September 11, 2011

Kitaran Paling Kelakar dalam Dunia

Saya membesar dengan suasana yang paling optimum sekali dalam abad yang ke-21, sebagai wanita. 

Kalau dulu, pada awal 1900-an, wanita di US dan Eropah berperang untuk mendapat hak mengundi. Kini, suara wanita didengari, kami boleh keluar mengundi. Hak kerja sama rata, peluang menjadi kaya disamakan. 

Kalau dulu pada awal zaman kemerdekaan dulu, nenek-nenek kita, telah "berjuang" sedaya upaya untuk memastikan anak perempuan di beri hak untuk belajar di sekolah. Kahwin selepas belajar. Kahwin lepas kerja. Belajar tinggi-tinggi. Jadi orang yang penting. Kalau dulu wanita di dapur terpaksa pendam rasa, kerana tidak diberi penghargaan yang sama banyak seperti lelaki-lelaki yang "berjuang" di luar sana. Kini, wanita tidak lagi di dapur, di rumah, mereka keluar, dikenali, disayangi masyarakat. 

Kalau dulu wanita di lihat lemah, kini tidak lagi, wanita kini kuat dan mampu berdiri atas kaki sendiri. Kami tidak lagi memerlukan lelaki. Kami bukannya mangsa pada sesiapa. Inilah feminisma, perjuangan wanita, untuk hak wanita. 

Erm...betul ke ni? 

Dalam pertandingan-pertandingan debat, masih lagi dibawa lagi issue feminism, menegakkan hak wanita. Issue yang saya kira bertahun lapuknya, dan kepada sesiapa yang tidak memahami sejarah issue ini timbul, tidak akan faham kenapa feminism ini wujud. 

Secara rasminya, feminsim wjud pada era 1900-an, waktu itu kita kena faham, masyarakat Eropah tengah bergelut untuk melawan kuasa gereja. Yang memang terbukti menganiayai wanita. 

Wanita pada zaman itu, tidak dibenarkan bersuara, keluar rumah sekalipun. Pendapat mereka tidak diendahkan kaum lelaki. Malah darjat mereka begitu rendah sehinggakan mana-mana lelaki yang "bersama" mereka, esoknya lelaki tersebut tidak dibenarkan untuk ke gereja. 


Banyak testimoni priest pada zaman itu yang membenci kaum wanita, dan menyalahkan wanita, atau Eve sebagai penyebab utama manusia di hukum di bumi. Wanita adalah punca lelaki masuk neraka. Dan kerana itu, mereka di tolak dan diketepikan masyarakat. 

Wanita Eropah bangkit dari penindasan ini dengan mewujudkan feminisma, memperjuangkan hak yang sama...tanpa mereka ketahui mengetahui, pada masa yang sama, Islam sudah pun memberikan jawapan yang lebih baik untuk wanita. 

Feminism memperjuangkan hak wanita, dengan menginginkan "sama rata" hak antara lelaki dan perempuan. 

Jika lelaki dapat gaji yang banyak, mereka juga inginkan gaji yang banyak. Jika lelaki dapat tidur dengan banyak perempuan mereka juga ingin dapat tidur dengan ramai lelaki. Jika lelaki boleh buka semuanya, mereka pun nak juga. Jika lelaki boleh buat...perempuan pun boleh buat. 

Kerana inferioriti wanita yang tersemat dari bertahun-tahun ditindas. Maka pihak feminist mempertahankan hak sama rata ini tanpa memahami implikasinya. 

Kini, wanita bertangunggjawab untuk membayar nafkah keluarga dan anak-anak. Dalam liputan issue The Economist: Why Asian Men Are Lonely, merungkaikan issue bagaimana dengan perubahan status kewangan dan tangunggjawab telah menyebabkan wanita rasa berat dan payah untuk kahwin. Mereka merasakan dengan berkahwin ia sebenarnya menyusahkan diri sendiri. Lagi-lagi dengan sikap Asian Men yang melepaskan tanggungjawab sepenuhnya kepada wanita dengan harapan mereka akan setia bersama mereka, kerana tradisi Asia yang "taat". 

Di USA, lebih ramai wanita memilih untuk tidak berkahwin, untuk tidak berada dalam satu ikatan yang sah...kerana merasakan mereka tidak perlu dibebani dengan tangunggjawab sebagai seorang isteri yang perlu "taat". Trauma di buli dan di endahkan kaum lelaki, kini wanita perlu berusaha sedaya upaya untuk dikenali, diiktiraf. 

Bekerja keras. Semua peluang adalah sama. Kekayaan untuk semua, laung kapitalis penuh bangga. 



Haikatnya, wanita di campak untuk menjaga diri mereka sendiri. Untuk mencari makanan cukup untuk diri dan anak beranak, mereka terpaksa menjual "badan" mereka. Cara yang paling mudah dan paling cepat. Ada ke kita nampak lebih ramai perempuan yang menjadi driver bas, angkat sampah, atau sekurang-kurangnya menjadi pekerja buruh untuk mencari rezeki yang halal? Mampu ke wanita bekerja sekeras itu?

Yang paling sedih sekali adalah apabila yang menjadi mangsa situasi ini bukan sahaja wanita, tetapi juga lelaki. Tidak ke kita sedar, pada zaman "hak sama rata" ini...lelaki dipaksa untuk sentiasa menahan diri mereka untuk memberi laluan kepada wanita. Sehinggakan hak mereka untuk sinar dan menyumbang kepada masyarakat dihalang. 

Hak sama rata tidak diaplikasikan terhadap lelaki. Walaupun sudah terang-terangan ramai sangat lelaki tidak dapat menerima sistem pendidikan yang bias terhadap perempuan pada zaman ini. Sistem exam oriented tidak dapat diterima kebanyakan remaja lelaki. Akhirnya mereka masuk poli biasa-biasa, kerja pun akhirnya hanyalah dalam peringkat yang renda. Biarlah wanita yang dapat masuk universiti bekerja di peringkat yang atas. 

Tak percaya? 
Kenapa 70% penuntut di universiti adalah wanita? mesti ada something somewhere yang tak kena untuk bantu menggalakkan dan menghadapankan lelaki-lelaki kita. Lelaki pada zaman ini di tolak ke tepi. Kan mereka tersedia kuat, tidak perlu lah masyarakat bantu mereka. Tidak perlulah sesiapa menuntut hak mereka. 

Inilah balasan lelaki-lelaki pada zaman dahulu yang menindas wanita. 

Lahirlah terlalu ramai lelaki yang tidak mampu menjaga keluarga mereka, terlalu takut terhadap wanita. Terhadap mereka yang mengingingkan hak mereka. Cepat sangat kalah pada jalan-jalan yang salah dan akhirnya menjadikan wanita lagi sekali, mangsa mereka untuk mereka melepaskan stress mereka. Penindasan terus berlaku. kalau tidak physical pun, tetapi secara mental dan emosi dan kewangan. 

Dan sekali lagi wanita yang menjadi mangsa kepada penindasan ini, akan melaung-laungkan hak mereka yang perlu dijaga. Sampai bila kitaran "bijak" ini berterusan? Sampai bila kita berpusing dalamnya?

Apa sebenarnya yang kita perjuangkan? 

Feminism yang sebenarnya, akan memperjuangkan Islam. Kerana dalam Islam hak wanita adalah lengkap  , sesuai dengan keadaanya. Entiti mana yang membenarkan wanita menyimpan harta tanpa boleh diambil sesiapa pun, pada masa yang sama diberi hak menuntut hak nafkah? Entiti mana yang inginkan wanita terjaga dari keadaan yang boleh menganiayai mereka, dengan memakai hijab, tetapi pada waktu yang sama membenarkan mereka bersuara, belajar, memberi pendapat? 

Entiti mana lagi yang mengiktirafkan perjuangan dan kepayahan wanita dalam menguruskan keluarga mereka di rumah...hampir boleh disamakan dengan harga sebuah jihad? 

Entiti mana yang sebenarnya feminisma ni??? 

Pusing, pusinglah dunia dengan tipu daya anda. Saya sudah berhenti berpusing dalam kitaran yang kelakar ini. Minda dan jiwa saya, sudah bebas. Saya tahu apa yang saya ingin perjuangkan.

Bagaimana anda? 

I strongly believe in woman rights, human rights, the Creator's rights and everything in between. 

Interesting articles to read: 

Answers from a very interesting point of view. 

Wikipedia on history of feminism





1 comment:

  1. I like this article.
    Mostly because my studies and basics on feminism aren't very solid because I haven't paid enough attention (by means of reading books etc) on this issue. skadar tahu-tahu.

    anyway, it's a serious issue and needs to be 'eyed into' by our ustazs.

    ReplyDelete

Apa Pendapat anda?