Belum lagi saya reda sedih dengan pemergian sahabat saya ke Malaysia, tiba-tiba sahaja saya dikejutkan dengan berita pemergian Abu Usamah ke rahmatullah.
Teringat sewaktu perjumpaan terakhir dengan beliau :
"Tidak ada apa yang penting pada harta, yang lebih penting ialah amal soleh"
Sebenarnya perpisahan itu sudah pasti. Sama ada kita yang pergi, atau orang di sekeliling kita. Persoalannya bukan bila, tapi adakah kita cukup bersedia?
Jadi apa yang kita tinggalkan untuk manusia lain bila kita sudah tiada?
Kadang-kadang, mungkin hanya seukir senyuman, akan diingati sampai bila-bila. Boleh jadi hanya dengan senyuman, akan memberi ketenangan hati pada yang melihatnya, juga boleh jadi tangisan bila dikenang semula ketika yang tersenyum itu sudah tiada.
Itu mungkin kesan senyuman. Senyuman itu boleh jadi manfaat. Apatah lagi kalau lebih dari senyuman yang kita berikan pada manusia. Pastinya akan lebih bermanfaat.
Untuk pengetahuan, setiap pagi, pelajar klinikal (terutama tahun 4) perlulah memilih kes dari mana-mana pesakit dan mendapatkan maklumat daripadanya, malah perlu juga memeriksa secara am sakitnya itu untuk dibentangkan kepada doktor.
Setiap pagi.
Jadi, secara amnya, setiap pagi, apa yang ada dalam fikiran saya, kena ambil kes. Hari ni, kena ambil kes, yang penting, aku dapat bentang kes dengan terbaik depan doktor nanti, dan aku dapat menggarap kemahiran dan pengetahuan aku.
Ya. Yang penting, dapat bentang dengan baik depan doktor, dapat garap kemahiran aku, dapat tambah pengetahuan aku. Ya. Semuanya aku. Akuisme.
Cumanya, kadang-kadang saya terlupa, saya ni nak merawat penyakit, atau merawat pesakit?
Kadang-kadang saya terlupa, pesakit itu manusia. Yang punya banyak masalah di belakangnya.
Orang yang sedang terlantar di hospital, sakit kemalangan, boleh jadi keluarganya meninggal, tidak ada tempat pergantungan selepas keluar dari hospital, tak tahu bagaimana nak membayar pengajian, mungkin juga masa depannya sudah gelap kerana anggota yang tidak sempurna, dan boleh jadi 1001 masalah lagi yang difikirkannya, tapi kita datang, yang kita tahu nak ambil maklumat kes, untuk kita.
Hakikatnya, kita sebagai doktor, biarpun kita tak dapat nak selesaikan kesemua masalahnya, tapi biarlah kehadiran kita, menjadi penyeri kepada pesakit, biarpun sementara.
Kita sebagai doktor, biarpun kita tak dapat nak selesaikan kesemua masalahnya, tapi biarlah kehadiran kita menjadi penawar duka, dek kemesraan kita.
Kita sebagai doktor, biarlah kita fikir pesakit dulu, baru diri kita.
Kita sebagai doktor, punya tanggungjawab besar, untuk menjadikan kehidupan insan lain lebih baik.
Maka jadilah doktor yang bermanfaat, untuk semua manusia.
October 28, 2011
October 27, 2011
Kalau Kita Cinta
Posted by
Hattarazian
Selak-selak post lama,terjumpa ini.Rasa mahu kongsi semula.Buat hisab amalan sehari.
:)
Kita selalu kata kita cinta Allah.
Siang dan malam kita,hidup dan mati kita,
bangun dan tidur kita,semuanya untuk Dia.
Itu yang sering kita kata.Itu janji manis yang sering kita guna.
Tetapi.Kalau cinta mengapa kita selalu buat jahat?
Perkara yang Dia larang kita suka dan senang hati nak buat.
Perkara yang Dia suruh kita rasa benci dan berat hati nak dekat.
Wahailah hamba!
Kita selalu kata kita cinta Nabi.
Kahwin empat kita sokong.Waktu itu Nabi kita angkat jadi agong.
Puasa isnin jumaat tak nak buat.Kata Nabi sengaja beratkan umat.
Lelaki ketua keluarga kita angkat.Tabik dan puji Nabi lelaki hebat.
Sebut fasal bantu bini,kita pakat cabut lari.Buat fakta Nabi takut isteri.
Wahailah umati!
Kita selalu kata kita cinta ibu bapa.
Waktu kecil kita dilayan seperti raja.Makan minum semua terjaga.
Bila meningkat dewasa,mereka kita layan mengalahkan hamba.
Minta tolong kita kata mereka susahkan kita."Lebih baik mati kalau hidup susahkan saya."
Mahu tumpang kasih pada hari tua,sepakat kita hantar mereka ke rumah bahagia.
Harta kita lanyak.Pusaka kita hendak.
Wahailah anak permata ibu bapa!
Kalau kita cinta Allah.
Segala suruhan mesti buat.Jangan sekadar cakap lebat.
Bila tubuh dah jadi mayat,malaikat bersedia mahu menyebat.
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
-Surah At-Taubah ayat 129-
Amalan sunat harus kuat.Jangan berat mahu selawat.
Solat di masjid bukan hanya jumaat.Takut Nabi tak mengaku umat.
Sabda Nabi SAW : “ Dari Abu Hurairah r.a berkata : Rasulullah s.a.w bersabda :
Janganlah kamu jadikan kuburku sebagai tempat perayaan dan berselawatlah kepadaku ,
maka sesungguhnya bacaan selawatmu itu akan sampai kepadaku dimana sahaja kamu berada .“
(Hadis Riwayat Abu Daud)
Kalau kita cinta ibu bapa.
Doakan mereka selepas solat.Baru kehidupan beroleh berkat.
Jika berani jadi anak derhaka.Mesti berani menghuni neraka.
Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata,
dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. [al-Isra’ 17:23]
October 14, 2011
Motivasi Bintang-bintang
Posted by
Aswadsky
Surah An-Najm.
Verse 38: "That no soul shall bear the burden of the other"
39: "There shall be nothing for the man except what he strive for"
40: "That his striving shall be scrutinized"
41: "That he shall be FULLY REWARDED"
42: "That to your Rabb is your final goal"
43: "That is He who grants laughter and tears"
Allah kata, tiada jiwa lain yang akan dibebani dengan masalah atau beban jiwa orang lain. Kesusahan yang kita rasa, adalah kesusahan yang hanya memang milik kita. Kepayahan, kesusahan, perasaan penat dan beban ini- semuanya milik kita. Tiada siapa yang boleh ambil kepayahan itu, dan tiada siapa yang lain yang dapat ambil. Suatu pemberian.
Tiada apa yang diberikan manusia melainkan apa yang diusahakannya. Bukan apa keputusannya. Bukan apa yang dirasakannya. Tetapi usahanya. usahanya. usahanya. Apa yang kita buat hari ini? Apa yang kita buat semalam? Apa yang kita buat esok? Kepayahan itu milik kita, usaha itu, nikmat seterusnya.
Usahanya akan diperihatikan dengan teliti. Tiada usaha, yang terlepas pandang.
Dan semuanya akan diberi ganjaran sepenuhnya. Bukan separuh. Bukan sedikit. Tetapi sepenuhnya, mengikut usaha kita. Sepenuhnya. Boss bagi gaji pun kadang-kadang tolak zakat, tolak kwsp, tolak cukai. Tetapi ini ganjaran yang betul-betul mengikut setiap titik peluh, setiap usaha kita. Sepenuhnya.
Tuhanmu adalah tujuan akhir kamu. Kemana lagi usaha-usaha kamu ingin pergi? Kepada manusia, ia sia-sia, tidak dihargai. Kepada cinta? Ia bakal dimadukan. Kepada dunia? Ia akan dilupakan. Kepada diri kamu sendiri? Anda bakal mati, berakhir.
Dah hanya Dialah yang memberi nikmat gembira (ketawa) dan sedih (menangis).
Dulu saya ingat, manusia atau kesan beberapa event dalam dunia hidup saya adalah sebab kepada perasaan sedih atau gembira saya. Ada kamu saya gembira. Tiada, saya sunyi, saya sedih. Ini berlaku saya sedih, tidak berlaku saya gembira.
Tetapi Allah kata, perasaan-perasaan ini adalah pemberianNya. HadiahNya, seperti hadiah kepayahan. Hadiah kesenangan. Semua ini adalah pemberian. Jadi mengapa perlu rasa gusar dengan emosi sendiri? Sedih? Itu pemberiannya. Gembira? Juga pemberiannya.
Rasalah sedih atau gembira wahai manusia. Yang penting, kita berusaha.
p/s It is true, the taste of revelation is utterly divine.
October 8, 2011
Note: Jot down.
Posted by
Anonymous
AMT ke, AMM ke, ahli biasa sekalipun, ada masa, kita buntu.
Sebab kita manusia.
So, let's makes things easier for everyone- share and contribute.
Well, at least we have some efforts to make our own life easier, life hereafter.
Subscribe to:
Posts (Atom)