorot kembali kepada pengalaman yang kita semua lalui,tidak semua perkara menurut apa yang dikehendaki,tidak semua perkara yang telah kita usahakan,kita tersenyum dengan kejayaan di akhirnya.

"Abis tu kenapa?"

Sebenarnya,ada pelbagai lagi gabungan sifir-sifir dalam kehidupan manusia yang disusun Maha Pencipta.

1.Hikmah
Betapa banyaknya kisah-kisah yang kita lalui satu masa dahulu,menjadikan kita adalah "kita" pada hari ini?Pernahkah kita berfikir,bagaimanakah agaknya kita sekarang,jika tidak melalui kisah hidup kita yang dahulu?
Manusia memang tergopoh-gapah,inginkan natijah yang indah-indah.Bagus. Tetapi,ada banyak perkara lain dan ruang-ruang nikmat selain dari natijah,di mana Allah mampu membuka seluas-luasnya untuk kita,jika kita telah berusaha.

2.Doa
Sudah puas berusaha?Doa bagaimana?Perkara-perkara beginilah yang kita sering terlepas pandang.'Doa itu senjata mukmin'!

3.Tawakkal
"Apabila kamu telah berusaha,maka bertawakkallah pada Allah.." Ali-Imran:159

4.Pertolongan Allah
"Jika Allah menolong kamu,maka tidak ada yang dapat mengalahkanmu, tetapi jika Allah membiarkanmu,maka siapa yang dapat menolongmu setelah itu?Kerana itu,hendaklah kepada Allah sahaja orang-orang mukmin bertawakkal" Ali-Imran :160

Bestkan ayat ni?
Pernah tak kita,masuk dalam dewan peperiksaan,dengan persediaan yang cincai atau hampeh?

Tiba-tiba keputusan peperiksaan kita,tidaklah seteruk mana yang disangka,dan malahan,lebih baik dari kawan sebelah yang study siang malam?
Haa..ini kes apa? Rujuk balik ayat quran di atas!

5. Sifir-sifir lain.
Terlalu banyak untuk dilistkan perkara-perkara lain yang patut di tanamkan dalam pemikiran kita,selain dari sibuk mengejar natijah yang hebat-hebat.
Antaranya?

Keberkatan yang lebih penting dari segalanya, sifat redha dan sabar yang amat perlu di saat kita diuji, dan ganjaran Allah yang tidak ternilai,lebih besar dari natijah dunia yang tidak seberapa.
Semua sifir-sifir ini penting untuk mukmin!.

Rasulullah saw bersabda, “Aku sangat kagum dengan urusan orang mukmin. Sesungguhnya semua urusannya baik, dan tidak ada kondisi seperti itu kecuali pada seorang mukmin. Apabila ia diuji dengan kesenangan, ia bersyukur. Dan apabila ia diuji dengan kesempitan, ia bersabar.” (HR Muslim)

Ayooo!Abis tu lepas ni takyah lah penat-penat usaha?

Siapa kata begitu?Bukan begitu.
Usaha masih perlu,tetapi dalam proses usaha itu sendiri,kita perlu sering bertanya sejauh mana kita berdoa,bertawakkal,sejauh mana keberkatan dalam usaha kita?

Dan kelak,
Apabila mendapat natijah,jika kita berjaya,kita bersyukur!
Tetapi jika kita gagal,kita bersabar dan redha!Pasti terselit sejuta hikmah di sebalik kegagalan itu.Satu masa nanti,pasti kita akan mengenang kembali kegagalan ini dengan satu senyuman,insyaALLAH.

Jadi,teruskan berusaha!

Selamat Menempuh Fasa Peperiksaan yang tidak ada fullstop untuk semua ahli keluarga PERMAI!

Ketepatan Masa: Masalah besar PERMAI?

Semalam ada seorang kawan minta saya menulis. Katanya masalah utama bebudak PERMAI. Katanya, dulu dia tak hadapi masalah ni. Sampai kat Irbid terus 'terjangkit'. Haih. Parah! Dan saya, personally, sangaaaaat bersetuju. Ini memang kena diubati, kalau tak boleh melarat, terbawak-bawak sampai ke tua. Tapi saya pasti, tiba masa mati, masalah ni akan hilang. Sebab Malaikat Maut tak pernah, tidak MENEPATI MASA.

Kalau ikutkan dalam dasar PERMAI sesi ini ada aspek Mentaliti > Pengurusan Masa yang Betul. Yang mana secara khususnya, menekankan kepentingan masa, pengurusan masa dan ketepatan masa. Sebab apa kami letakkan ini sebagai dasar ahli, dasar yang perlu dijadikan target setiap individu dalam PERMAI? Mesti bukan saja-saja. Kami sedar ini isu besar, masalah besar.
Risau lagi merisaukan.
Bukan ahli PERMAI je bermasalah sebenarnya. Saya lagi lah! Kalau kata jumpa pukul 11 pagi, pukul 10.45 baru nak bersiap-siap. Mana tak lambat! Memang loser lah bab ni. 

Yang buat saya lagi rasa loser, kita orang Islam bersuara tentang perjuangan sana sini, pom pang itu ini, tapi sekecil-kecil perkara seperti ketepatan masa masih di tahap memalukan. Langsung tak mencerminkan Islam yang sentiasa menekankan kepentingan masa. 

Kita selalu rasa orang Barat pandang rendah pada kita, orang Islam. Tapi hakikatnya, kita yang telah meletakkan diri kita di tempat yang rendah dengan moraliti dan etika yang kita tonjolkan hari ini. Teringat saya semasa kunjungan saya dan keluarga ke kota London pada November lalu. Bila ditulis pada tiket bas akan bertolak jam 7 pagi, maka pada jam 6.50 pagi lagi driver bus dah berada di tempat duduk pemandu.


Apa perlu saya buat untuk memperbaik diri?

Saya cuba (dah berapa lama daaaa) buat jadual harian, susun aktiviti setiap hari. Walaupun tak bertulis (sebab malas), tapi cuba set dalam fikiran. Dan cuba bertegas dengan diri sendiri, even kadang-kadang tak berjaya.. (Err, tapi saya usaha gigih jugaklah untuk berdisiplin.) Justeru, saya akui, anda lebih tahu bagaimana hendak mengurus masa berbanding saya. Anda lebih berdisiplin!

Selain tu, kami AMT dah tekankan seawal mesyuarat kedua- Mesyuarat AMT tak boleh lambat dah lepas ni!! Jadi, kami pimpinan akan mulakan. Dan kita tengok, berjaya tak kami istiqamah =)


Kita dah datang awal, orang lain pulak lambat?


Penat tau tunggu!

Pertama, bawak bersabar. Kalau perlu telefon dan bertanya, terus lakukan. Jangan biarkan kita terus dengan andaian dan prasangka bukan-bukan. Sambil-sambil tu, urge la orang tu. Soalan seperti "Lambat lagi ke nak sampai?", "Kata pukul 11.." dan sebagainya bolehlah dijadikan modal mendesak.

Kedua, jika orang tu sengaja nak 'uji kesabaran' kita, nyatakan pada dia (kalau malu atau takut nak cakap berdepan, SMS ada, FB pun ada), bahawa kita lebih suka kalau dia datang awal berserta alasan-alasan kita. Juga fahamkan dia, bahawa dengan kelambatan dia, dia telah menyusahkan kita.

Ketiga, kita perlu terus datang awal dan tepati masa. Bila orang dah biasa tengok atau tahu yang kita ni jenis on-time, sah-sah lah lepas tu dia akan cuba ikut flow kita. 

Selamat mencuba!

Program mula lambat..

Program PERMAI lagi-lagi?

"Alamak! Penat datang awal, tak start pon lagi.." Biasa dengar kan? Bukan keluar daripada mulut kawan, tapi mulut kita. 

Awalnya, tahniahhhh! Anda berjaya datang awal =)

Kedua, cuba tengok sekeliling, kalau-kalau ada AJK program. Nampak je orang yang bernametag tu, terus amalkan 2T-Tegur dan Tanya. Tegur sopan-sopan dan tanya elok-elok, kenapa masih belum mula dan sebagainya. Lebih bagus, anda pula yang tawarkan khidmat untuk membantu. Pasti segan hummu dengan enta! 

Kita faham kan keadaan dan pengurusan masyarakat Arab di Jordan? Mungkin lepas ni ada yang boleh terjemahkan ini dan beri kepada mereka? =)

Dan kalau AJK yang lambat, silalah komen dan nyatakan dalam borang muhasabah program. Atau nyatakan secara lisan kepada individu yang anda rasakan perlu ditegur. Bukan nak jatuhkan air muka atau apa, kita sama-sama nak maju kan? Jom mulakan sesama mahasiswa Irbid, yosh! Kalau masa tu AMT yang silap, tegur tegur tegurlah kami dengan cara yang sopan dan berhikmah.

Marilah kita sama-sama membaiki diri dari aspek ini. Malah, ketepatan masa ini juga sangat penting untuk kita selaku pelajar. Kelak juga, selaku doktor-doktor dan agamawan-agamawan yang disegani masyarakat.

p/s: Thanks kepada yang bagi cadangan tulis ini. Ana bangga dengan enti, sebab enti CAKNA akan masyarakat. Enti dah buktikan, bahawa enti adalah mahasiswi cakna. Bukan mahasiswi pasif yang hanya berorientasikan buku dan dewan kuliah. Pembaca lain, anda bagaimana?